test

Selasa, 31 Julai 2007

Kisah Sejarah Web dan HTML


Saya telah membalas kiriman blog Rastom
Agenda Daily lawan Malaysia-Today: Dari sudut kebolehgunaan


--------8<------ mula -----------

Macam mana saya nak terangkan, kalau nak cerita panjang.

Maka diringkaskan kisah sejarah web dan HTML.
Asalnya HTTP atau dikenali sebagai “web” menggunakan HTML yang asas.

Jadi sepatutnya semua pelungsur web yang ada, mesti mematuhi spesifikasi HTML versi ketika itu.

Akan tetapi satu syarikat telah menambah HTML itu sesukahati mereka, dimana pelungsur web dia mempunyai kelebihan teknologi. Laman Web yang dibuka oleh Netscape Navigator ketika itu kelihatan lebih cantik kerana dia boleh render Tag HTML yang tidak mengikut spesifikasi. Oleh kerana Netscape Navigator mempunyai penguasaan pasaran yang tinggi, pembangun web addakalanya terus membina laman web untuk netscape dan bukannya ikut spesifikasi.

Kemudian, datang pula Microsoft, yang mempunyai penguasaan pasaran Sistem Pengoperasian untuk memasuki sektor pembinaan pelungsur web, dengan peneluarkan MS Internet Explorer (MSIE).

Oleh kerana masih baru, Banyak benda bukan piawai yang netsape boleh buat dan MSIE tak boleh buat.

Ketika mulanya MSIE mengeluarkan versi 3 MSIEnya, dan Netscape 3.0, perang meletus.

MSIE cuba melawan dengan Netscape yang popular dengan “Best View with Netscape” dengan “Best Experience with MSIE”. Ketika itu,MSIE mempunyai “ActiveX” dimana dia boleh melaksanakan program yang berkait dengan Windows. Ini amat tidak adil bagi pengguna bukan Windows.

Ketika itu, Netscape 3 masih boleh mengalahkan MSIE 3.x.

Ketika meletusnya perang MSIE 4.x vs Netscape 4.x, Netscape ditukarnama daripada Netscape Navigator kepada Netscape Communicator. Sebenarnya Netscape 4.x dah berapa sempurnya, dia dikeluarkan cepat kerana nak berlawan dengan MSIE 4.x. Ketika itu, Sudah nampak pengguna yang setia pada Netscape sudah bertukar kepada MSIE 4.x. Ketika itu, pembangun web pening kepala, ada 2 versi HTML dan CSS berbeza. Ada yang ambil jalan mudah dengan membina ia untuk salah 1 plaform sahaja.

Oleh kerana MSIE mendominasi, maka banyak laman web direka untuk MSIE. Pengguna yang paling pening ialah pengguna Linux, Ketika MSIE sudah versi 5, kami tersangkut dengan Netscape yang baru versi 4 yang sudahlah lari dari spesifikasi, kemudian laman web direka untuk spesifikasi Microsoft pula.

Terdapat inisiatif dari pembangun KDE untuk membangunkan KHTML, iaitu jentera perenderanweb (Rendering engine) sendiri yang ikut piawai W3C.
Ianya tak seberapa ketika itu. Tapi jangan pandang sebelah mata.

Netscape yang cuba membangunkan Netscape 5.0, akhirnya mengalah, Melepaskan kod sumbernya kepada komuniti.
Komuniti Mozilla.org asalnya ditaja oleh Netsape, dibuat supaya Netscape masih boleh mengeluarkan pelungsur webnya. Kod yang Netscape keluarkan itu bermasalah, dan pembangun Mozilla.org bertekad untuk membuat jentera perenderan web baru yang dinamakan “Gecko”. Gecko kini menjadi jentera pengrenderan bagi Mozilla Firefox.

Pada awalnya, pembangun Mozilla, bertungkuslumus untuk menghasilkan perisian itu, ditambah memeningkan apabila mereka cuba menggunakan XUL. menyebabkan ia amat lembab.
Daripada Mozilla M1 sehingga Mozilla M18, kemudian jadi Mozilla 0.6, 0.7, 0.8, 0.9 . Apabila sampai Mozilla 0.9 nak naik ke 1.0, cukup lama. Ada 0.9.1 , 0.9.2 … dan ada yang mengatakan sampai kiamat mozilla masih lagi versi 0.9.9.9.9.9 . Akhirnya Mozilla 1.0 dikeuarkan.

Tapi tak dapat sambutan.

Mozilla mempunyai adik yang bernama “Phonenix”. kemudian menjadi “Firebird” dan akhirnya Firefox.

Firefox jauh lebih ringan daripada Mozilla kerana tidak mempunyai klien emel, penggubah laman web.

Saya sendiri tak faham kenapa Firefox lebih digemari berbanding Mozilla.

Mempunyai 2 spesifikasi web amat memeningkan, jadi pembangun web mungkin tersentak ketika perang pelungsur web berlaku, mereka berfikir “Kenapa mesti sokong Microsoft atau Netscape?” Both are evil.

Jadi Gecko dan KHTML direka untuk menepati spesifikasi web. Apabila ada keupayaan baru yang perlu ditambah, mereka perlu memastikan ia ditambah diperingkat W3C dahulu, barulah diimplementasikan pada perisian.

Dengan cara itu, ia dapatmenghasilkan persaingan yang sihat.

MSIE dengan JScript dan Netscape dengan Javascript, kedua-dua bergabung jadi ECMAScript.
(tapi masih dipanggil Javascript).

Masa berlalu, Spesifikasi WEB diperelokkan, dan Gecko & KTHML mengikuti dengan rapat. Kelihatan Microsoft pula ketinggalan. Saya tak kisah kalau Microsoft menguasai pasaran pelungsur web tapi ikut spesifikasi.

KHTML pula, diambil oleh Apple (Ya, Steve Job) untuk digunakan pada Safari. Kini Safari pula ada versi Windows. KHTML yang dulunya dipandang sebelah mata oleh saya, kini digunakan sebagai pelungsur Web pada iPhone.

“iPhone is everything”

Jadi, Untuk berperang, guna teknologi yang merdeka daripada mana-mana syarikat.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 50.


--------8<------ tamat -----------
Kemudian terdapat reaksi Rastom.
Untuk berperang, guna teknologi yang merdeka daripada mana-mana syarikat.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit