Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Saya Menyokong Ali Rustam Tapi Tidak Semua

Di blog Angkasanuri, terdapat berita akan satu cadangan Ali Rustam supaya insentif RM 1000 diberikan kepada lelaki yang memperisterikan ibu tunggal. Agak kontroversi juga apabila hanya yang sudah berkahwin yang pula yang diberi insentif, tetapi teruna yang mengahwini ibu tunggal tiada insentif? Seronok juga sipencari jodoh kalau boleh dapat komisyen. 10% WOW Saya sememangnya suka melihat insentif diberikan kepada pasangan yang berkahwin, supaya dapat mengurangkan maksiat. Alasan tak cukup duit sering kedengaran bagi pasangan bercinta yang bercinta sampai bertahun-tahun tapi tak kahwin-kahwin. Tapi boleh tukar 'handphone selalu.

Bagaimana kita nak jawap?

YB Khalil mempersoalkan Wajarkah Elaun ADUN dinaikkan ? Bagaimana pengunjung hendak jawap kalau ruangan komen ditiadakan? Apa salahnya menjadikan komen itu "moderated" berbanding menyembunyikan komen yang ada. Dalam persoalan itu, saya mengatakan wajar Elaun ADUN dinaikkan sebagai penyesuaian inflasi 8 % yang telah negara kita alami.

TV LCD Besar

Sebelum ini terdapat satu catatan blog Isteri saya mengenai TV besar . Am now in jb. My sister's house is impressive (compared to mine). Love her widescreen tv the most. Kalau kat rumah ada tv ni, pergh heaven seyh! Hairan juga, tang mana yang "Impressive" itu? Mungkin kerana TV yang besar. Sebenarnya, saya jenis orang yang tidak yakin dengan TV besar. Dulu saya pernah membeli TV terpakai 25" kerana takut TV 29" gambar tidak cantik. Apabila TV 29" sudah menjadi popular dan harga jatuh, maka memang banyak TV 29" dipasaran yang agak murah berbanding dahulu, akan tetapi saya cukup takut untuk membelinya kerana tak mahu gambarnya lebih buruk dari TV 25" terpakai itu. TV terpakai 25" itu harganya baru 5xx, kalau digantikan dengan TV 29" yang memburukkan gambar siaran astro, lebih baik kekalkan TV 25". Maka keluar pula 1 versi TV CRT jenis 100Hz, gambarnya agak cantik apabila dipasangkan dengan astro berbanding dengan TV CRT 29" yan...

Teguran Seorang Kawan

Semalam saya berborak dengan Perisik Rakyat tentang satu perkara, tiba-tiba saya rasa bersyukur kerana saya ada kawan dalam dunia nyata yang menegur saya jika terdapatnya kesalahan saya. Sebelum ini saya pernah menegur kawan saya, kerana rumahnya mempunyai patung arnab, tak perlu dinyatakan siapa, akan tetapi dia menerima teguran itu dengan baik. Dia kawan saya. Dia kawan saya, kalau semua orang "kawan" segan nak tegur, siapa lagi yang nak beritahu? Di dalam dunia blog juga ada kawan yang tegur kawan. Ada yang tak boleh terima teguran. Ada yang boleh terima, ada yang cukup "berterima kasih". Apabila tidak menerima teguran, akan mengakibatkan kawan sudah tidak mahu menegur lagi. Maka jadikan "No Komen" . Di negeri Perak pula , Setiausaha politik Ir Nizar, Saudara Misbahul Munir cukup berterima kasih kerana kawannya menegurnya . Kawan saya pun ambil gambar. Jadi maafkanlah saya ye. Tak payah padam pun tak apa. Saya bukan hipokrit. Cerita apa yang sebenarnya...

Apabila Orang Baru Tahu Yoga Haram - Malaysiakini

Petang tadi saya agak hairan apabila Hishamudin Rais mentertawakan kenyataan seorang professor UKM apabila dia mengatakan Yoga membahayakan Akidah.  Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya. kah kah kah…. kah kah kah…. saekor lagi kang kong bersuara…. kah kah kah…terguling guling dan terguling guling … kah kah kah Agak hairan juga apabila banyak pengulas yang seolah-olah menyetujuinya sambil menggambarkan ianya hanya berkaitan dengan kebudayaan. Kalau ia hanya berkaitan dengan kebudayaan india, seperti kuih maruku, roti canai, roti "Nan butter", memanglah tidak haram. Banyak fatwa negara lain telah mengharamkan yoga. Banyak blog menyalin tepekkan berita Malaysiakini itu , tetapi tiada ulasan oleh penulis blog itu, Adakah ia menyokong atau mentertawakan seperti Hishamuddin Rais? 21:08   Hentikan yoga, bimbang rosak akidah - Malaysiakiini » Kemba...

Senyum Kambing, Senyum bersama kambing

Pagi semalam Puan Nuraflah telah menayangkan tayangan perdana berkenaan dengan Senyum, sambil mempersoalkan  Bila kali terakhir anda memberikan senyuman yang ikhlas kepada pasangan anda, rakan-rakan anda, ahli keluarga anda, jiran tetangga anda, sanak-saudara anda, guru-guru anda dan juga insan-insan lain yang anda kenali atau tidak kenali? Jed Yoong pula, selaku presiden kelab peminat Husam Musa sering mengkaitkan kekacakannya dalam setiap catatannya. Manis sangatkan senyuman Husam Musa? Jenis apakah Senyuman Husam Musa, senyum kambing atau senyum bersama kambing? Jikalau Husam Musa boleh senyum bersama kambing.... Saya pun ada senyum bersama kambing juga. Rupanya, setahun sebelum saya menulis catatan " Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing ", rupanya telah ada catatan terdahulu yang mengkaitkan Husam Musa dengan Kambing. Jihad Ternak sudah wujud tetapi tidak dijadikan platform untuk merealisasikan matawang dinar sebagai matawang perdagangan.

Hamzah menyintai kambing sehingga tidur di kandang kambing

---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Zulkifli Noordin dari kacamata Jed Yoong, Al-Brangi dan Adihamka

27 Oktober, Zulkifli Noordin diserang oleh Jed dan Al-Brangi Zulkifli Noordin: An Ulama Wannabe On A PKR Ticket, Hoping For A Transfer To UMNO? » Jed Yoong Alahai....Lantangnya YB. Zulkifli Noordin » al-brangi .........Kepuasan Di dalam Kebenaran Tepat jam 12 malam 28 Oktober, Adihamka membuat satu ulasan yang saya kira cukup baik.   Ulasan Saya Mengenai Ucapan YB Zulkifli Noordin » Dengan Izin...™

Jemputan Jamuan Hari Raya MTD Serkam, Perasmian Markas PAS Sempang oleh YB Salahuddin

Adalah dimaklumkan bahawa anda dijemput untuk hadir ke Jamuan Hari Raya Majlis Tindakan DUN Serkam & Perasmian Markas PAS Sempang (Balai Islam Baitul Hikmah) oleh YB Salahuddin & Ceramah oleh Ustaz Kamarudin Sidek dan YB Salahuddin. & Aqiqah Hamzah & Muaz. Bertempat: Balai Islam Baitul Hikmah, (Markas PAS Sempang) Jalan Haji Jamaat Kampung Sempang Merlimau Melaka Pada: 28 Ogos 2008 bersamaan 28 Syawal 1409 Bermula Maghrib. Ceramah Bermula Selepas Isya' Pakaian: Pakaian yang dirasa sesuai untuk Jamuan Hari Raya. Jawapan bocor:

Kecurian Emas Ar Rahn: Kerajaan Negeri Tanggung Semua?

Beberapa bulan lalu telah berlakunya rompakan di satu Cawangan Ar Rahn Kelantan yang melibatkan kehilangan emas bernilai  lebih 9 juta ringgit. Bagi saya memanglah sepatutnya Ar-Rahn tanggung kerugiannya, itu sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Walaubagaimanapun diberitakan di Harakah seolah-olah kerajaan negeri menanggung semuanya. Saya tidak pasti samada editorial Harakah perenggan pertama itu sahih atau tidak. Sekiranya ianya sahih, ianya boleh diumpamakan bailout "Kerajaan Negeri" kepada Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn. Di perenggan ke dua menunjukkan bahawa "PKINK" yang mem'bailout' Pusat Gadaian Ar-Rahn. Adakalanya saya terfikir, tidakkah emas dalam gadaian itu tidak mempunyai perlindungan Takaful langsung? Bagaimana agaknya kalau Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn bukan milik kerajaan negeri? Bagaimana agaknya kalau kedai pajak gadai konvensional yang ingin menggunakan konsep Ar-Rahn, sekiranya dirompak, siapa mahu bailout? Persoalan lain yang muncul di fikiran ...

Eurocopter, Chi Chang Kelakar Juga

Penasihat Ekonomi DAP, Teh Chi Chang telah ditemubual wartawan berkenaan pembelian Eurocopter . Kandungan temubual adalah lebih kurang dengan catatan blognya yang ini . Apabila ditanya tentang pembelian eurocopter, Teh suggests that the government focuses on plans that improve on local infrastructure such as drainage and roads and postpone extravagant projects for example the high-speed broadband and overpriced military purchases such as the RM2.3 billion Eurocopters. "You can postpone it three, four years. While defence is a very important aspect of a nation's security, I highly doubt that anyone is going to invade Malaysia any time soon ," he remarked drily.  Hehe... Eh tunggu sekejap. Tadi saya sudah membaca sedikit tentang Great Depression , dan ianya berkait dengan Perang Dunia ke II. Perang Dunia ke III akan meletus selepas 10 tahun krisis ekonomi?

Krisis Ekonomi : Kali Ini Siapa Baham Siapa?

Masih ingat lagikah Krisis Ekonomi 1986? Saya sendiri tidak tahu sangat mengenainya, akan tetapi ianya melibatkan kejatuhan harga komoditi. Harga minyak rendah selama 22 tahun. Amerika baham Pak Arab dengan membeli minyak dengan harga cukup murah . Krisis ekonomi 1998, melihatkan bagaimana Syarikat Permotoran Amerika membaham syarikat permotoran eropah dan Asia. Nissan bukan lagi milik jepun. Banyak kilang Jepun sudah jadi milik Amerika. Krisis Ekonomi 2008/2009? Siapa akan baham siapa?

Isu Pemberhentian 50000 Pekerja Kontrak Kerajaan

Apa yang saya sedia maklum, Ceupac hanya menyatakan kerisauannya tentang nasib 50,000 pekerja kontrak kerajaan yang MUNGKIN berhenti apabila berlaku krisis kewangan. Ini adalah lanjutan kepada isu mengapa mereka tidak diserap sebagai kakitangan awam. Namun ramai blogawan yang membuat catatan seolah-olahnya kerajaan telah mengumumkan pemberhentian kerja 50000 orang pekerja tersebut. Masih ingatkah lagi suatu ketika dulu AAM mencadangkan supaya kenderaan diberikan had umur. Mengapa cukup ramai orang yang komen seolah-olah kerajaan yang mencadangkannya? Ceupac tiada kuasa untuk memberhentikan pekerja kontrak, begitu juga AAM tiada kuasa untuk mengubah undang-undang.

Santai krisis perbankan

"Para pendeposit tidak perlu risau jika berlakunya penutupan bank kerana masih boleh mengeluarkan wang di mesin ATM" kata menteri kewangan negara dunia ke 3 yg enggan dikenali. ---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Valuecap dan KWSP lagi

Setelah beberapa hari diumumkan bahawa ValueCap meminjam KWSP sebanyak 5 bilion, banyak reaksi yang menentangnya namun terdapat sedikit perbezaan pendapat. Dalam catatan saya yang lalu, saya tidak mengatakan bahawa wang KWSP langsung tidak boleh dilaburkan ke BSKL. Terdapat pihak yang menyalahkan tindakan itu seolah-olah tidak mahu wang KWSP itu langsung tidak digunakan. Tak boleh dipinjamkan, tidak boleh dilaburkan. Disebabkan tidak faham akan konsep KWSP, makan ramai yang beranggapan KWSP hanya simpanan semata-mata. Almaklumlah namanya pun Kumpulan Wang Simpanan pekerja. Hakikatnya memang ada wang KWSP dilaburkan untuk pasaran saham, tetapi peratusannya sedikit. Kadangkala mushkil juga saya, adakah penentang pinjaman kepada ValueCap itu sememangnya tidak mahu wang KWSP digunakan langsung? Tapi mahu dividen? Beberapa blogawan rupanya ada yang pro kepada penggunaan 5 bilion itu adalah lebih baik digunakan sebagai pelaburan ke BSKL tanpa melalui Valuecap. Myop101 mempersoalkan adakah V...

Masjid Hokkien Bo Liau?

Hari ini terdapat banyak catatan blog berkisar tentang Maskid Cina. *Pembinaan Masjid Cina telah ...Bina segera Masjid Cina di KLPembinaan Masjid Cina telah pun diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan. Masjid Jubli Peraka atau Masjid Cina terletak di Rantau Panjang Kelantan hasil dari cetusan idea MB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat. Tuan Guru mahu menggambarkan bahawa Islam ini bukan milik orang Melayu semata-mata, ia universal dan malah di... Zulkifli Nordin ...agar dibina masjid Cina yang berasaskan senibina Cina di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Tapak untuk pembinaan masjid itu ialah di bekas Penjara Pudu. Alasan tempat itu dipilih kerana ia dikelilingi masyarakat Cina. Dengan wujudnya masjid itu ia akan menjadi daya tarikan kepada masyarakat Cina termasuk korporat untuk mendekati Islam.Saya setu..  Dr. Maza juga telah membicarakan tetang Masjid Cina . Isu Masjid Cina Isu Masjid Cina yang ditimbulkan juga oleh YB Kulim di Parlimen semalam juga sebenarnya telah pun...

Harga 'Barang' Tak Jadi Turun Jumaat?

Telah diberitakan kononnya harga 'barang' turun hari jumaat. Zubli ada tanya: Boleh Caya Ke Cakap Pemimpin Politik Harga Barang Turun Jumaat? Maka tersebarlah sms kononnya harga 'barang' akan turun pada khamis malam jumaat, 24 okt 2008. Khabar angin itu popular disebarkan di kalangan pengusaha stesyen 'barang', ada yang cuba membatalkan pesanan 'barang', ada juga yang mengeluh mempersoalkan kenapa syarikat 'barang' tertentu tidak membenarkan pembatalan. ada yang kata penurunan harga 'barang' 30 sen'. Macam-macam lagi. Namun, ramai yang tertipu rupanya. Mengikut logik akal yang asas, Mana ada orang suka 'barang' turun malam jumaat.

Video Kuda kena sembelih

Tadi saya  pergi memilih kambing untuk dijamukan kepada  YB Salahuddin Seekor anak kambing cuma memakan kaki saya  Secara kebetulan ada seseorang telah sedekahkah seekor kuda untuk disembelih. Ini videonya Akhirnya kuda itu jadi begini. Klik pada gambar kalau tidak takut darah.

Syabas Selvam Wartawan TV3

Saya ingin mengucapkan Syabas kepada saudara Selvam, (nama penuh tidak perasan),Wartawan TV3,  kerana telah menggunakan Bahasa Melayu sebutan baku yng cukup indah didengar  ketika di Buletin Utama. Catatan lama saya: Bahasa Melayu dan Islam Diangkat Martabatnya oleh Bukan Entik Melayu

Betulkah Simpanan Terjamin? Apa terjadi selepas 2010?

" sicksand " bertanya saya baru hendak menanyakan kenapa bank negara memberi jaminan sehingga 2010 duit pendeposit akan selamat? 1. kenapa bnm buat kenyataan sedemikian? 2. lepas tahun 2010 apa akan jadi? 3. lepas tahun 2010, adakah tiada bank lagi?  Ezza bertanya Apapun aku harap, duit aku selamat. Penat aku kerja datang pukul 8 balik pukul 7 malam kalau duit simpanan aku lesap. Ekonomi dunia merudum, meleset sana sini, pelabur lebih suka ambil pendekatan tunggu dan lihat, jadi haruskan aku yakin dengan simpanan dalam bank aku? Sudah tentu negara juga akan merasa tempiasnya bukan? Perlukan aku beli peti besi simpan duit dalam rumah bawah lantai papan sahaja? Kalau diikutkan hati, senang sahaja saya menjawap. "Entah." Setakat yang saya faham, pendeposit dijamin sebanyak RM 60k untuk setiap akaun. Jaminan melalui PIDM. Zaman kita kecil-kecil dulu, zaman simpan duit di "Pejabat Pos", ada tulis "DIJAMIN OLEH KERAJAAN", Saya tidak pasti samada Simpan...

Saham Mawi Jatuh, Pinjam 5 bilion?

Ulasan saya di catatan pakdi - Mawi Ikin Kahwin . # 1 Hasbullah Pit October 21st, 2008 at 9:29 pm Najib dah “pinjam” 5 bilion daripada KWSP untuk naikkan saham Mawi. Kalau Valuecap boleh pinjam 5 bilion daripada KWSP, kenapa pula Mawi tidak boleh pinjam 5 bilion? Di sini saya ingin membawa anda untuk melihat kisah pinjaman 5 bilion itu dari pelbagai sudut. Sekiranya 5 bilion untuk dilaburkan ke BSKL itu cukup menguntungkan, Mengapa tidak KWSP sahaja yang melakukan pelaburan? Kalau tidak salah saya, Had maksimum pendedahan ekuiti KWSP tidak lebih 30%,  5 bilion itu hanya 2% drpd keseluruhan 242 bilion. Apabila banyak saham tergolek, secara kiraan kasar, pendedahan ekuiti dalam KWSP akan merosot secara automatik. Andaikata maksimum pendedahan ekuiti KWSP adalah 30% (saya tidak pasti berapa peratus pendedahan ekuiti KWSP yang dibenarkan, maklumat tidak dijumpai). Maka, 30% daripada 242 bilion ialah 72.6 bilion. Sekiranya pasaran ...

Beberapa Catatan Ekonomi Tempatan

Malaysia is not in financial crisis? - Jason Kapitalisme itu apa? » ~:OikosNomos:~ If your pay were cut …. Your budget will have to change - Chi Chang Aliran Keluar FDI » Ketua Perusuh   Kartun krisis ekonomi (1) » Sosialis Kanan   THE FINANCIAL TURMOIL AND MALAYSIA » Che Det Malaysia Tidak akan Dilanda Krisis Ekonomi.... » Letting the time pass me by    Tiada ulasan oleh saya.

Beli Konsesi Lebuh Raya Sekarang

Bulan 6 yang lalu, terdapat seseorang yang tidak ingati namanya (orang MCA) telah mencadangkan supaya itulah masa yang sesuai untuk membeli PLUS . kerana ia hanya melibatkan kos 3 bilion sahaja. Namun, masa berubah, indeks BSKL sudah jatuh, dan mungkin kosnya lebih murah. Bayangkan, dengan modalkan tak sampai 3 bilion, tol boleh dihapuskan.

Krisis Ekonomi : Bersedia Untuk Kemungkinan Terburuk

Apabila kita melihat cara hidup masyarakat hari ini, seolah-olah tidak akan berlaku krisis ekonomi. Beberapa jaminan diberi seolah-olah kita akan betul-betul terselamat daripada krisis ekonomi. Sebenarnya kita tidak boleh meramalkan bentuk apa krisis ekonomi akan berlaku terutama sekali yang berkaitan dengan komoditi. Krisis Ekonomi berlaku apabila harga komoditi terlalu rendah atau harga komoditi terlalu tinggi? Ketika zaman harga minyak melonjak ke tahap USD 140 setong dulu, ramai diantara kita yang berasa susah akibat kenaikan harga minyak. Tanpa disedari ianya sebenarnya rahmat bagi negara yang kaya dengan komoditi Minyak, getah, sawit. Kini berlaku kejatuhan harga. Ada yang bersorak gembira harga minyak diturunkan malah mahu minta diturunkan lagi tanpa menyedari nasib penoreh getah. Yang mana satu hendak digelar krisis ekonomi? semasa ia tinggi atau rendah? Daim sudah kata "Prepare for the worst" . Tidak dapat dibayangkan bagaimana "the worst" itu. Tetapi mari...

Jed, Mari masuk Kelab Penyokong Muda PAS

Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum Dewan Pemuda PAS Pusat, telah memaklumkan bahawa "Kelab Penyokong Muda PAS" akan ditubuhkan . Apabila ditanya samada Kelab Penyokong Muda PAS adalah untuk lelaki sahaja atau sebaliknya, Saudara Khairul Faizi juga mengatakan ianya adala campur. Comment by khairul faizi 2008-10-15 17:59:13 Kelab Penyokong Muda utk lelaki dan perempuan Oleh itu saya menyeru, rakan-rakan blogawan yang bukan Islam terutama sekali Jed Yoong untuk mempertimbangkan supaya Kelab Penyokong Muda PAS dijadikan satu platform politik yang bersih apabila ianya ditubuhkan nanti. Di sini saya tidak boleh menjanjikan sekurang-kurangnya satu kuota menteri kabinet bagi Kelab Penyokong Muda PAS.

Jangan Lupa, Chua Soi Lek Sudah Minta Maaf - Malaysiakini.

Merujuk kepada berita di Malaysiakini, Dr Chua Soi Lek telah memenangi jawatan Timbalan presiden MCA . Namun dia masuk dikaitkan dengan kisah masa lampau yang tidak sedap didengar. Jangan lupa, Dr Chua Soi Lek telah pun meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharaf rakyat Malaysia dapat memaafinya. "After I made my confession, I had hoped Malaysians would be able to accept my apology, "  Jika masyarakat masih lagi mengkaitkan kesalahan masa lampau itu dengan dia, maka apa ertinya dia memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat? Apa terjadi kalau Dr Chua Soi Lek, memeluk islam dan bertaubat secara Islam, Adakah masyarakat masih lagi tidak memaafkannya dan kaitkan lagi dengan cerita lampau itu. Lainlah ceritanya kalau seseorang itu tidak mahu mengaku salah dan meminta maaf. Kisah masa lampau Dr Chua Soi Lek berbeza sedikit dengan kisah "Sedekah Seks", kerana kisah "sedekah seks" itu melibatkan dengan orang Islam. Menurut fahaman ...

3 Hala Tuju Pelabur Wall Street

Apabila berlakunya pesta kejatuhan saham, yang dibebabkan oleh masalah bank yang disebabkan oleh sub prima, Maka pelabur agak kehilangan arah. Banyak tiga teori pelaburan timbul. 1. Emas sebagai "Save Heaven" 2. Simpan Wang Tunai dahulu 3. Sekarang ini masa sesuai untuk melabur. ramai yang pilih emas dan tunai. Terdapat 3 entiti disini, iaitu emas, fulus, dan saham. Apabila saham dijauhi, dan beralih kepada fulus, maka permintaan fulus akan meningkat. Nilai fulus akan naik. Akan tetapi apabila emas juga dijadikan pilihan untuk memparkirkan kekayaan, maka harga emas juga tinggi. Keadaan ini agak pelik apabila melihat banyak komoditi jatuh akibat kenaikan dollar, akan tetapi tidak berlaku pada emas. Pelabur Wall Street ini sebenarnhya bilahkan percaya emas sesuai untuk dijadikan matawang, akan tetapi ianya hanya sebagai platform selamat buat sementara dan bersedia meletakkan kekayaannya di Wall Street untuk mengaut kekayaan. Untuk melihat nilai USD sekarang ini randah atau ting...

Rejim Sumber Terbuka

Mungkin ada yang tidak faham apa dimaksudkan oleh ulasan saya pada topik Sekolah seluruh Malaysia mulai guna OpenOffice.org mulai tahun depan Langkah ini boleh diibaratkan sebagai Amerika yang membunuh rakyat iraq, dan memaksa "demokrasi". Apa tujuan sumber terbuka? Apa sumber terbuka? Apa Perisian bebas? Ramai yang tidak faham maksud Perisian Bebas. Perisian Bebas, dalam bahasa Inggerisnya ialah Free Software. Apabila tidak membaca takrifan "Free Software" oleh FSF, maka ramai yang menyangka ianya adalah perisian percuma. Free software is a matter of liberty, not price. To understand the concept, you should think of free as in free speech, not as in free beer.  Bebas dan percuma adalah dua perkara yang berbeza, namun ianya adalah "free" dalam Bahasa Inggeris. Penterjemah Ubuntu telah tersalah terjemah "Perisian Bebas" kepada "Perisian Percuma". Jika OpenOffice adalah Perisian Bebas. Sebarang paksaan supaya ia digunakan adalah terla...

Andai Kata Buluhmas Tak Ambil Deposit

Sebenarnya saya mendapat penerangan tentang Buluhmas ini berbulan yang lalu, akan tetapi penerangan yang saya dapat itu hanya setakat bahagian pertama. "Membantu IKS" dan "Pengiklanan", tidak masuk cerita dapat pencen ataupun pendapatan. Pada mulanya saya melihatnya sebagai menarik juga kerana nak bantu IKS pasarkan produk. Masalahnya kebanyakan IKS mengeluarkan produk yang lebih kurang sama. Buat sos, buat air, banyak syarikat buat produk sama. Bagaimana buluhmas membantu mereka. Maka saya telah diceritakan oleh seseorang, bahawa selepas membayar sebanyak RM 15, dapat sticker dan dapat baucher barangan. Rupanya barangan itu tidak boleh dipilih. Maksudnya suka atau tidak, memandang barangan itu adalah keperluan, maka ambil sahajalah barangan itu. Untuk membantu IKS. Akan tetapi, saya terfikir, urusniaga ini akan menjadi semi-setuju, kerana kita tidak boleh memilih jenis barang. Maka IKS yang berkait dengan buluhmas sahaja yang boleh dilarapkan produknya. (Larap == c...

Hanya 178 Terima Anugerah Negeri Melaka

Pada 1985, 23 tahun yang lalu,  di Negeri Melaka, ketika hari keputeraan TYT. 1 gelaran Datuk Seri dan hanya 3 gelaran Datuk dikurniakan. Itu pun yang menerima Gelaran Datuk Seri itu adalah Perdana Menteri yang Pertama, Tunku Abdul Rahman. klik untuk besarkan.   Berbanding dengan tahun ini  78 Datuk dikurniakan dan tahun lepas 80 orang Datuk. Jumlah keseluruhan penerima anugerah ialah 178 pada tahun 1995, berbanding 758 pada 2008, dan 1183 pada 2007. Berapa agaknya kadar inflasi gelaran Datuk? Kalau pada 1985, hanya 4 orang dapat gelaran Datuk ke atas, tahun ini 78 orang. Maka inflasi gelaran Datuk adalah 1950 %. Nilai "Datuk" Negeri Melaka kini hanya  5.1% daripada nilai Datuk pada tahun 1985. Kemerosotan nilai sebanyak 94.9%. Susut nilai yang agak tinggi. Kalau dahulu, semua penerima pingat boleh disenaraikan dalam akhbar. DSM, Darjah Seri Melaka,tanpa gelaran Datuk pun dipaparkan muka di akhbar. . Harap maaf gambar tidak jelas. Tangan goyang.

Sistem Ekonomi Kapitalis, Soasialis, Islam. Eh Mana Sistem Ekonomi Melayu?

Terdapat satu catatan di waubebas, mengatakan supaya jangan salahkan kapitalis, tetapi salahkan peraturan . Benda yang tiada di adakan, maka betulkan ianya tidak ikut peraturan, Ketika musim krisis ekonomi ini, golongan sosialis kuat menghentam kapitalis. biarlah. Ada juga pemimpin Malaysia yang salahlan liberisasi ekonomi sebagai punca. Dalam erti kata lain, "pengswastaan" yang salah. Samada nasionalisasi atau tidak nasionalisasi. Kapitalis atau sosialis. Kesemua itu tidak pro kepada percetakan wang kertas berleluasa, dan pinjaman daripadan "thin air" terlalu dipermudahkan. Pakdi tanya Mana dia Sistem Ekonomi Islam?  Kalau setakat sebut sistem Islam lebih baik dari sistem Kapitalis, budak ngaji PASTI pun boleh sebut.  Adakah ekonomi islam itu "sistem" atau peraturan? Saya melihat akan ianya satu peraturan. Buatlah apapun sistem, tetapi ikut peraturan. Peraturan Muamalat. satu ialah satu dua adalah dua. Kalau tak mampu bayar pinjaman tidak boleh pinjam. ju...

Ceritakan Pengalaman Anda dengan Buluhmas, Jazmeen, Noradz, Eastana

Pakdi, menulis tentang penyerbuan BNM terhadap 4 syarikat ini kerana pengambilan deposit. 1. Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd. 2. Jazmeen (M) Sdn. Bhd. 3. Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. 4. Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. Dia soal adakah anda menjadi mangsa?  Mungkin ada mempunyai pengalaman dirapati oleh orang yang terlibat dengannya supaya anda menyertainya. Atau mungkin anda sudah menyertainya dan rugi atau anda menyertainya tetapi sudah untung? Sila ceritakan pengalaman anda berjumpa dengan sesiapa yang menghampiri anda itu, nyatakan sebab anda tidak menyertainya. atau nyatakan sebab mengapa anda menyertainya. Jika anda menyertainya, nyatakan bagaimana anda mempercayai mereka.

Perceraian di Kemboja Cetus Idea Penyelesaian Sub Prima?

Masalah Sub Prima di Amerika telah menyebabkan banyak rumah yang dilelong, tetapi bank tidak untung apabila rumah itu dilelong disebabkan nilai rumah itu lebih rendah daripada hutang. Banyak kaum Badwi Amerika akan muncul. Mengapa perlu keseluruhan rumah dilelong?  Di Kemboja, sepasang suami Isteri telah bercerai . dan ia melibatkan harta sepencarian. Bank peminjam boleh ambil separuh rumah yang belum di bayar oleh pembeli. Bahagian rumah yang telah dibayar oleh pembeli tidak perlu dilelong.

Tidak! Anwar Tidak Minta 'Bajet' Baru Dibentangkan.Tajuk Malaysiakini Salah

Merujuk kepada berita di Malaysiakini tajuknya, Anwar minta Najib bentang bajet baru Anwar Ibrahim yang saya kenal tidak pernah menggunakan istilah bajet, sehingga kini dia masih lagi lagi menggunakan istilah Belanjawan. Mana mungkin dia akan menggunakan istilah 'bajet'. Jika diteliti berita Malaysiakini itu: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli-ahli Dewan Rakyat tidak boleh membahaskan " belanjawan yang ketinggalan zaman" seperti dibentangkan lebih sebulan lepas.  Manakala, berita di skuad DUN Batu Caves : "Fokus kita sekarang ialah Belanjawan 2009 perlu dibentangkan semula kerana ia sudah tidak relevan dengan keadaan ekonomi semasa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. Beliau berkata, usul undi tidak percaya tidak akan dibincangkan kerana soal belanjawan yang perlu dibentangkan semula kini menjadi keutamaan pembangkang.- Tapi yang peliknya ada bajet di sini  Ingat pesan saya. Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat y...

Tutorial Menggunakan alamat namaanda.via.my di Blogger.com

Laman blog saya beralamat hasbullah.pit.my, nama domain ialah jenis berbayar. Namun, terdapat cara, supaya alamat blog anda (yang menggunakan platform Blogger) menggunakan alamat lebih pendek secara percuma. sebagai contoh melaka.via.my , khalid-samad.via.my , tanpa perlu menukar platform blog anda. Bahagian Pertama ZoneStrainst Mula-mula sekali, daftar di zonestraits . logmasuk. "Add from Available domain" masukkan nama yang anda mahukan itu, check availablity, dan Teruskan mendaftar. Dalam tutorial ini, contoh ialah debat-rakyat.via.my Kemudian. Kemudian klik pada nama domain itu, dan save service kemudian pilih " DNS Management " pilih CNAME dan masukkan " ghs.google.com " Add record. Siap bahagian pertama. Belum siap lagi. Si atas permintaan solehpolysas untuk membolehkan www.solehpolysas.via.my boleh digunakan untuk membaca blog. Maka perkara ini ditambah. Klik pada domain yang dicipta tadi, dan klik subdomain . (Kalau ikut hukum DNS ia bukan sub...

Satu Bangsa Satu Negara Dr Burhanuddin Al-Helmy - Malaysiakini

Saya tertarik untuk mengulas surat Kelly Stone di Malaysiakini tentang 'Satu Bangsa Satu Negara' , dimana Negara Thai telah berjaya melakukannya. Bukan sahaja Thai, negara di eropah juga banyak yang berjaya melakukan Satu Bangsa Satu Negara. Faktor utama menjayakan Satu Bangsa Satu Negara ialah soal bahasa. Di Negara Thai, Sweden, Korea, Jepun kesemuanya bercakap dalam satu bahasa sendiri yang menjadi sebagai identiti bangsa. Takrifan bangsa sering disalah ertikan dengan etnik atau kaum. Di Malaysia bangsa sering dikaitkan dengan kaum, berbanding maksud sebenarnya ialah untuk warga sesuatu negara. Ketika sebelum merdeka. Tidak ada istilah "Malaysia" yang ada hanya "Malaya" nama yang diberi oleh british. Oleh itu ketika Dr Burhanuddin Al-Helmy cuba membangkitkan nasionalisme, istilah kebangsaan digunakan untuk merujuk kepada nasionalisme. Kaum yang ada di Tanah Melayu adalah bukan hanya melayu, akan tetapi Dr Burhanuddin Al Helmy cuba menjadikan semua orang s...

Jangan Terburu-Buru Minta Turunkan Harga Minyak

Ini bukan hanya cerita harga minyak, akan tetapi masuk sekali cerita harga getah dan harga sawit. Pada masa yang sama. Ada pihak yang mengeluh harga getah turun. Ada pihak yang mengatakan harga sawit turun mengakibatkan kekurangan dividen Tabung Haji. Masa yang sama juga ada pihak desak suruh turunkan harga minyak kerana harga minyak dunia turun. Jadi dirangkumkan semula yang turun ialah Harga Minyak Harga Getah Harga Minyak Sawit. Mana mungkin bila kita hendak guna kenderaan, kita mahukan harga komoditi itu rendah, tetapi untuk ladang getah kita, nasib penoreh/peniaga getah kita mahu harga getah tinggi, akan tetapi untuk pelabur tabung haji, kita mahukan harga sawit tinggi. Mana mungkin. Apabila ketika-tiga harga itu jatuh, ia memaksudkan harga komoditi jatuh. Harga timah jatuh tidak? Adakalanya saya pun tak faham kenapa beria desak kerajaan turunkan harga minyak kalau nasib penoreh getah tidak terbela akibat dari penurunan harga komoditi. Penoreh getah sudah cukup kaya? beri peluang ...

Robert Kubica tetap tidak mahu meletakkan keris di bendera negaranya

Pening memikirkan soal huruf Ga . Visi terlalu tinggi berbanding keupayaan diri. Ini semua kerana secara tiba-tiba saya teragak untuk tanya Zul samada Ubuntu sudah menyokong jadi atau tidak. Jangan pening-pening, Hari ini Robert Kubica naik podium. Tahniah. Namun Robert Kubica tetap tidak mahu meletakkan keris di bendera negaranya seperti yang telah ditunjukkan oleh UMNO Merlimau. Mungkin dia tak mahu meletakkan keris pada bendera negaranya kerana tak mahu lagu kebangsaannya jadi begini. Berjumba Kita Berlumba Dengan Setia Berganding Bahu Jiwa Teguh Berpadu Kita Rumpun Polski Bersama Kita Bersama Mendukung Hasrat Semua Berjasa Pada Bangsa Agama Dan Negara Lambang Kita Yang Gagah DiPandang Mulia Dan Indah " BERLUMBA , BERSETIA , BERKHIDMAT " Cogan Katanya Kubica Terus Mara Untuk Rakyat Poland

425 Ahli UMNO Tidak Dapat Pingat Kebesaran Melaka

Ini bukan cerita Shah Rukh Khan dapat datuk. Diberitakan di Utusan Malaysia bahawa 758 orang memperolehi pingat pada hari keputeraan TYT Melaka. Sekali pandang, sudah rasa cukup banyak.758 orang. Sebenarnya tahun lepas 1183 orang mendapat pingat pada tahun lepas. Baca baik-baik perenggan ini Saadon berkata jumlah keseluruhan penerima yang berkurangan pada tahun ini berbanding 1,183 orang pada tahun lepas disebabkan Kod Etika Pemilihan Umno yang tidak membenarkan anggota parti itu dianugerahkan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri. Jika ditolakkan 1183-758 = 425 Maksudnya ada lebih kurang 425 ahli UMNO tidak dapat pingat tahun ini. Daripada 758 orang itu, tolak Shahrukh Khan dan pemimpin MCA MIC Gerakan. Ada banyak lagi baki orang Melayu yang profesional yang bukan ahli UMNO. Baca semula perenggan tadi, dan anda boleh lihat bahawa Kod Etika UMNO dikaitkan dengan penganugerahan pingat. Nampak sangat UMNO memberitahu kepada dunia mereka menguasai institusi TYT tanpa ra...

Huruf Ga Jawi di GNOME & Firefox

शाहरुख़ ख़ान  شاہ رخ خان   گ ڬو کڬکڭڬڡڬڗڬجڬوڬرڬسڬتڬجکج کڬکڭڬڡڬڗڬج کڬکڭڬڡڬڗڬجڬوڬرڬسڬتڬجکج ----- Kebiasaannya, orang Melayu, kalau nak tulis jawi, perlu ada font khas, ada juga yang memerlukan perisian khas. Bagi saya ianya boleh dibaratkan sebagai "dirty hack". Yang memeningkan ialah huruf Ga. huruf lain OK. Ada pihak yang menggunakan huruf lain, kemudian digunakan dengan font yang boleh memaparkan Ga dengan betul, maka ia akan kelihatan betul. Tetapi hanya pada perisian yang mereka guna, atau depan mata dia sahaja. Kalau dicetak pada kertas ia akan OK. Bahasa Urdu, mempunyai huruf Ga yang hampir sama dengan Ga jawi, akan tetapi mempunyai palang, berbanding jawi mempunyia titik di atas. Huruf Ga Urdu    (U+06AF) = گ Manakala huruf Ga Melayu di carta unicode dipaparkan sebagai Ga yang jarang digunakan (U+06AC) . ڬ Ia kelihatan salah. kerana kita biasa Ga ialah Kaf bertitik. Ujian contengan di atas menunjukkan Ga versi ڬ tidak kelihatan betul apabila bercantum de...

Bila Masa Pula PAS Melaka, Selangor, Perak Kurniakan Datuk Pada Shahrukh Khan?

Kadang Kala Skuad DUN Batu Caves ini menggelikan hati, catatan blognya yang memerli pengurniaan Datuk kepada Shahrikh khan , akan tetapi mengeluarkan kenyataan memerli kepada blogawan yang menegur tentang "gambar" DSAI. p/s mana blogger yang sibuk pasal gambar dsai dulu tu...?? ni apa cerita? apa faedah untuk negara?? Blogawan yang sibuk pasal "Poster" atau "gambar" DSAI di Batu Cave itu kebanyakkannya blogawan PAS, Bukan UMNO. Perisik Rakyat PAS Selangor Hani Nasution PAS Perak Pak Kamaru PAS Perak Ustaz Nasarudin Tantawi . Pemuda PAS Pusat (negeri mana ya?) Diri saya sendiri PAS Melaka. Khairul Faizi - PAS Johor. Nik Abduh PAS Kelantan Puan Nur Aflah PAS Melaka Sekarang ini yang nak tanya balik kepada Skuad DUN Batu Cave, yang kurniaan Datuk itu PAS negeri mana yang beri? PAS Melaka? PAS Perak? Pemuda PAS? PAS Kelantan? PAS Johor? Pendirian PAS Melaka tentang Kurniaan Datuk. KESAL DENGAN ANUGERAH DATO' KEPADA SHAH RUKH KHAN  Setiausaha Lajnah P...

Mana Tidaknya Google Pening, Masalah SEO Khalid Samad

Pejabat YB Khalid Abdul Samad telah mengutarakan masalah SEO laman blog boss nya iaitu Khalid Abdul Samad . -Pejabat YB Khalid Abd Samad- said... Terima kasih atas komen Tuan Hasbullah Pit "Ref Malaysiakini" diletakkan pada tajuk kali ini utk kajian pihak kami keatas kapasiti enjin pencari Google 'mencari' blog ini dlm blogosphere kerana terdapat sedikit masalah pencarian - walaupun telah di index dlm Google. Sekarang lebih jelas sedikit kerana tidak keluar di Malaysiakini pun setelah hampir 12 jam. Mungkin Tuan boleh memberi pandangan utk memudahkan lagi pencarian di Google. Harap maaf diatas kesulitan yg timbul. "Ref Malaysiakini" kini telah di keluarkan dari posting. Malangnya dia telah tersalah berguru, dan menggunakan kaedah yang kurang beretika, untuk menyelesaikan masalah yang lain. Masalah sebenarnya ialah SEO. Blogawan wordpress ramai yang pakar SEO, saya bukan pakar SEO, tetapi tidaklah bodoh sangat sehingga tidak mengetahui apa-apa. Bagaimana se...