Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ustaz Kamarudin Sidek Sampaikan Hadiah pada Umar Hasbullah

Pada 1 November, diadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi pelajar PASTI As-Solihin Merlimau. Umar menerima hadiah kerana dapat No 1 keseluruhan bagi kategori empat tahun . (daripada 5 orang.) Hadiah pula disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin Sidek , Ketua Pemuda PAS Melaka. Saya tidak pasti samada saya patut bergembira atas "kejayaan" ini atau tidak. Umar tidak menunjukkan disiplin yang tinggi ketika di sekolah. Ponteng 1 bulan apabila emakya bercuti bersalin, peperiksaan diadakan beberapa hari selepas dia bercuti dan dapat nombor 1. Mungkin Umar fokus di dalam kelas sebelum ini? Takkanlah pula saya tidak mengiktiraf "No.1"nya kerana ia tidak cukup sempurna kedatangannya. Dia sudah berusaha jawap soalan dengan baik. Faktor "kedatangan" tidak diambil kira untuk menilai pelajar empat tahun? Umar tidak pernah ditekan supaya berjaya dalam peperiksaan oleh kami suami isteri. Tujuan asal dia disekolahkan adalah untuk belajar bergual. Si Hazmah (baju merah) pula...

Jed Yoong Menggambarkan Cina Lebih Dengki Berbanding Melayu?

Selalunya, sifat dengki sering dikaitkan dengan Melayu. Ya saya akui. Banyak kes dimana orang melayu memusuhi musuhnya menggunakan kaedah dengki-mendengki dan ugut mengugut. Ada juga kes dimana apabila seseorang melayu memusuhi melayu, dia akan mengarahkan ahli keluarganya supaya membenci ahli keluarga musuhnya itu. Ini realiti. Akan tetapi, Jed telah menulis tentang wujudnya Cina yang kuat mendengki sambil menggambarkan orang melayu kurang mendengki. This handful of anti-Jed Yoong cybertroopers hate me ‘cos my family was rich.   And because my family benefited from Barisan.  Of cos, this people just see one side of the story.  Without Barisan contracts, there won’t be jobs, with no jobs, people will be poor, complain and probably join parties like the DAP.  These Chinese are the worst.  They are so dengki, just ‘cos they weren’t good enough to get the contracts.  They think those who did are all corrupt.  And what does PAkatan do when they are in...

Apa Kaitan Lim Guan Eng, Ali Rustam dengan Mumbai?

Kalau anda ingin mengkaitkan Ali Rustam dengan Mumbai, mudah sahaja, kaitkan dengan Shah Rukh Khan. Bagaimana pula hendak mengkaitkan Lim Guan Eng dengan Mumbai? Apa yang Lim Guan Eng sudah buat dengan Mumbai? Sejak kecil saya hanya mendengar "bombay", entah bagaimana, nama itu hilang tanpa saya sedari. Kemudian nama Mumbai muncul, agak popular bandar Mumbai, rupanya Mumbai adalah nama baru bagi Bombay. Hari ini di CNN , BBC, Slashdot tidak lagi kedengaran nama Bombay, Bombay telah ditukarnama menjadi Mumbai pada 1995, iaitu 13 tahun yang lalu. Bagi saya ini satu kejayaan yang agak baik. Di Malaysia, "Pulau Pinang" dan "Melaka" walaupun nama rasminya "Pulau Pinang" dan "Melaka" dikenali oleh dunia sebagai "Penang" dan "Malacca". Berbanding Mumbai, ia dipanggil Bombay ketika nama rasminya "Bombay", Bombay akan tenggelam setelah nama rasminya ialah Mumbai. Di Malaysia "Pulau Pinang" dan "Melak...

Saya Menyokong Ali Rustam Tapi Tidak Semua

Di blog Angkasanuri, terdapat berita akan satu cadangan Ali Rustam supaya insentif RM 1000 diberikan kepada lelaki yang memperisterikan ibu tunggal. Agak kontroversi juga apabila hanya yang sudah berkahwin yang pula yang diberi insentif, tetapi teruna yang mengahwini ibu tunggal tiada insentif? Seronok juga sipencari jodoh kalau boleh dapat komisyen. 10% WOW Saya sememangnya suka melihat insentif diberikan kepada pasangan yang berkahwin, supaya dapat mengurangkan maksiat. Alasan tak cukup duit sering kedengaran bagi pasangan bercinta yang bercinta sampai bertahun-tahun tapi tak kahwin-kahwin. Tapi boleh tukar 'handphone selalu.

Bagaimana kita nak jawap?

YB Khalil mempersoalkan Wajarkah Elaun ADUN dinaikkan ? Bagaimana pengunjung hendak jawap kalau ruangan komen ditiadakan? Apa salahnya menjadikan komen itu "moderated" berbanding menyembunyikan komen yang ada. Dalam persoalan itu, saya mengatakan wajar Elaun ADUN dinaikkan sebagai penyesuaian inflasi 8 % yang telah negara kita alami.

TV LCD Besar

Sebelum ini terdapat satu catatan blog Isteri saya mengenai TV besar . Am now in jb. My sister's house is impressive (compared to mine). Love her widescreen tv the most. Kalau kat rumah ada tv ni, pergh heaven seyh! Hairan juga, tang mana yang "Impressive" itu? Mungkin kerana TV yang besar. Sebenarnya, saya jenis orang yang tidak yakin dengan TV besar. Dulu saya pernah membeli TV terpakai 25" kerana takut TV 29" gambar tidak cantik. Apabila TV 29" sudah menjadi popular dan harga jatuh, maka memang banyak TV 29" dipasaran yang agak murah berbanding dahulu, akan tetapi saya cukup takut untuk membelinya kerana tak mahu gambarnya lebih buruk dari TV 25" terpakai itu. TV terpakai 25" itu harganya baru 5xx, kalau digantikan dengan TV 29" yang memburukkan gambar siaran astro, lebih baik kekalkan TV 25". Maka keluar pula 1 versi TV CRT jenis 100Hz, gambarnya agak cantik apabila dipasangkan dengan astro berbanding dengan TV CRT 29" yan...

Teguran Seorang Kawan

Semalam saya berborak dengan Perisik Rakyat tentang satu perkara, tiba-tiba saya rasa bersyukur kerana saya ada kawan dalam dunia nyata yang menegur saya jika terdapatnya kesalahan saya. Sebelum ini saya pernah menegur kawan saya, kerana rumahnya mempunyai patung arnab, tak perlu dinyatakan siapa, akan tetapi dia menerima teguran itu dengan baik. Dia kawan saya. Dia kawan saya, kalau semua orang "kawan" segan nak tegur, siapa lagi yang nak beritahu? Di dalam dunia blog juga ada kawan yang tegur kawan. Ada yang tak boleh terima teguran. Ada yang boleh terima, ada yang cukup "berterima kasih". Apabila tidak menerima teguran, akan mengakibatkan kawan sudah tidak mahu menegur lagi. Maka jadikan "No Komen" . Di negeri Perak pula , Setiausaha politik Ir Nizar, Saudara Misbahul Munir cukup berterima kasih kerana kawannya menegurnya . Kawan saya pun ambil gambar. Jadi maafkanlah saya ye. Tak payah padam pun tak apa. Saya bukan hipokrit. Cerita apa yang sebenarnya...

Apabila Orang Baru Tahu Yoga Haram - Malaysiakini

Petang tadi saya agak hairan apabila Hishamudin Rais mentertawakan kenyataan seorang professor UKM apabila dia mengatakan Yoga membahayakan Akidah.  Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya. kah kah kah…. kah kah kah…. saekor lagi kang kong bersuara…. kah kah kah…terguling guling dan terguling guling … kah kah kah Agak hairan juga apabila banyak pengulas yang seolah-olah menyetujuinya sambil menggambarkan ianya hanya berkaitan dengan kebudayaan. Kalau ia hanya berkaitan dengan kebudayaan india, seperti kuih maruku, roti canai, roti "Nan butter", memanglah tidak haram. Banyak fatwa negara lain telah mengharamkan yoga. Banyak blog menyalin tepekkan berita Malaysiakini itu , tetapi tiada ulasan oleh penulis blog itu, Adakah ia menyokong atau mentertawakan seperti Hishamuddin Rais? 21:08   Hentikan yoga, bimbang rosak akidah - Malaysiakiini » Kemba...

Senyum Kambing, Senyum bersama kambing

Pagi semalam Puan Nuraflah telah menayangkan tayangan perdana berkenaan dengan Senyum, sambil mempersoalkan  Bila kali terakhir anda memberikan senyuman yang ikhlas kepada pasangan anda, rakan-rakan anda, ahli keluarga anda, jiran tetangga anda, sanak-saudara anda, guru-guru anda dan juga insan-insan lain yang anda kenali atau tidak kenali? Jed Yoong pula, selaku presiden kelab peminat Husam Musa sering mengkaitkan kekacakannya dalam setiap catatannya. Manis sangatkan senyuman Husam Musa? Jenis apakah Senyuman Husam Musa, senyum kambing atau senyum bersama kambing? Jikalau Husam Musa boleh senyum bersama kambing.... Saya pun ada senyum bersama kambing juga. Rupanya, setahun sebelum saya menulis catatan " Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing ", rupanya telah ada catatan terdahulu yang mengkaitkan Husam Musa dengan Kambing. Jihad Ternak sudah wujud tetapi tidak dijadikan platform untuk merealisasikan matawang dinar sebagai matawang perdagangan.

Hamzah menyintai kambing sehingga tidur di kandang kambing

---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson