test

Ahad, 15 Mac 2009

Guru Harus Dihormati

Kejayaan Nik Nur Madihah memperolehi 20A baru-baru ini sepatutnya membuka mata para pelajar yang lain.

Adik Nik Nur Madihah tiada tips yang begitu istimewa untuk ditiru oleh para pelajar lain.

Hampir semua yang diperkatakan oleh Nik Nur Madihah ketika ditemuramah wartawan adalah perkara 'biasa'.

Dia tidak mengatakan pusat tiusyen mana yang bagus, teknik mana yang bagus, guna pensil apakah yang bagus.

Sesuatu yang Nik Nur Madihah pernah katakan ialah bahawa dia mencari keberkatan dalam menimba ilmu.

Ianya sememangnya perkara pokok, penting dan tidak boleh dipandang remeh oleh pelajar yang mewah dengan alat bantu pembelajaran.

Guru harus dihormati.

Ayat sebegitu sudah 1000 kali didengari, akan tetapi perkara yang ringkas sebegitu sudah hampir hilang.

Lihatlah banyaknya berlaku guru dipukul, di saman, dipancitkan tayar keretanya.

Perkara sebegitu seharusnya tidak berlaku sekiranya perkara asas yang ringkas "guru harus dihormati" tertanam pada setiap pelajar.

Ibubapa pun satu hal juga.
Apabila profesyen ibubapa lebih tinggi daripada guru, kemungkinan anak pula diajar supaya tidak begitu menghormati guru.

Jadi walaupun sudah 1000 kali anda dengar guru harus dihormati, maka hari ini saya nak cakap juga "guru harus dihormati".

8 comments:

  1. teman rasa wajib lebih tepat kot hehehe betoi ka

    BalasPadam
  2. Guru wajib dihormati.. sokong tuh.. :)

    BalasPadam
  3. la nie susah nak jumpa anak murid ngan mak bapak yang hormat sama guru (cikgu)... tambah lagi kalau mak bapak anak murid tue jawatan besar dan bergaji lebih tinggi dari cikgu..

    BalasPadam
  4. cencurut,

    masalah tak hormat guru ni fenomena yg seiring dgn kemajuan ekonomi rakyat. apabila status seseorang lebih dipandang dari ekonomi mereka maka guru2 tidak lagi dipandang mulia.

    masa teman darjah 1 tahun 80 mak aiii jumpa cikgu mcm nak lari. masa tu rasa takut tersebut mcm satu perasaan hormat pada cikgu. bila teman sekolah di asrama masa form 1 pun perasaan yg sama masih dlm hati.

    bapak teman yg cuma kerja motong rumput tepi jalan pun siap pesan dgn pengetua, cikgu jaga le anak saya. teman harap bila teman dah ada anak nanti pun teman perlu buat apa yg bapak teman buat dulu, insyaAllah.

    BalasPadam
  5. bapak and mak lawyer mana cikgu yang pukul anak boleh disaman....tapi bila anak dapat berbelas A tak ada pulak nak ucap terima kasih kat cikgu jauh sekali nak bagki hadiah yang best2 kesian aku kat cikgu zaman sekarang nie...

    anyway aku tetap hormat cikgu dari dulu sampai sekarang biar dia orang umno sekali pun

    BalasPadam
  6. hormat guru membawa berkat..
    bukan takat bahasa inggeris.. lebih dari itu pun boleh dikuasai asalkan hormat kepada guru..

    tapi kena ingat jugak... respect must be earned..

    BalasPadam
  7. Gua memang respek sama guru... tapi bukan Guru Nanak... hahaha

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit