Rabu, 5 September 2007
Tip Carian pada Mozilla Firefox atau Gecko yang lain
Ini adalah "Blog Reaction" terhadap iEn
Kepada pengguna Mozilla Firefox, atau Camino, atau Pelungsur Web yang berasaskan Gecko yang lain. Selain daripada anda boleh mencari teks pada laman web menggunakan Ctrl+F, anda juga boleh mencari teks pada laman web yang panjang dengan menggunakan "/".
Pengguna vi atau ViM atau elvis, tentu sudah biasa menggunakan "/" untuk mencari.
Sekiranya anda sedang membaca laman web yang panjang seperti ini, dan ingin mencari sesuatu perkataan "bluetooth", anda hanya perlu taip "/bluetooth", tekan CTRL+G untuk mencari perkataan bluetooth yang lain.
Kebiasaannya, pintasan kekunci akan membuatkan kita bekerja dengan lebih cepat, dengan syarat pintasan kekunci itu didalam kepala.
~
~
~
~
~
~
~
"Tip-carian-pada-mozilla-firefox-atau.html" [New File]
0 comments:
Catat Ulasan