test

Rabu, 26 September 2007

Kad Raya DalamTalian yang di hantar melalui Pos ke Merlimau

Suatu ketika dahulu, pada zaman bum dotcom yang pertama, saya dan khai, pernah cuba buat pembuktian konsep, dimana kami telah membuat kad raya dalma talian, kemudian kami cetak kad itu kemudian pos.

Kalau tidak salah saya ada kira kira 50 kad yang kami cetak tampal dan pos. Apabila di tanya bagaimana nak untung kalau kita kena keluarkan duit untuk beli kad raya dan kemudian kena beli setem untuk pos.

Jawapannya memang rugi, itulah harga bagi pembuktian konsep dan hati penerima kad raya itu, terutama sekali apabila seorang ayah, menerima kad raya secara fizikal daripada anaknya yang mungkin jauh di perantauan.

Jadi tahun ini, akan ada lagi sekali "Kad Raya DalamTalian yang dihantar memalui pos". Tapi Kali ini, bukan untuk pembuktian konsep, kerana konsep telah dibuktikan bertahun yang lalu.

Jadi pada tahun ini, saya kana buat Kad Raya DalamTalian yang dihantar melalui Pos, percuma kepada pengunjung blog ini, Dengan Syarat Penerimanya mestilah beralamat **** 77300 Merlimau Melaka.


Jika anda mempunyai sanak saudara, sahabat lama, upline, downline, kekasih lama, geng fotopages yang beralamat ** 77300 Merlimau Melaka, Sila dapatkan alamat penuh bagi mereka secepat mungkin supaya anda boleh menghantar kad Ucapan Selamat Hari Raya DalamTalian untuk diposkan atau di hantar "By hand" oleh saya.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit