Kedengaran di komputer lagi satu , suara mat Salleh berkata-kata, maka saya ingatkan ia adalah satu video pembelajaran atau jenis propaganda web 2.0 :).
Namun rupanya ia adalah percakapan yang dituturkan oleh hafreze.com, Menggunakan gabungan RSS +texttospeech + MP3 + podcasting, maka odiogo.com menyediakan satu perkhidmatan membuatkan.
Ketika itu saya menggunakan Firefox & apabila klik pada pautan podcasting hafreze di idiogo.com, maka ia akan membuka iTunes. Ya iTunes cap Apple, saya tak pasti samada protokol itu boleh digunakan oleh perisian lain atau k800i? belum cuba lagi.
Apabila web digabungkan dengan 'podcasting', mengapa perlu sampai 2 aplikasi?
Maka saya teringat akan perisian songbird yang dibangunkan oleh mozilla foundation yang cuba menggabungkan Audio dan Web iaitu 'Songbird'. Suatu ketika dahulu, saya mencuba penyelesaian bagi persoalan 'Dalam format apa audio lossless hendak disimpan?' & Guna perisian apa yang paling sesuai? ketika itu Songbird baru versi 0.25, belum menetas lagi.
Berikut adalah cekupan skrin laman blog hafreze.com, sambil memainkan lagu da bomb.
Cantik! Menarik!Tertarik! Kau memang da bomb!!!
Berbalik kepada cerita asal, Hafreze.com mengkehendakkan pengunjung supaya pergi ke laman hafreze di audiogo.com, Apa yang menariknya ialah, secara automagik, senarai aliran audio dipaparkan di bahagian bawah, menandakan laman web itu mungkin mempunyai sesuatu tag yang membuatkan songbird tahu sahaja itu adalah tempat aliran audio.
Maka dengan mudah pengguna hanya klik pada aliran audio yang dikehendakinya berdasarkan tajuk kiriman blog. Apabila audio kirimanblog itu dimainkan, automatik muzik Da Bomb digantikan dengan aliran audio kiriman blog hafreze.
Eh tetapi bagaimana kita hendak membaca kiriman blog hafreze, anda kata kalau ada graf yang hendak ditunjukkan, ia mustahil dilakukan oleh audio.
Jadi, oleh kerana Songbird boleh tahu sendiri, bila masa hendak memaparkan senarai aliran audio, tak mustahil kalau pada laman blog hafreze sahaja, bila dibuka oleh songbird, automatik keluar senarai aliran untuk dimainkan. Hafreze kaji sendiri lah.
Pendapat tentang idiogo:
Bagi saya text to speechnya memang unggul, memang macam manusia betul.
Kenapa Bahasa Melayu tiada text to speech lagi? Tanyalah pada orang Melayu yang suka membunuh Bahasa Sendiri.
p/s: Bila agaknya Songbird nak menetas?
0 comments:
Catat Ulasan