test

Isnin, 3 November 2008

Ustaz Kamarudin Sidek Sampaikan Hadiah pada Umar Hasbullah

Pada 1 November, diadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi pelajar PASTI As-Solihin Merlimau.


Umar menerima hadiah kerana dapat No 1 keseluruhan bagi kategori empat tahun. (daripada 5 orang.)

Hadiah pula disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin Sidek , Ketua Pemuda PAS Melaka.



Saya tidak pasti samada saya patut bergembira atas "kejayaan" ini atau tidak. Umar tidak menunjukkan disiplin yang tinggi ketika di sekolah. Ponteng 1 bulan apabila emakya bercuti bersalin, peperiksaan diadakan beberapa hari selepas dia bercuti dan dapat nombor 1.

Mungkin Umar fokus di dalam kelas sebelum ini?

Takkanlah pula saya tidak mengiktiraf "No.1"nya kerana ia tidak cukup sempurna kedatangannya.

Dia sudah berusaha jawap soalan dengan baik.




Faktor "kedatangan" tidak diambil kira untuk menilai pelajar empat tahun?

Umar tidak pernah ditekan supaya berjaya dalam peperiksaan oleh kami suami isteri.
Tujuan asal dia disekolahkan adalah untuk belajar bergual.



Si Hazmah (baju merah) pula kelihatan seperti sama besar dengan pelajar lain, meskipun dia belum 2 tahun.

1 comments:

  1. ala budak-budak bang .. gitulah gayanya.. tapi dah masuk sekolah nanti kena lah dilatih sebaiknya dengan disiplin dan tata tertib yang betul

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit