Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2007

Sambutan Halloween pada web 2.0

Sambutan halloween disambut setiap tahun, di beberapa negara di dunia ini pada 31 Oktober, ia berasal dari tradisi lama Gaelic sebelum zaman kristian lagi. Kita lihat bagaimana pemain web 2.0 mengubahsuai logo mereka sempena halloween. Youtube: Yahoo: Technorati: Kita di Malaysia tak perlulah menyambut Halloween.

Ganyang DVD Transformers!!

Setelah saya membeli DVD Transformer yang asli , Saya amat kecewa apabila mendapati, ianya tiada sarikata bahasa melayu (Sarikata=subtitle) . Walaupun saya lebih suka menghidupkan sarikata bahasa Inggeris pada DVD ketika menonton DVD, namun ketiadaan Bahasa Melayu pada sari kata amat menyedihkan, seolah-olah orang melayu tidak mampu membeli DVD yang asli. Yang menghairankan pula ialah wujudnya sarikata bahasa Indonesia, Bahasa Thai, Bahasa korea pada DVD itu. Apa perlunya bahasa Korea dan Thai pada DVD keluaran HVN untuk pasaran Malaysia? Bahasa Mandarin memang ada sebagai sarikata, dan ia memang patut ada. Akan tetapi, tiada vokal bahasa Mandarin pada DVD Transformer yang asli. Bila saya kaji semula, memang banyak DVD asli yang tiada sarikata B.Melayu, DVD "Happy Feet" untuk pasaran tempatan juga tiada sarikata BM. Apa sudah jadi? Hampir semua DVD pasaran gelap, mempunyai sarikata BM. Pengusaha DVD pasaran gelap lebih mengiktiraf kewujudan Bahasa Melayu berbanding pasaran ...

DVD Transformer sudah keluar di pasaran terang

Baru sebentar tadi, Saya mendapat panggilan dari Speedy Video Mahkota Parade Melaka, yang memberitahu DVD Transformer telah keluar. Bagi peminat DVD pasaran terang, boleh dapoatkannya mulai hari ini. Untuk pasaran gelap, memang sudah lama ada, ada versi wayang, ada versi 'DVD' Telefon Autobot:-

Harga Minyak .... ditulis oleh Morpheuzneo

Di bawah ini bukan saya yang tulis, tetapi ditulis oleh Morpheuzneo aku kurang faham kenapa korang nak kaitkan umno dan pas dan hal ni atau bn dan pembangkang.. ianya tidak membawa sebarang makna.. korang ada belajar makro-ekonomi tak? kalau tak belajar ..at least pegi baca.. tak kira kerajaan bn ke.. pembangkang ke yg menang pilihanraya akan datang.., harga minyak tetap akan di naikkan juga! ini kerana.. harga minyak di pasaran dunia dah meningkat ke paras 80 dan mungkin mencecah 90-100 dolar US setong menjelang akhir tahun ni! mana mampu kerajaan nak tampung subsidi sebanyak tu! kerajaan bukan hanya nak tampung subsidi kepada rakyat.. kerajaan juga harus tampung subsidi kepada penapis minyak utk pasaran domestik. Betul laa macam Hasan Marican (pengerusi Petronas cakap), kerajana dah terlambat dlm isu ni.. Pak lah lembab sangat dlm merangka polisi yg terbaik utk menangani kenaikan kos bahanapi ni.. sepatutnya.. dari 3 tahun lepas lagi kita dah gunakan sistem harga floating..! harga y...

Harga Minyak naik? matawang, pendapatan perkapita

Harga Minyak dunia yang dikira dalam USD, nasik sehingga mencecah USD 92.xx. Maka seperti biasa, pembangkang akan mengatakan kerajaan akan menaikkan harga minyak selepas Pilihanraya atas alasan untuk sengaja menyusahkan rakyat. Ada juga yang mengatakan bahawa PETRONAS yang akan meminta supaya harga minyak dinaikkan. Dan kerajaan memerintah tanpa fikir panjang akan menaikkan harga minyak selepas pilihanraya. dan apabila harga barang naik, kerajaan akan menyalahkan peruncit kerana menaikkan harga. Dan PETRONAS akan untung besar kerana bukan sahaja dapat menjual minyak yang dikorek di Malaysia dengan harga tinggi, minyak negara orang lain pun keuntungannya dibawa ke negara kita. dan ramai akan mengatakan kita patut gunakan keuntungan PETRONAS untuk subsidi minyak. Tetapi tidak mempersoalan kenapa keuntungan Shell, Caltex, Exxon Mobil boleh dibawa ke negara asal mereka. Pada pendapat saya, Subsidi minyak itu adalah subsidi yang tidak adil, kerana pengguna Mercedes mata belalang dapat lebih...

Daya Graviti sudah tidak mempunyai vektor?

Angkasawan Negara telahpun 'jatuh' secara balistik menggunakan Kapsul angkasa Soyuz . Seperti yang ramai orang telah maklum, ketika kemasukan semula , ia dikenakan daya graviti yang melampau sebanyak antara 4 hingga 5 G. sebagai perbandingan, daya graviti di bumi dianggap sebagai 1 G. Jika di bumi, anda mengangkat sekilo beras, ketika kemasukan semula, sekilogram beras itu umpama seberat 4 hingga 5 kilogram. Kita ambil 3 senario graviti yang berbeza. 1. di bumi 2. di ISS 3. di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula. Dalam dunia fizik, ' Berat' dan 'Jisim' adalam berbeza . Dimana Jisim 1 kilogram beras adalah 1 kilogram dimana-mana, di bumi, atau pun di ISS atau di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula. Akan tetapi 'berat' bagi 1 kilogram beras adalah berbeza ketika di ISS, di bumi dan di dalam kapsul Soyuz ketika kemasukan semula. Berat adalah sesuatu yang dirasai, kita angkat 1 kilogram beras dibumi adalah lebih berat daripada angkat 1 kg bera...

Ballade pour Azurah

Hujung minggu yang lalu adalah ulang tahun perkahwainan kami (aku dengan wawa ), yang ke 4 mengikut Kalender F1. Maka kutujukan laju ini untuk kami berdua. Setiap tahun, Kami menyambut ulangtahun perkahwinan mengikut Kalendar F1, Iaitu pada setiap perlumbaan GP Interlagos Sao Paulo Brazil. Sedikit pendapat tentang GP Interlagos semalam. Robet Kubica dapat potong Alonso, tapi rasanya jurutera perlumbaannya patut tukar dari strategi 3 hentian pit ke pada 2 Hamilton dan Alonso Kempunan Massa tak berjaya jadi jaguh kampung. Kimi juga yang jadi Juara Dunia, akhirnya. Ada banyak pelanggaran. Barichello bukan setakat tak jadi jaguh kampung, sebarang mata pun dia tak kutip tahun ini. Ia merupakan perluambaan terakhir bagi Ralf Schumacher Nakajima main langgar-langgar bermasa kru Hentian Pit nya. Kru Spyker main peluk-peluk tayar

Bukan Planet Biasa - Pluto

Terdapat beberapa temuramah dilakukan kepada orang ramai pada cerita animasi KaptenMut yang bertanyakan akan nama-nama planet yang ada di dalam Sistem Suria. Ianya bagi saya diibaratkan satu cerita sedih kerana masih ramai lagi yang menganggap 'Pluto' itu sebagai satu satu planet. :( Namun pengacara tidak pula cuba menyangkal bahawa jawapan yang diberikan oleh orang ramai itu salah. Memang sering "Pluto" diingat sebagai salah satu planet kerana ia yang paling jauh. Namun para sainstis sering berdebat sejak berpuluh tahun lalu tentang status pluto sebagai planet sejak ia ditemui pada tahun 1930. Ianya terlalu kecil untuk diiktiraf sebagai planet. Ianya dipanggil Planet Dwarf. Saya tak pasti apa istilah rasmi BM bagi 'Dwarf Planet'. Buat masa ini panggil sahaja 'Planet Dwarf'. (mungkin 'planet kerdil' sesuai) Ogos tahun lepas, secara rasminya Pluto terkeluar dari senarai Planet Sistem Suria. Namun ramai orang Malaysia yang tidak tahu, termasukl...

Program Angkasawan bukan untuk Para Menteri

Program Angkasawan bukan untuk Para Menteri, tetapi untuk generasi akan datang, pewaris kita, Adik-adik yang masih bersekolah, yang belum bersekolah , yang masih merangkak, yang masih dalam kandungan, yang ibubapanya masih belum bernikah. Walaupun banyak tentangan, tohmahan, saya tetap suka menulis tentang Program Angkasawan. Julung-julung kali peruntukan untuk pertahanan dapat disalurkan ke arah pendidikan. Kebiasaannya, peruntukan untuk pertahanan hanya untuk pertahanan. Kebiasaannya, kebanyakkan kempen ditujukan kepada pelajar sekolah, biasanya berjaya hanya diperingkat sekolah tetapi ia tak berjaya apabila di dunia sebenar. Mengapa? Pelajar boleh diterapkan semangat cintakan ilmu ketika bersekolah, tetapi setelah tamat sekolah ianya hilang entah kemana. Apabila pelajar cuba diterapkan supaya meminati sains, mereka tidak semestinya akan meminati sains apabila keluar dari sekolah, ataupun dirumah. Dirumah, ibubapa sering menyuruh anak mereka " Baca buku, siapkan kerja rumah, pep...

Happy Birthday Wawa

Kalau ya pun nak sambut hari jadi. Takkan makan nasi pun berlaukkan kek. Selamat Hari jadi juga untuk Ashamril

Beras Padu

Setelah sekian lama memikir cara untuk memberi pautan percuma kepada pengunjung blog ini, tanpa membuat pautan statik, akhirnya saya ketemu satu cara. Sebelum ini saya pernah cuba menggunakan minekey, springWidgets untuk memapar kandungan terbaru dari blog-blog pengunjung blog ini namun tak memuaskan hati. Baru-baru ini saya terjumpa kaedah yang menarik iaitu menggunakan Technorati Favourite , dengan menjadikan laman blog pengunjung blog ini sebagai 'Favourite' Daripada Technorati Favourite , maka terhasillah RSS untuk disuapkan . Terhasillah OPML nya. Saya amat baru dengan dunia web 2.0, maka Saya masih belum ada cara khas untuk menternak OPML sendiri. Dengan menyalahguna kemudahan blogger, maka terhasillah 1 blog khas yang memberi pautan dinamik kepada pengunjung blog ini. http://beraspadu.blogspot.com http://taman-pitis.blogsite.org Sekiranya laman blog anda tidak tersenarai sebagai 'favourite' saya, sila maklumkan dengan mengkomen kiriman blog ini. Andanya saya se...

Sheikh Muzafar ditipu Kerajaan Malaysia?

Pada tahun 2003 dahulu, setelah pembelian sukhoi dimeterai, Satu pemilihan Calon Angkasawan Negara telah dilakukan untuk memilih 'Angkasawan'. Maka seramai 11,250 orang telah memohon sebagai calon Angkasawan Malaysia. Semua 11,250 orang pemohon itu tahu yang akan kita hanya akan menumpang Kapal Angkasa Rusia. Antara 11,250 orang itu, yang terpilih sebagai angkasawan ialah Dr Faiz dan Sheikh Muzafar. Pada borang DalamTalian ketika itu tidak pula dinyatakan yang pemohon hanya dapat jadi ' Peserta Penerbangan Angkasa ' yang ada hanya 'angkasawan'. Namun bila hari berlepas kian hampir, 'Angkasawan' terpilih itu dilabel sebagai ' Peserta Penerbangan Angkasa ' oleh NASA, Agensi Angkasa Lepas Amerika yang tersohor itu. Disebabkan label yang diberikan, maka ramai orang mempersoalkan kenapa ia hanya 'Spaceflight Participant'. Termasuklah pemblog tersohor ini dan yang ini . Walaubagaimanapun, pembangkang tersohor tidak pula mempersoalkan tentang...

Selamat Hari Raya

(Man ternampak burung) Man: Abah! Abah: Eh! (Abah pergi tangkap burung) Abah: Burung ni jatuh dari sarang ni man. Dia tak pandai terbang lagi ni, Nah ambil ni. Man: Abah ni burung apa? Abah: Burung murai nak. Man: Burung apa? Abah: Burung murai... Man: Burung apa? Abah: Burung murai.... naik naik (Abah menyuruh man naik dibelakangnya ) Man: Burung apa? Abah: Burung murai... Man: Burung apa? Abah: Burung murai Nak.. Man: Burung apa? Burung murai sayang... Man: Burung apa? Abah: Burung murai... Man: Burung Apa? Abah: Burung murai, Man. Itu sarang dia Man, Abah dah jumpa dah sarang dia. Abah tidak jemu-jemu menjawap pertanyaan Man anaknya itu. Samalah seperti pembaca blog ini yang tidak jemu-jemu membaca blog ini, walaupun ada banyak perkara yang sukar di fahami. Kenangan yang tidak dilupakan itu sebenarnya sedang berlaku sekarang. Selamat Hari Raya buat Pengunjung blog ini yang tak jemu-jemu membaca. sebol: Ini burung apa? pembaca_blog: ........... sebol: Ini burung apa? pembaca_blog: ....

Program Angkasawan yang Membazir?

Apakah benar Program Angkasawan Membazir? Persoalan timbul apabila 'Angkasawan Negara' hanya dilabelkan sebagai 'Space Participant' ketika terbang ke Stesyen Angkasa Antarabangsa nanti, dan ianya melibatkan kos sebanyak RM 95 Juta, walaupun sebahagian kos telah diserap oleh pembelian Sukhoi SU 30 MKM. Adakah ia membazir ? Adakah ia membazir ? Sebelum itu kita kaji dulu pembelian Sukhoi SU 30 MKM, yang bernilai USD 50 Juta sebuah. 18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM = USD 900 Juta. Akan tetapi kalau beli 18 buah F-18 Hornet = USD 60 x 18 = USD 1080 Juta. Jimat USD 180 juta , lebih kurang RM 648 Juta. Dengan Harga yang sama (USD 1080 Juta), Kita boleh dapat 21 buah sukhoi Su-30 MKM. Itu pun F18 Hornet bukan Pesawat Generasi 3.5, ianya hanya Pesawat Generasi ke 3. Tiada tujahan Vektor. Lupakan Pugachev Cobra . Tapi kalau nak beli 18 Pesawat yang ada Tujahan Vektor buatan Amerika, iaitu F-22 Raptor, Harganya ialah USD 120 Juta. Kalau dengan nilai yang dibelanjalan iaitu USD 900 J...

Toyota Vios 2007

Minta tolong pergi ke URL ni dan Undi untuk saya . (Jangan lupa klik ' Vote for This Design ') sekian terima kasih.

Kad Raya Dalam Talian Pos ke Merlimau DITUTUP

Dimaklumkan Kad Raya Dalam Talian Pos ke Merlimau DITUTUP kerana hari ini sudah 7 Oktober 2007. Terima kaish diucapkan kepada pengunjung yang turut serta mengirim Kad Raya melalui blog ini dan terima kasih kepada pengunjung yang mempromosikan Kad Raya ini. Tahun Baru Cina nanti boleh cuba lagi. sekian.

Ekspresi

Ini adalah Ekpresi muka budak yang jadi kertasdinding pada komputer echah@combi Manakala, di bawah ini adalah ekspresi muka anak saudara Lily.lulu . Gambar yang dicuri dari blog echah@combi yang sebelumnya dicuri dari blog Lily.Lulu Hampir sama dengan ekpresi muka Hamzah Ekspresi muka ini dipanggil " Anak buahmu, bakal menantuku "

Hati-hati menyuarakan FREE BURMA

Mungkin saya berlainan pendapat sedikit tentang isu Myanmar/Burma. Myanmar atau nama lama Burma, sebenarnya mempunyai sejarah yang ramai tidak tahu, dahulunya ketika Kerajaan Islam Moghul India sedang masyur, terdapat kerajaan Islam di Myanmar/Burma. Namun akibat kekalahan demi kekalahan, Umat Islam di Myanmar terpinggir, malah hampir tidak diketahui ramai akan kewujudan umat islam minoriti di Myanmar/Burma. Ada 2 pendapat tentang bilangan umat Islam di Myanmar, ada yang mengatakan 5%, ada yang mengatakan 20 %, entah mana yang betul. Kalau mengikut URL ini. Islam in Burma . , banyak kali berlakunya 'Kempen Anti-Islam' akan tetapi mana simpati terhadap umat Islam di Myanmar ketika itu? Selain Junta Tentera, 'Budhist Monk' juga menentang islam. petikan dari Wikipedia Islam in Burma Anti-Muslim Riots in Taungoo(2001) In 2001, Myo Pyauk Hmar Soe Kyauk Hla Tai (or) The Fear of Losing One's Race and many other anti-Muslim pamphlets were widely distributed by monks....

Rakaman Siperman Hitam memanjat secara mendatar

Oleh kerana rakaman spiderman hitam yang dulu agak pendek, maka pelakon ingin melakonkan semula aksi memanjat secara mendatar itu lagi sekali. Ini bukan paksaan kerana ia dilakukan secara sukarela oleh pelakon itu. Lihat video ini dari jauh supaya nampak lebih 'real' Saya harap dengan posting sebegini dapat mengurangkan ketegangan yang berlaku di blog ini akibat dari banyak kiriman blog yang sukar difahami. Sila komen menggunakan Nama & URL kerana blog ini tiada nofollow. Anda akan dapat Jus Google .

Tip Blogger: Menggantikan 'nofollow' kepada XFN 'friend'

Wordpress mempunyai plugin untuk menjadikan setiap URL pengkomen dibuangkan rel='no-follow' . Apa maksudnya nofollow itu? No follow pada rel di Tag HTML pautan menyebabkan robot penjadian kita tidak mengindeks pautan itu. Jadi buat penatlah komen dan letak pautan Akan tetapi, pada blogger juga, sebenarnya tak perlukan apa-apa plugin untuk membuang nofollow , hanya ubah templat sahaja. Merujuk kepada tutorial oleh Jackbook.com , Hanya perlu cari perkataan rel='nofollow' dan buang. Akan tetapi ia tidak mesra XFN . Jadi, untuk menambahkan kemeriahan, saya telah mengubah no-follow pada templat blogger saya, kepada rel='friend' Caranya ialah:- Edit template, dan 'Expand Widget Template' Cari guna CTRL+F 'nofollow' <br&...

Sistem Penomboran Saluran Astro yang memeningkan

Tahniah kepada Astro kerana mengkategorikan salurannya tidak berterabur seperti sebelum ini. Namun terdapat beberapa masalah. Kanak-kanak amat sukar untuk menekan "612" pada alat kawalan jauh. Kanak-kanak yang selama ini sering tekan sendiri "61", "63" kini bermasalah untuk menukar siaran. Namun kanak-kanak yang cepat belajar, boleh belajar "612" dan kemudiannya guna (+) & (-). Ketidak pandaian kanak-kanak bukan alasan untuk astro tidak mempertingkatkan kebolehgunaan. Bagi bagi saya sendiri, biasanya akan ke 50 untuk navigasi saluran-saluran informatif, tekan 90 untuk navigasi siaran siaran berita, tekan 40 dan kemudian (+)(-) untuk navigasi saluran cereka. Namun dengan penomboran baru . Ia amat sukar, bukan salah untuk guna nombor ratus ratus, tetapi sistem penomboran bagi setiap kategori tidak bermula dari nombor yang seragam. sebagai contoh, Siaran 1xx, tidak bermula dari 100, tetapi dia bermula dari 101. siaran kartun pula bermula dari 6...

Ketupat Hari Raya di Malaysia umpama 'Santa' + Tanglung

Perayaan Hari Raya Aidul Fitri di Malaysia memang unik, kerana ia mempunyai ikon tertentu untuk menggambarkan 'Hari Raya'. Di Indonesia, Hari Raya Aidil Fitri dipanggil di Panggil 'Hari Lebaran'. Secara antarabangsanya ia dipanggil 'Eid ul Fitr'. Di Malaysia, mungkin ada orang yang hanya tau "Hari Raya". Cara orang Malaysia menyambut Hari Raya bagi saya dikira agak pelik berbanding negara lain, walaupun saya tidak menkaji negara lain, tapi dengan banyak unsur ketupat dijadikan simbol kepada Hari Raya . Begitu juga simbol segi lapan Zaman Uthmaniah sering juga sijadikan latar belakang untuk menggambarkan Hari Raya. Walaubagaimanapun ia agak global berbanding 'ketupat'. Suatu ketika dulu, logo google sempena Hari Raya adalah bersimbolkan bulan dan bintang (Tolong carikan gambar) . Namun bulan dan bintang jarang dijadikan simbol untuk menggambarkan hari raya di Malaysia. kita cerita berkenaan ketupat. Ketupat adalah juadah 'wajib' ketika ...

Sudah seminggu boikot?

Seminggu yang lalu, Boikot bermula, boikot itu menyaran supaya pengguna tidak ke pasar selama dua minggu. Pada masa yang sama, ramai pengguna memang sudah tidak ke pasar sejak... errr, masa sekolah rendah dulu. Pada masa yang sama ramai pengguna yang makan di kedai, maklumlah pasar Ramadhan tumbuh melata ketika bulan Ramadhan ini. Maka, persoalannya Sejauh mana boikot itu boleh berkesan? Kalau pengguna tidak ke pasar selama 2 minggu, walhal dia sudah tidak ke pasar sejak 10 tahun yang lalu, 5 tahun yang lalu. Maklumlah, budaya membeli belah sudah bertukar, daripada beli sayur di pasar, kepada beli sayur di pasaraya gergasi asing yang berdekatan. Di pasaraya asing gergasi, mereka boleh jual murah sehingga di bawah harga kos. Mereka tahu, kalau beli sayur di pasaraya mereka, pengguna takkan beli HANYA sayur, mereka boleh dapat keuntungan dari minuman berkarbonat yang anak kita nak beli ketika kita hendak membeli sayur di Pasaraya gergasi asing. Tapi di Pasar Penjual ikan HANYA menjual i...