test

Selasa, 7 Ogos 2007

Bulan BerBlog dalam BM

Mungkin keluhan aku pada mypenguin suatu ketika dahulu tentang kekurangan teknikal Bahasa Melayu pada Web 2.0 mula dirasai oleh orang lain.

Walaupun penyelesaian asal yang dicadangkan adalah supaya mengadakan satu blog khas, supaya sesiapa yang biasanya berblog dalam Bahasa Inggeris boleh membuat kiriman blog dalam BM di blog mypenguin.

Ianya langsung tak berjaya kerana ia terlalu artificial. Orang yang tidak pernah berblog sebelum ini ditugaskan untuk menjaganya.

Akan tetapi, walaupun ia tak berjaya, namun mungkin mesej kekurangan kandungan itu kedengaran ditempat lain, atau mungkin kekurangan itu turut dirasai oleh orang lain.

Pada blog niknazmi.com, ada menceritakan tentang kempen "Bulan Berblog dalam Bahasa Melayu" , satu azam yang dibuat oleh Nicholas Pang sempena Bulan Kemerdekaan.

Ia amat bersesuaian dengan cubaan saya dalam pembuktian konsep "Bahasa Melayu bukan penghalang integrasi kaum pada Web 2.0".

Sebenarnya, itulah yang dirancang oleh Tun Razak suatu ketika dahulu sehingga mengkorbankan nama "Bahasa Melayu"(nama asal bagi bahasa itu) menjadi "Bahasa Malaysia" dan adakalanya dipanggil sahaja "Bahasa Kebangsaan" atas tujuan untuk menjadikan bahasa belayu/Malaysia/Kebangsaan sebagai platform integrasi kaum.

Langkah Nicholas Phang tadi diikuti dengan penuh bergaya oleh Hizami
http://locus-standi-86.livejournal.com/


Saya sendiri tidak pasti sejauhmana cubaan saya untuk membuktikan "Bahasa Melayu bukan penghalang integrasi kaum pada Web 2.0" itu berjaya atau tidak. Itu semua sebenarnya bergantung kepada pembaca seperti anda.

Baiklah, sekiranya anda ingin turut serta dengan Nicholas Phang, sila paparkan grafik ini dan tudingkan ia ke http://terangbulan.livejournal.com/#terangbulan15818.

kemaskini:
7 Ogos Farhana - http://thebloggingnonblogger.blogspot.com/2007/08/kicking-off-bulan-ogos-bulan-blogging.html
14 Ogos Walaiku - Bulan menulis Blog dalam BM
21 Ogos Emily berblog dalam BM

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit