test

Rabu, 13 Mei 2009

Pening Kepala Saya Mengkaji Facebook

Semalam saya mempelajari cara menggunakan Facebook daripada Hani Nasution.

Sebenarnya saya masih anti Facebook, kerana syarat keahlian yang dikenakan oleh mereka.

Akan tetapi suka benar Adinda Asyraff & Rausyanfikir pada Facebook.

Disebabkan saya telah diberikan kebenaran untuk menggunakan akaun Facebook isteri muda saya, maka saya gunakanlah ia. Akan tetapi masih lagi tidak dapat membaca apa yang ditulis oleh kedua orang mahasiswa itu.

Rupanya kena jadi "kawan" dulu baru boleh baca.

Ada 2 syarat,
1. Keahlian Facebook
2. Menjadi kawan.

Syarat ke dua itu bergantung kepada empunya akaun, tertapat ahli Facebook yang tidak mensyaratkan keahlian untuk membaca dindingnya. Sebagai contoh Bang Bakaq.

Pening kepala saya untuk membayangkan yang mana penulisan yang boleh dibaca oleh kawan, yang mana tidak.
Yang mana masuk terus ke "Laman Utama" ? Yang mana masuk ke "Dinding" ?


Jadi, kalau bagi Asyraff, facebook adalah tempat berbincang yang sesuai. mungkin Ya.
Akan tetapi kalau sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat kepada umum, Facebook tidak sesuai, disebabkan syarat-syarat tadi.

Namun dalam Facebook cukup ramai orang untuk membaca apa yang ditulis.
"Ramai" tapi bukan semua orang.

Maka terjumpa saya akan profil Facebook Bang Bakaq yang menyediakan pautan ke laman blognya.

Menarik juga.

Saya cuba kaji bagaimana dia boleh meletakkan suapan RSS blognya itu ke Dinding Facebooknya.


Orang lain tidak ada pun macam itu.

Maka saya kaji apa benda yang membolehkan dia buat sebegitu.
Maka saya cuba Aplikasi "RSS Connect"

Ianya menjadi tetapi hasilnya lain.


Kandungan Blog dipaparkan, tetapi ianya tidak masuk ke Dinding.

Kemudian saya cuba satu aplikasi RSS yang lain (Simply RSS), ianya boleh dimasukkan ke halaman dinding tetapi ia tidak dijadikan sebagai kandungan Dinding.



Entah bagaimana saya terjumpa kaedah untuk menjadikan kandungan RSS blog sebagai kandungan di facebook.


Saya tidak pasti pula, "Blog/RSS" itu wujud selepas memasang aplikasi "RSS Connect" atau "Simply RSS"?
Atau dia memang sudah ada tanpa pemasangan Aplikasi itu?

Daripada "Blog/RSS" itu, bolehlah dimasukkan URL RSS untuk dijadikan kandungan Dinding.


Ada opsyen untuk tambah dari google Reader & lain-lain juga.

Tapi ianya dijadikan terus sebagai kandungan blog, bukan pautan di Dinding sebagaimana yang Penarik beca lakukan.

Maka saya pun terjumpa bahawa Penarik Beca menggunakan "Simplaris Blogcast".

 Hasilnya kandungan blog saya ini dijadikan pautan pada Dinding facebook Isteri Saya.


Jadi, sekiranya kandungan Blog boleh dimasukkan terus kedalam facebook, maka teruskanlah berblog.
Sekiranya tidak mahu komen "anonymous" yang tidak enak, maka tutup terus ruangan komen, tetapi Pengguna Facebook masih boleh komen. Akan tetapi, dikenakan syarat keahlian Facebook pula.

Jadi apa jalan tengah?

Saya sempat mengkaji sedikit OpenSocial Networking, di dapati bahawa facebook terasing daripada aplikasi web Rangkaian sosial yang lain, yang semakin patuh kepada spesifikasi opensocial networking.

Tidak perlu paksaan untuk menjadi ahli kepada sesuatu Rangkaian Sosial.

1 comments:

  1. Saya masih anti Facebook sebab ia produk Yahudi.. Ke projek Boycott Israel dah hilang 'aura'nya.. Betul ke?

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit