test

Rabu, 11 Mac 2009

Najib Ambil 60 bilion dari pengguna Ringgit termasuk yang belum lahir

Belanjawan mini 60 bilion telah dibentangkan.

60 bilion itu diambil daripada kamu.

Ya. Kamu yang membaca blog ini.


60 bilion yang diterbitkan daripada 'thin air' memang tidak akan menyebabkan inflasi serta merta.
Kesan inflasi daripada lebihan bekalan wang (money supply) itu akan berlaku lambat lagi.

2,3 tahun akan datang, 4,5 tahun akan datang.

Saya bukan nujum untuk meramal bila, tapi pasti berlaku.

Roti canai 70 sen akan jadi seringgit.

Hari ini kalau ada seringgit, kita dapat baki 30 sen.
Nanti Roti canai akan jadi seringgit, tetapi mana perginya 30 sen itu?

Siapa ambil 30 sen itu?

Najib.

Ini dipanggil "Seigniorage" , atau "cukai inflasi"

Bezanya dengan cukai biasa ialah, 60 bilion itu telah diambil terlebih dahulu oleh kerajaan.

Dibayar oleh pemilik ringgit, samada rakyat, atau syarikat koporat atau ringgit yang disimpan oleh kerajaan dalam bentuk penyusutan nilai.

Nilai yang hilang itu telah diambil lebih awal oleh kerajaan.


Kalau 60 bilion dicipta, adakah semua orang termasuk bayi yang lahir tahun depan akan dapat habuannya?
Penyusutan nilai ringgit akan dirasai oleh bayi yang lahir tahun depan itu.

7 comments:

  1. barulah cik kiah tahu dari mana 60billion dtg walaupun kata gomen takde duit....

    kesian anak cucu cik kiah..belum disenyawakan pun sudah ada benda nak kena tanggung...

    :)

    BalasPadam
  2. encik HP, memang Seigniorage akan berlaku.. tapi bukan kepada Malaysia shj.. bahkan seluruh dunia..
    kerana semua berpusat kepada sistem ekonomi yang sama.. sistem ekonomi berasaskan riba.. duit tanpa sandaran komoditi...
    jangan salahkan Najib.. sesiapa yg duduk di atas kerusi Menteri Kewangan akan melakukan perkara yang sama..

    apa cadangan encik HP untuk mengatasi kemelut ekonomi skrg kalau tidak setuju dgn stimulus plan?

    BalasPadam
  3. Salam,
    Kalau Datuk Husam atau Lim Guan Eng jadi Menteri Kewangan, diaorang akan buat perkara berlainan dari Najib ke?

    BalasPadam
  4. Tanpa nama:

    Husam, akan tingkatkan bekalan wang dalam bentuk dirham, walaupun dia tak jadi menteri kewangan. Rujuk posting "Revolusi Dirham".


    Manakala LGE, mungkin akan buat perkara sama, tapi dalam versi lebih kepada sosialis.

    BalasPadam
  5. Pakej rangsangan yang melibatkan industri pembinaan tidak memberi banyak manfaat kepada kebanyakan rakyat Malaysia. Antara faedah yang dapat dijangka ialah membantu golongan kontraktor meneruskan gaya hidup mereka. Orang politik juga mendapat manfaat dari komisen yang diberi oleh kontraktor. Golongan yang paling banyak mendapat manfaat ialah pekerja asing yang bekerja dalam sektor pembinaan. Sektor pembinaan lebih berminat mengambil pekerja asing berbanding dengan pekerja tempatan. Justeru, mereka boleh terus bekerja sambil menghantar pulang berbilion-bilion Ringgit ke negara asal mereka. Mereka tidak melabur duit simpanan mereka di sini. Tetapi, mereka menyalurkan duit simpanan mereka ke negara-negara seperti Indonesia dan Bangladesh. Bukan sahaja kita dan anak cucu kita menanggung kesan cukai inflasi, tetapi pada masa yang sama menjamin kesejahteraan pekerja asing dan keluarga mereka di negara asal. Sungguh baik orang Malaysia!

    BalasPadam
  6. belanjawan 60 bilion itu langsung tak memberi kesan kepada pembaikan masalah ekonomi sekarang sebaliknya kesan ekonomi ini diburukkan lagi dengan nya..
    kenapa kerajaan bersungguh2 membela golongan syarikat2 ini.. mencipta lebih banyak peluang pekerjaan???
    dari segi teori memang indah segalanya.. jika diteliti sebenarnya berbeza... ini la yang dinamakan kronisme... bantu kroni selagi boleh
    dan susahkan rakyat selagi boleh...
    tunggu je la PRU13... kita sama2 adili mereka ini...

    BalasPadam
  7. Bajet Najib?

    Bajet Siapa?

    Bajet Najib.

    Bajet siapa?

    Bajet Najib. (Mohd Najib Abdul Razak).

    Bajet siapa?

    Bajet Najib lah bod..!

    Bukan bajet Kerajaan BN (Barisan Nasional)?

    Bukan bajet Kementerian Kewangan Malaysia?

    Bukan bajet rakyat?

    Jika bukan, kenapa disebut Bajet Najib?

    Bajet Mini Pakej Rangsangan? RM60 Billion?

    Bentang sahaja di Parlimen, macam-macam kah orang mengata?

    Adakah satu contoh?

    Dua boleh?

    01. Dari mana datangnya sampai RM60 Billion ini?

    02. Ke dalam poket siapakah Bajet Najib itu sebenar-benarnya akan masuk?

    Dari jumlah RM60 Billion itu berapa anda dapat? Kosong?

    Lagi pertanyaan?

    Banyak?

    Salih Yaacob nyanyi apa?:

    gali gali gali gali lubang. lubang digali untuk membayar hutang.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit