Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2008

Harimau pula dilanggar Temasek

Kalau dahulu, kita Temasik dilanggar todak, maka datanglah Hang Nadim memberi idea untuk menggunakan batang pisang untuk mamatahkan serangan Todak. Kini, Harimau Malaya yang garang pula dilanggar temasik. Hang Khairy dan Hang Hishamudin yang sering bermain keris, tidak terfikir untuk menggunakan batang pisang untuk menahan serangan temasek. Bagi penyokong UMNO, kalau kita beritahu pemimpin mengamalkan rasuah, maka bagi mereka itu perkara biasa. Namun apabila rasuah untuk melibatkan penggadaian negara dan bangsa, mungkin baru tersentak. Kita telah lihat di Negara Thailand, Negara yang menjajah Fotani DarusSalam, menjatuhkan Taksin, kerana penglibatan Thaksin dalam "menjual negara" ke Singapura dengan menjual Saham yang melibatkan kepentingan negara kepada Temasek Holding. Kita telah lihat Thaksin telah dijatuhkan oleh rakyat sendiri akibat bersetongkol dengan Temasek Holding. Temasek Holding adalah alat pelaburan kerajaan Singapura. Umpama Khazanah Nasional bagi kerajaan Malay...

KDNK Negara RM 504 bilion (macam kempen BN)

Saya pasti ramai yang tidak faham KDNK, ramai yang melihat KDNK sebagai "pertumbuhan KDNK" yang 5%, 6% 9%. (tonton di sini http://www.youtube.com/watch?v=lreYak-jlpA ) Sebenarnya secara ringkas KDNK adalah wang yang kerajaan perolehi setiap tahun, kalau tahun lepas dapat 100 bilion, meningkat 6%, maka tahun ini dapat 106 bilion. Suatu ketika dulu, saya terbaca KDNK Malaysia adalah sekitar 380 bilion. selepas meningkat beberapa peratusan kecil, maka dia jadi banyak. Tahun lepas, bila baca belanjawan (bukan bajet), KDNK Malaysia adalah RM 4++ bilion, tak ingat pula berapa nilai yang dinyatakan. Akan tetapi Buletin Utama menyiarkan "kejayaan Malaysia" mempunyai KDNK 2008 sebanyak 504 bilion. Mengikut ruang lingkup pemikiran penyokong UMNO/BN , mereka akan mendabik dada mengatakan merekalah yang bijak mentadbir ekonomi. PAS boleh dapatkan RM 504 bilion? sebagai parti politik untuk mempunyai 504 bilion memanglah tak masuk akal. Akan tetapi kalau PAS memerintah, ianya ...

Jenaka Hari Isnin

``Sepanjang pengalaman saya, proses penamaan pagi ini amat baik dan paling lancar . '' kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Abd. Rahman Pada masa yang sama, Pencalonan seorang calon gantian PKR tidak diterima tiada duti setem , akan tetapi 5 calon BN di Marang diterima tanpa duti setem .

Ruang lingkup pemikiran rakyat mestilah setakat x

Seringkali wujudnya beberapa isu, yang agak memberi kesan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional, maka kebiasaannya akan ada "penjelasan" tentang sesuatu isu. Adakalanya penjelasan itu agak teknikal hingga sukar difahami rakyat. Saya ambil contoh "Isu Kenaikan Harga Barang" dan "Islam Hadhari" . "Islam Hadhari" Ketika Isl*m Hadhari mula diperkenalkan sebelum pilihanraya 2004, ramai orang yang mengatakan ianya seolah-olah agama baru. Maka pihak BN cuba mengadakan "Penjelasan" supaya rakyat faham apa itu Isl*m Hadhari, Saya masih ingat lagi suatu ketika, ramai ahli politik UM/BN yang mengatakan "Masih ramai lagi yang tidak memahami Islam Hadhari ", seolah-olah hukum untuk memahami Isl*m Hadhari adalah wajib. Maka mereka kata "Islam Hadhari" bukan agama baru walaupun mengikut hukum DM, ianya seolah-olah agama baru. Mereka kata ianya "pendekatan" dan bukan agama baru, maka kita iyakan dahulu sementara waktu....

Senarai Calon BN Melaka

Senarai Calon BN Melaka MELAKA, 20 Feb (Bernama) -- Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Melaka pada Pilihan Raya Umum 8 Mac ini: PARLIMEN P134 : Masjid Tanah: Datuk Wira Abu Seman Yusop P135 : Alor Gajah: Datuk Seri Fong Chan Onn P136 : Tangga Batu : Datuk Idris Haron P137 : Bukit Katil: Datuk Mat Sirat Abu (muka baru) P138 : Kota Melaka : Wong Nai Chee P139 : Jasin : Datuk Wira Ahmad Hamzah KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI: N1 Kuala Linggi : Ismail Othman (muka baru) N2 Tanjung Bidara : Datuk Ab Karim Sulaiman N3 Ayer Limau : Amiruddin Yusop (muka baru) N4 Lendu : Datuk Idderis Kassim N5 Taboh Naning : Latifah Omar (muka baru-wanita) N6 Rembia : Norpipah Abdul (muka baru-wanita) N7 Gadek : Datuk Ghafar Atan N8 Machap : Lai Meng Chong N9 Durian Tunggal : Datuk Ab Wahab Ab Latip N10 Asahan : R.Perumal (muka baru) N11 Sungai Udang : Datuk Yaakob Md Amin N12 Pantai Kundur : Datuk Rahaman Ab Karim N13 Paya Rum...

Operasi Bay of Pig berjaya?

Akhirnya Fidel Castro meletak jawatan, segala usaha Amerika sejak 1959 untuk menjatuhkan Castro akhirnya berjaya. Dia sendiri meletak jawatan. Pembunuhan Presiden Kennedy, juga dikaitkan dengan keengganannya untuk menyerang Cuba. Jika JFK bersikap seperti Bush 2 beranak, maka mungkin JFK tidak ditembak. Bush, Presiden Amerika dan Britain, secepat kilat ingin mengiklankan Ideologi Demokrasi untuk dieksport ke Cuba. Mungkin sebagai bahan tukaran kepada curut. Pengganti Presiden Bush, pasti akan pening kepala melihat, apabila Fidel Castro meletak jawatan, rupanya masih ada lagi 1 Castro. Dijangkakan pada 2028, Amerika akan mengistiharkan kemenangan menentang "Keganasan" apabila Osama bin Laden meletak jawatan AQaeda. Di Malaysia, Abdullah Hj Ahmad mungkin terlupa untuk mengeksport Isl*m Hadhari ke Cuba kerana sibuk melihat cermin sambil melihat gambar orang utan.

Rafidah masih mahu jual Malaysia, tenggelam bersama Amerika.

Tatkala Dewan Rakyat dibubarkan, Kuasa Menteri sepatutnya tiada, Yang sepatutnya berkuasa ialah pegawai kerajaan bukan politik di kemerterian tertentu, Datuk Rafidah Aziz tetap ingin meneruskan Usaha menjual Malaysia dengan cara Rundingan US-FTA . Ramai diantara kita disini adalah buta Ekonomi, saya sendiri bukanlah pakar sangat, akan tetapi sekurang-kurangnya, saya harap semua warga Malaysia perlu faham bahawa Perjanjian FTA antara Amerika dengan Negara lain adalah sama seperti penjajahan ekonomi terhadap negara tertentu. Oleh itu, memang ramai yang menentang FTA Sila baca http://www.ftamalaysia.org/ Sila baca Artikel di Jerit, Mengapa Rundingan itu patut ditamatkan . Amerika sendiri mengalami krisis Ekonomi, dengan Sub-Primanya, dengan kejatuhan dollarnya, "Matawang pujaan" kini bukan USD. Kadar Faedah sekejap naik, sekejap turun. Bernake pun pening kepala. Adalah amat Merbahaya jika penggundi Kuala Kangsar masih Penggundi Rafidah sebagai ahli Parlimen. (Jika di dicalonkan...

Menjawap persoalan blogger bukan politik "Adique"

blogger bergelar adique telah menulis... nak rapatkan jurang kaya miskin pada aku agak logik jugak..dengan arus kemodenan kat negara kita sekarang ni pada aku rm1,200 tuh pun belum tentu cukup..lainlah kalo dok kat ceruk kampung insya Allah cukup..tp kalo dok kat kota metropolitan sana yg penuh dgn ke'macam2an' sah2 tak cukup..aku dulu keje dekat -toot- tuh dengan gaji rm1,600 pun rasa cam semput jek tau..nasib bujang lagi..kalo ada suami ada anak2 mesti aku makan megi je tengah2 bulan..pikirlah kan... Buat masa ini, jurang kemiskinan melebar (miskin vs kaya) Disamping itu jurang pembangunan juga melebar (kampung vs bandar) Jurang pendapatan antara kaum juga melebar. aku nak tanya..mesti ke ada NEGARA KEBAJIKAN parti tu dan NEGARA KEBAJIKAN parti tu??kenapa kita tak nak bersatu jadi NEGARA KEBAJIKAN ISLAM HADHARI je?? kalo tak pun negara kebajikan pape la janji bersatu..napa parti ni nak gaduh dgn parti tu..parti ni nak burukkan parti tu..apa yg diorang dpt? kita sebagai warga...

Google ketagih tenaga / Politik di Malaysia

Beberapa minggu lalu, cerita hangat di kalangan warga geek tempatan ialah tentang usaha kerajaan Malaysia untuk menarik google sebagai pelabur asing. Memang sejak dahulu kalau boleh pusat data google diletakkan di Merlimau, dan bolehlah orang kampung bekerja di google. Sememangnye Merlimau atau kawasan nelayan lain adalah sesuai untuk google bertapak. Mengapa? Sifat google dari dulu, sering bercakap tentang tenaga, dia mahu tenaga bersih, dia mahu sistem elektrik 12v. (berbanding 240v atau 110v), supaya sesuai dengan komputer. Google sebenarnya ketagih tenaga . Google memang memerlukan tenaga yang banyak supaya anda semua dapat mencari "DVD VCD Chua Soi Lek" atau Bakal Ketua Menteri Melaka atau frasa apa pun sekali. Google mahu menjimatkan kos, termasuklah kos buruh. Di Malaysia, terutama sekali di perkampungan nelayan, cukup banyak angin yang hampir sekata, memang cukup baik untuk google membuat ladang kincirnya sendiri di Malaysia untuk kegunaan dia sahaja. Bayangkan Go...

Buluh di Kampung Sempang

Hari ini saya tebang buluh :- Dapat 31 batang sahaja.

Pandangan Politik Hasbullah Pit

Oleh kerana ini musim pilihanraya, ramai yang ingin menggoogle isu politik, PERANG SEO bermula , maka saya kumpulkan kesemua pandangan saya yang berkaitan politik di blog ini pada 1 laman yang boleh diindeks oleh jentera gelintaran. http://taman-pitis.blogsite.org/politik/ Iklan: Beras Padu

Fotani Darussalam

Saudara rational thinker telah memperkatakan orang patani lebih suka mengganggap diri mereka siam .... Pada pandapat saudara bendol sebol , org di pattani itu melayu? kelakar nya, sbb bila ditanya, rata2 org2 pattani lagi sanggup mengakui diri sebagai orang siam. Namun, setelah membaca sendiri tulisan orang patani yang memperjuangkan kemerdekaan banyak kali mereka mengatakan mereka melayu dan juga banyak kali mempersoalkan kenapa Negara Melayu tidak menolong mereka. Petikan daripada Patani Merayu kepada Bangsa Sendiri : Sekurang-kurang nya tidak menghalau orang-orang Patani saperti kambing liar.(Kenapa orang-orang Patani tidak dipanggil dengan nama Patani? Kenapa harus di panggil mereka dengan orang Selatan Thai? Atau orang Thai? Kami bukan orang Thai kami orang Patani. Orang Thai berugama Buddha!! Kami berugama Islam! Jangan menghina bangsa sendiri. Betul kami belum maju saperti Malaysia tapi sekurang-kurangnya kami tak rela Negara kami di jajah oleh bangsa lain.) Petikan daripada P...

Teresa Kok fobia melihat tulisan Jawi

Teresa Kok , di dalam suratnya kepada DBKL mempersoalkan Papan Tanda Nama Jalan mempunyai tulisan Jawi :- 3) Kami tidak faham kemasukan tulisan Jawi dalam papan tanda jalan, padahal tulisan rasmi Bahasa Malaysia pada amalannya adalah tulisan Rumi. Jawapan: Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan Malaysia termaktub dalam perlembagaan. Bahasa Melayu wujud dalam 2 bentuk tulisan iaitu Tulisan Rumi dan Jawi. Sebagai bekas Ahli Parlimen yang memahami perlembagaan, sepatutnya dia mempersoalkan kenapa baru sekarang nak letakkan jawi, bukannya mempersoalkan kenapa ada jawi. Iklan: Beras Padu

Janji PilihanRaya Ezza Erisa

Sila klik pada gambar di atas. Iklan: Beras Padu

Wilayah Autonomi Melayu Islam Siam?

