test

Rabu, 15 Oktober 2008

Andai Kata Buluhmas Tak Ambil Deposit

Sebenarnya saya mendapat penerangan tentang Buluhmas ini berbulan yang lalu, akan tetapi penerangan yang saya dapat itu hanya setakat bahagian pertama.

"Membantu IKS" dan "Pengiklanan", tidak masuk cerita dapat pencen ataupun pendapatan.

Pada mulanya saya melihatnya sebagai menarik juga kerana nak bantu IKS pasarkan produk.

Masalahnya kebanyakan IKS mengeluarkan produk yang lebih kurang sama. Buat sos, buat air, banyak syarikat buat produk sama.

Bagaimana buluhmas membantu mereka.

Maka saya telah diceritakan oleh seseorang, bahawa selepas membayar sebanyak RM 15, dapat sticker dan dapat baucher barangan.

Rupanya barangan itu tidak boleh dipilih. Maksudnya suka atau tidak, memandang barangan itu adalah keperluan, maka ambil sahajalah barangan itu. Untuk membantu IKS.

Akan tetapi, saya terfikir, urusniaga ini akan menjadi semi-setuju, kerana kita tidak boleh memilih jenis barang.

Maka IKS yang berkait dengan buluhmas sahaja yang boleh dilarapkan produknya.
(Larap == cepat jalan)

Bagaimana kalau ada 10 pengeluar sos? Apa kriteria buluhmas gunakan untuk pilih pengeluar sos yang mana yang dia pilih.

Saya tidak nampak bagaimana buluhmas boleh bantu IKS, selainkan dia boleh bantu IKS yang dipilih sahaja.
Itupun menggunakan cara semi-setuju.

Apa akan terjadi pada IKS itu?
IKS itu akan dibuat oleh permintaan palsu akibat daripada penjualan secara semi-setuju oleh Buluhmas. Ianya tidak menunjukkan permintaan sebenar oleh pelanggan.

Maka, amalan mengeluarkan produk berasaskan permintaan tidak berlaku pada IKS terbabit.

Di laman web Buluhmas, terdapat kenyataan.
Upah yang menyamai RM10.00 keatas akan ditolak 15% dan digantikan dengan produk yang sama nilai di pasaran.
Ini juga satu contoh penjualan produk secara semi-setuju.

Saya tidak mahu cerita soal "pencen" "upah" kerana saya tidak diberitahu tentangnya, walaupun ia agak menggiurkan bagi sesetengah orang.

Buluhmas mempunyai kedainya sendiri bernama Buluhmas Mart.

Saya tidak nafikan bahawa, faktor peruncit juga memainkan peranan untuk melakukan produk yang tidak berapa laku. Akan tetapi ada hadnya.

Merchandising (urusan barangniaga) menyebabkan sesuatu brangan boleh laku atau kurang laku.

Produk IKS boleh diletakkan di aras mata, atau depan pintu, atau depan kaunter supaya ianya lebih tampak dan meningkatkan jualannya. Akan tetapi ada hadnya. Kawasan yang mudah dilihat mempunyai nilai yang tinggi. Kalau selamanya kawasan 'top' digunakan untuk memperagakan produk kurang laku secara simpati, maka peniaga akan rugi.

Walaupun secara kebiasaanya depan kaunter diletakkan barangan yang 'pembelian impuls' , ianya boleh digunakan untuk mempromosikan produk IKS, secara bertukar-tukar.
Hari ini sos mak minah, esok jus dollah.

Bila tengok gambar susunatur kedai di laman ini, terasa pelik. Bagaimana dia nak tolong IKS.

Ada shampu di atas, ada shampu di bawah, Ubat gigi disusun tidak memudahkan membaca jenama.
Sos disusun secara "kembang".

Apa dia risau, barang yang tidak berapa laku boleh dijual secara semi-setuju.

7 comments:

  1. Salam...
    Minggu lepas saya pernah dapat email dari orang yang tidak dikenali yang mengajak saya untuk mendaftar dengan Buluhmas dengan hanya rm15. Kemudian saya akan diberi sticker untuk ditampal pada kereta untuk tujuan mempromosikan Buluhmas. Saya akan diberi komisen hanya dengan mempromosikan sticker Buluhmas ni... Begitulah lebih kurang... Pada mulanya saya rasa teringin juga untuk mendaftar. Ialah, apa salahnya lagipun hanya RM15... Walau bagaimanapun, saya tidak jadi untuk mendaftar kerana terlalu sibuk dengan kerja sehinggalah saya dengan berita Buluhmas diserbu Bank Negara...

    BalasPadam
  2. terlampau banyak sangat persoalan..sebab tu BNM serbu company ni...

    BalasPadam
  3. Andai Kata Buluhmas Tak Ambil Deposit, Maka Tak Adalah Kena Terjah Dek Pegawai BNM...

    hhehe

    BalasPadam
  4. wahai encik hasbullah...

    awak tak tahu apa-apa pasal buluhmas
    apa yang diterangkan tak tahu dapat daripada siapa...
    tak perlu la nak komen benda yang awak sendiri tak arif mengalahkan peguam...
    tak perlu la saya explain lebih-lebih...lagipun org melayu macam tuan la yang selalu mencari kelemahan bangsa sendiri..komen boleh tapi apa sumbangan tuan kepada bangsa sendiri?...fikirkanlah..

    BalasPadam
  5. tanpa nama..

    faham niat baik nak membantu...tapi jangan le matlamat menghalalkan cara.

    buat la cara elok elok mengikut kehendak undang undang dunia dan akhirat barulah tidak dipersoalkan.

    sendiri buat sendiri mau tanggungla.

    semua orang mau senang tapi bukan dengan cara yg tidak betul..

    BalasPadam
  6. Maaflah apa yang saya faham mengikut ustaz Zaharuddin (www.zaharuddin.com) keuntungan yang ditetapkan nilainya itu haram dan ada unsur riba' , Wallah..

    Even dari segi undang-undang negara ianya tidak salah tetpi soal hukum hakam agama jangan dipinggirkan. Dan jangan halalkan apa yang haram..

    Jangan kerana duit kita jadi rabun..

    BalasPadam
  7. ~Tanpa Nama :-

    Mydin tu pun boleh maju jika berniaga ikut lunas lunas islam dan undang -undang..

    Aku dari awal lagi dah tahu buluh mas ni mengarut.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit