test

Ahad, 20 Julai 2014

Cerita Ukraine makin kompleks

Saya cerita dulu Ukraine setakat yang saya tahu.

Ukraine adalah bekas jajahan Kesatuan Soviet, dimana bahasa kebanyakan penduduk adalah Ukraine.
Namun ada juga yang berbahasa Rusia.

Sebaai contoh: Sergei  Bubka seorang warga Ukraine yang berbahasa Rusia.


Lebih kurangnya sebegini:




Sebelum ini, Ukraine pernah diperintah boleh yang berbangsa Rusia, jadi mereka saya OK.
Akan tetapi bila pemimpin bangsa rusia dijatuhkan oleh undi tidak percaya, maka timbul krisis.

Antara kerisauan bangsa rusia adalah mereka takut dipaksa berbahasa Ukraine, akan tetapi tiada paksaan sebegitu.

Mungkin kerana dulu Soviet pernah paksa, jadi mereka risau Ukraine akan paksa mereka semula.

Beberapa bulan dulu, Rusia telah menjajah Crimea.
satu semenanjung, yang agak strategik banyak pengkalan tentera di situ.


Umpama Tentera Malaysia masuk ke Patani, orang Melayu situ buat apa nak lawan.


Tiada pertempuran berlaku,
Alih-alih Rusia buat referendum, kononnya rakyat Crimea

Macam suruhanjaya cobbold dulu, dialah SPR dialah yang bertanding, pasti dia menang.

Walaupun dunia mengutuk perkara sebegitu, tapi tiada apa yang besar berlaku.

Kononnya nak beri sekatan pada Rusia, tetapi, Rusia pula yang tutup saluran minyak ke Ukraine.

Cerita minyak berkait dengan cerita Crimea.
Kalau tidak salah, Rusia memberikan Ukraine diskaun yang tinggi , sebagai tukaran, mereka boleh menggunakan Crimea sebagai pengkalan tentera.

Bila rusia dapat Crimea, terdapat juga kawasan majoriti bangsa rusia yang masih dalam Ukraine.

Di situlah berlakunya gerakan pemisahan. Kali ini, Rusia tidak menghantar tentera secara langsung.
Sebab musabab, saya tak tahu, tetapi yang berlaku ialah kawasan dikawal oleh pemberontak, sehingga Tentera Ukraine tak mampu nak kalahkan mereka.

Adakah ia benar rakyat ukraine berbangsa rusia  atau mereka memang tentera rusia bertopengkan pemberontak?

Senjata punya canggih, SU 25 ditembak jatuh, Antonov AN 26 ditembak jatuh.

Malah, pihak Ukraine sendiri mengatakan bahawa, peluru berpandu mungkin datang dari luar Ukraine.

Dum dam dum dam...
Kapal terbang Malaysia #MH17 'jatuh' di kawasan yang dikuasai puak pemisah.

Maka, agak sukar untuk kerajaan ukraine atau agensinya nak pergi ke kawasan terhempas, kerana kawasan itu dibawah pemisah.


Kesimpulannya memang kompleks.











0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit