Sebelum ini saya telah membuat slaid tentang pengintegrasian ilmu.
PDF : Pengintegrasian Ilmu
Namun contoh dalam dunia nyata tidak diberikan.
Najib beli Kapal Selam Scorepene buatan Peranchis.
Kalau tiada penyelewengan, belilah kapal selam itu.
Sebelum ini Najib beli Sukhoi SU-30 MKM, buatan Russia,
Malaysia juga ada miliki Aermacchi MB-339 buatan Itali.
Malaysia juga miliki pesawat pilatus buatan Switzerland.
Ada cerita mengatakan konon-kononnya nak beli Eurocopter buatan Peranchis.
Malaysia mempunyai UPNM.
Maka wujud kemungkinan Malaysia akan melahirkan jurutera ketenteraan yang bijak dan cukup vitamin.
Bagaimana Malaysia boleh melahirkan seorang pakar yang yang boleh mengintegrasikan sistem Scorpene dengan dengan sistem Sukhoi?
Satu bahasa Peranchis, satu bahasa Russia.
Bagaimana sukhoi hendak bercakap dengan Aermacchi menggunakan satu sistem yang dibagunkan sendiri?
Mana hendak dicari seorang jurutera tempatan yang tahu kedua-dua bahasa Itali dan Rusia?
Ada sesiapa sini yang tahu 2 bahasa itu sekali?
Mahu tidak mahu, segala bentuk dokumentasi pesawat ataupun kapal yang dibeli itu perlu didokumentasikan dalam bahasa melayu, walaupun ianya proses yang sukar.
Barulah pasukan jurutera kelahiran UPNM, boleh menggambungkan banyak teknologi daripada pelbagai sumber dalam Bahasa Melayu.
Syarat utama ialah ilmu itu mesti disimpan dalam bahasa Melayu.
Apa kaitannya dengan PPSMI?
PPSMI tidak menggalakkan ilmu disimpan dalam Bahasa Melayu dan lebih gemar mengekalkan ianya dalam Inggeris.
Eh, Scorpene itu buatan Inggeriskah?
PPSMI menyebabkan istilah sains dan Matematik Bahasa Melayu dibakulsampahkan.
PPSMI tidak menggalakkan pembentukan istilah baru, yang mungkin terbit hanya selepas cuba menterjemah kitab manual scorpene.
Sekiranya ilmu peranchis dan Itali itu disimpan dalam Bahasa Melayu di Perpustakaan UPNM. Maka lebih ramai orang dapat membacanya dan kemungkinan untuk pengembangan ilmu itu adalah tinggi.
Tapi Sebol, bagaimana pula orang yang memang lebih senang mempelajari sains dan matematik dalam bahasa inggeris? Salah ke saya kerana lebih suka bahasa inggeris berbanding bahasa melayu?
BalasPadamTanpa Nama:
BalasPadamSaya sendiri merasa senang untuk belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
Untuk menyimpan ilmu itu dalam bahasa Melayu amat sukar, namun ia perlu dilakukan demi anak cucu kita.
Pemikiran "Aku mahu ianya ada dalam bahasa aku" perlu ada, berbanding "asal aku faham sudahlah"
"Ia dalam bahasa aku" bagi saya, tidak penting. Saya lebih perlu memahami. Memahami jauh lebih penting daripada memilih-milih bahasa (bagi saya la, mungkin tidak bagi anda).
BalasPadamBegitu juga menyampaikan kepada orang lain, kalau dalam bahasa melayu kita terhad kepada manusia yang memahami bahasa melayu. Saya rasa rimas apabila dunia saya disempitkan begitu. Saya rasa dunia ini luas, dan mahu berinteraksi dengan seluruh dunia. Oleh itu bahasa inggeris lebih penting daripada bahasa melayu (sekali lagi, bagi saya, mungkin anda tidak merasa sedemikian).
Saya berpendapat PPSMI boleh dilaksanakan di TKT IV dan seterusnya, iaitu setelah pelajar mempunyai perbendaharan kata yang mencukupi untuk memahami konsep tertentu dalam sains dan matematik.
BalasPadamPelajar bukan Melayu mahu sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda mereka.
Pernahkah anda ke SRJK(C)? Guru di sekolah SRJK mempunyai kaedah yang tersendiri dalam mengajar khususnya mata pelajaran matematik.
Dr Halimah:
BalasPadamKalau ikut pendapat peribadi saya,
PPSM-Ibunda sehingga darjah 4.
PPSM-BM darjah 5 sehingga tingkatan 5 - supaya integrasi kaum dapat dijalankan lebih awal.
Untuk memahami istilah Inggeris, hanya perlu letakkan glosari di belakang buku teks.
penting sgt ke bahasa inggeris tu? kalau saya jadi menteri pelajaran, saya jadikan bi sbg mata pelajaran pilihan shj. camna tayyib erdogan boleh guna bahasa turki ke seluruh dunia walhal bukan ramai org paham pun. takda pulak dia rasa dunia ni sempit bila berbahasa turki.
BalasPadamKenapa tidak ada keinginan untuk menjadikan bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, atau seperti bahasa Perancis. Ini isu status jiwa atau semangat bangsa. Bermula dengan langkah pertama. Kalau ada yang kurang bahasa kita, tambahkanlah, kalau ada kelemahan...kuatkanlah.
BalasPadampersoalan nya ialah bahasa kn so why bhs inggeris itu dilaksanankan dalam subjek m3 dan sn. kalau dah bhs yg penting maka pjgkn waktu bi etu di dlm p& p d sekolah. Apa ker bengongnya....
BalasPadam