Hari ini, walaupun negara Malaysia sibuk dengan pembubaran Parlimen, saya tertarik dengan berita Ura-ura Autonomi di Selatan Thai. Di Selatan Thai, terdapat 3 wilayah Melayu Islam yang lupa untuk dimerdekakan oleh orang orang UMNO hanya kerana 3 wilayah itu dibawah jajahan Siam dan bukannya British. Menurut sejarah, wujud kesultanan Melayu disitu, yang tiada bezanya dengan kesultanan melayu di negeri melayu yang ada Sultan. Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat banyak negeri-negeri melayu yang mempunyai kesultanan sendiri, maksudnya, ada banyak negeri melayu yang merdeka tanpa dijajah oleh mana-mana kuasa penjajah. Negeri Kedah, Negeri Perak, Johor semuanya negeri yang merdeka diperintah oleh Sultan masing masing, dan kesemua negeri itu berkawan dengan negeri melayu yang lain. Tiada pula kedengaran Sultan kedah ingin menyerang sultan perak untuk membesarkan negerinya. Di Indonesia juga terdapat kesultanan melayu, sebagai contoh kesultanan Siak. Di Aceh, ada kesultanan Acheh, tak pasti ...

Video Pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri

Walaupun banyak Saranan oleh Lim Kit Siang supaya Parlimen tidak dibubarkan sebelum Chap Goh Me i, namun Pak Lah Tetap membubarkan Parlimen. Adakalanya sistem pemerintahan kita terlalu huduh, apabila pengumuman rasmi sebegitu tidak kelihatan adil apabila pihak yang bertanding yang mengumumkannya. Dan soalan tentang parti dan persiapan juga dijawap ketika itu. Apa kata kalau pengumuman pembubaran Parlimen diumumkan oleh pemegang mohor besar seperti Hari Raya?

Terima Kasih Poland

Apabila dekat dengan pilihanraya (atau pilihan raya), maka banyaklah cerita indah tentang ekonomi, di sebarkan supaya menunjukkan kecekapan pemerintah menjaga ekonomi, menarik pelabur, menambah kekayaan negara. Kita lihat satu cerita indah ekonomi. RM100bil trade surplus is second highest ever Eksport ke Amerika Syarikat berkurang 14.5% Eksport ke Poland meningkat 73.3% Eksport ke Qatar meningkat 47.3% Eksport ke Iran meningkat 31% Tidakkah ia sesuatu yang baik, apabila kita kurang berdagang dengan Amerika, tetapi lebih diversify ke banyak negara lain. Kalau mengikut benua:- From a regional perspective, North-East Asia was Malaysia’s largest regional export market, accounting for 29.1% of total exports. That was followed by Asean with a 25.7% share, North America with 16.2% and European Union with 12.9% . Saya memang lebih suka apabila Amerika tidak jadi Rakan Dagangan No.1 Malaysia. Dan saya juga menentang US-FTA. Maka itulah cerita indah Ekonomi Malaysia. dan sudah pasti KDNK Malays...

Jam bluetooth Sony Ericsson

Berdasarkan tokpik, jam buruk suamiku oleh Viruspadu , saya telah mencadangkan dia untuk belikan jam bluetooth kepada suaminya. Ya, memang wujud Jam Sony Ericsson yang menyokong bluetooth, MBW 150 Music Edition MBW 150 Executive edition

Le Tour De Langkawi di Merlimau

Gambar menanti ketibaan Pelumba. Jalan masih belum ditutup. Dijangkakan pelumba akan tiba pada pukul 2:30 petang

Pesta Infak 2008

1400 tahun yang lalu, para sahabat seperti Abu Bakar, Umar, telah menginfakkan keseluruhan hartanya ke jalan Islam. Diulangi "keseluruhan" dan bukannya "separuh" atau "suku" bukannya 10 peratus. Tatkala musim pilihanraya ini, pasti ramai yang menginfakkan hartanya ke jalan Islam. Saya tidak pasti samada ada tak umat islam yang sanggup menginfakkan keseluruhan hartanya atau tidak. Atau separuh? Atau 10 peratus Atau 5%? Sanggupkah kita mengorbankan harta kiesayangan kita itu? Sanggupkah kita korbankan pelaburan yang belum untung tetapi prospek tinggi? (Seperti pelaburan PCIF yang sekarang ni sedang 'rendah') Sanggupkah kita korbankan emas yang disimpan sebagai penyelamat kita sekiranya matawang ringgit jatuh menjunam? Sekiranya kita tak mampu untuk menginfakkan kesemua harta kita, sanggupkah kita melepaskan harta yang paling kita sayangi? sebagai contoh, mamat kereta jual kereta kesayangannya? Dipendekkan cerita, kita mungkin mampu untuk infakkan har...

Beras Padu BARU dan Beras Kujie

Dimaklumkan bahawa saya telah memberikan "Beras Padu" lama kepada Kak Jie, dan ianya dinamakan Beras Kujie . Alamat Beras Kujie ialah http://beras-kujie.blogspot.com Peminat Kak Jie boleh baca Beras Kujie di alamat diatas. Walaubagaimanapun " Beras Padu " telah berpindah ke Taman Pitis. http://taman-pitis.blogsite.org Sila Tandabukukan alamat di atas. Harap maaf kerana Beras Padu BARU agak perlahan, kesabaran anda untuk menunggu memang berbaloi.

Iran akan menyerang Amerika Dalam Beberapa Minggu

Presiden Bush sudah beberapa kali mengatakan hasrat untuk menyerang Iran akan tetapi masih belum kesampaian. Penat CIA merekacipta "bukti" yang kononnya Iran mengurai uranium untuk membuat senjata Nuklear. Sebenarnya Iran bukanlah berbahaya kepada Amerika dari sudut ketenteraan, mana sampai peluru berpandu Jarak Jauh Iran untuk tiba ke Amerika. Ke Israel bolehlah. Hakikatnya Iran AMAT AMAT berbahaya kepada Amerika dalam sudut ekonomi. Iran satu negara kaya, agak bijak dan berani. Mereka sanggup bersusah payah menjana tenaga Nuklear walaupun kaya dengan minyak. Walhal minyak mereka jauh lebih banyak dari Malaysia, itupun Malaysia tidak membuat Ladang Kincirnya . (Tak habis-habis cerita ladang kincir). Iran suatu ketika dahulu dalam tahun 2006, pernah ingin membuka Bursa Minyak sendiri yang akan berniaga minyak dalam matawang bukan dollar. Ini amat merisaukan pakar ekonomi Amerika kerana Tektik penjajahan menggunakan Dollar akan tidak lagi boleh dipakai. Bagaimana Amerika mencu...

Tarif Elektrik Terpaksa dinaikkan kerana harga angin naik

"Tarif elektrik terpaksa dinaikkan kerana harga angin naik" Bayangkan kalau seorang Timbalan Perdana Menteri berkata sebegitu. sebenarnya, Najib berkata “You can’t review gas prices without looking at the (electricity) tariffs because otherwise the market will dump TNB (Tenaga Nasional Bhd) shares,” Itulah akibatnya apabila sumber tenaga alternatif tidak dicari. Itulah akibatnya, apabila "kos di atas kertas" meningkat dan TNB akan rugi, ( walaupun baru lepas untung besar ). Dari sudut pelaburan pula, pelabur cukup suka jika ada berita "tarif elektrik akan dinaikkan", kerana ia akan menaikkan harga saham TNB secara mendadak. Ditambah pula dengan pengumuman Hukum melabur di ASB adalah Harus . Tidak hairan kalau indeks akan mencecah 15++ mata sekali lagi seperti sebelum kejatuhan akibat kegusaran pelabur tentang krisis sub-utama di Amerika Syarikat. Tidak hairan kalau indeks akan dilonjakkan setinggi-tingginya ketika pilihanraya untuk membuktikan bahawa keraj...

Ladang Kincir (Bukan ladang khinzir)

Malaysia bumi bertuah, Ada minyak untuk dijadikan tenaga Ada sawit untuk dijadikan tenaga Ada Tongkat Ali, Ubijaga untuk dijadikan tenaga. Malaysia bumi bertuah, hampir semua tempat berhampiran dengan pantai, tiada tempat yang pantai terdekatnya terletak lebih daripada 500km. Semua negeri ada pantai (tidak merujuk kepada Hospital). Setiap hari ketika "terang", angin bertiup dari pantai. Akan tetapi, jika ditanya dengan kebanyakan rakyat Malaysia, "Pernahkah anda melihat kincir angin yang digunakan untuk menjana Elektrik" Rasanya ramai yang jawap tidak. Saya pernah melihat kipas yang digantung di rumah di Kampung Sempang, akan tetapi ia hanya hiasan dan bukan untuk menjana elektrik. Kita keluar seketika untuk melihat negara luar, negara yang tak kaya dengan tenaga. merujuk kepada sumber wikipedia bertajukkan Wind Power , hanya 1 peratus tenaga elektrik di dunia ini dijana oleh angin. Akan tetapi, terdapat juga negara yang menggunakan elektrik janaan angin sehingga be...