Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Tips Beli Dinar Iraq

Ramai yang bertanya tentang dinar iraq, Ianya kertas. Jika anda ingin membelinya, berikut adalah tipsnya. Sebelum membeli dinar iraq, anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan. 1. Mengetahui bahawa dinar iraq sekarang, adalah matawang yang memang berbeza dengan matawang dinar iraq sebelum kejatuhan Saddam, dan juga berbeza dengan dinar emas Zaman Uthmaniah. Walaupun nama sama, tetapi ia berbeza. contoh terdekat adalah "1 ringgit", dimana 1 ringgit zaman sekarang adalah berbeza dengan 1 ringgit zaman sebelum merdeka. Sebelum Merdeka, 1 ringgit adalah 20 gram perak berketulenan 900. contoh lain, "sekupang". sekupang di negeri utara hari ini adalah 10 sen, ianya berbeza dengan "sekupang emas" yang beratnya lebih kurang 2 gram. 2. Mengetahui Dinar Iraq sifatnya hanyalah fiat. Ianya dikeluarkan oleh bank negara yang dikawal oleh penjajah. Mereka boleh mencetak sesuka hati. 3. Mengetahui prestasi Bank Negara Iraq. Bank negara Iraq laman...

Emas ditempa berbanding Rantai

Keadaan panik berlaku, apabila Agro Bank tidak lagi menerima jongkong sebagai pajakan. Namun, bagi pemilik emas jongkong, yang menyimpannya, tidak apa yang perlu dipanikkan. Ramai pemilik jopngkong menukar emas kepada rantai. Ya, barang kemas juga emas yang menyimpan nilai juga. Tetapi ia boleh jadi dalam 2 keadaan. Terpakai Belum dipakai. Namun, peniaga biasanya membeli balik rantai pad harga terpakai. Selalunya bawah spot, dan bawah lagi sedikit. Berbanding jongkong atau syiling. masih ada yang beli balik pada bawah spot sedikit, atau paras spot, atau atas spot. Sebab keadaannya sama. Tidak wujud "terpakai" atau "tidak terpakai". Yang ada hanya terkitar (circulated) atau baru (uncirculated). Ramai pembeli tak kisahpun samada ianya terkitar atau tidak. Apabila berlakunya situasi panik akibat daripada ketidak terimaan jongkong oleh Agro, ramai yang menjual jongkong mereka. Ini menyebabkan peniaga juga turut menurunkan peremium mereka, akibat dar...

Memang Malaysia bekas Jajahan Inggeris, taat sampai tujuh keturunan

Memang Malaysia bekas jajahan Inggeris yang taat. William kahwin tengok ramai-ramai. Seolah-olah raja sendiri kahwin. Sibuk dengan kelab Liga Inggeris, Macamlah Manchester tu kampung sendiri. Buat filem Merong Mahawangsa, Rom cakap dengan China guna Bahasa Inggeris. Tamaddun Inggeris pun belum dibentuk, Inggeris masih lagi belum jumpa jalan laut ke Asia. Namun demi ketaatan kepada bekas penjajah, Rom boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris dalam filem Melayu. Akhir-akhir ini, saya terdengar golongan muda, menggunakan akronim "MC" untuk sesuatu tempat. Rupanya ia merujuk kepada "Melaka Sentral". Mengapa tidak MS? Sentral bukankah bermaksut "pusat" juga? Mengapa tidak "MS" ? Oh ya, kerana taatnya rakyat Malaysia, negara yang dibentuk daripada tanah jajahan Inggeris kepada Permaisuri Victoria, maka perlunya ditukar " S entral" kepada " C entral".

BNM Mahu apa?

pelik tengok bank/BNM Bila kita nak guna dinar dirham, mereka sibuk risau takut org tak guna duit dia. Tapi bila ramai org transaksi jual beli emas tinggi sehingga money incirculation meningkat, mereka sibuk nak kurangkan money in circulation. Apa cerita ini?

Tak Perlu Emel 1Malaysia

Tak perlu emel 1Malaysia. Yang perlu adalah National Authentication. Ala-ala Microsoft Passport, Google authetication, Boleh diintegrasikan dengan mana-mana emel. Authentikasi itu boleh digunakan di banyak aplikasi web. Reset Katalaluan, di pejabat pos.

Kos Penempaan Dinar ditanggung Kerajaan, No buyback, No spread boleh jadi realiti

Terlalu banyak dinar sudah dikeluarkan di Malaysia. Ada macam macam harga. Ada yang mahal ada yang murah Ada yang murah lagi. Jadi atas nilai apakah dinar itu? Katakanlah semua itu sama spesifikasinya 4,25g dan 916/917. Nilaian emas terletak pada emas didalamnya. Bukan harga yang ditetapkan oleh Abang L, Abang U, Makcik A atau Bro F. Dinar Abang L satu ketika dulu, agak popular kerana ianya satu-satunya dinar yang mudah dibeli. Bro F juga menjual dinar pun pada harga yang lebih kurang dengan Abang L. Harga adalah lebih kurang 20% di atas spot. Kemudian Bro F mengambil langkah berani, menjual dinar pada harga 15% di atas spot. Menampakkan Dinar Bro F jauh lebih murah daripada Dinar Abang L, dan Abang U. Seterusnya ramai mengambil untung dengan membuat dinar dan menjual dinar pada kadar yang Abang L dan Abang U jual. Dinar darul ini, darul itu. Menyokong gerakan dinar dan dirham, membelinya disebabkan sokongan untuk "Wang Syariah" dan membenteras riba...

Mitos "Susut Nilai" Emas

Dah lama tidak menulis. Jadi saya tulis. Ramai peniaga emas jenama P, sering memberikan maklumat yang salah berkaitan dengan "Susut nilai". Secara suka-suka hati bercakap kononnya PAMP suisse susut nilainya 20% atau 25 % Ramai juga rakyat biasa yang tidak beli emas kerana takutkan susut nilai emas. Hakikat sebenarnya nilai emas tidak susut, hanya kerana menjualnya. Yang menampakkan ianya kelihatan susut apabila menjualnya, adalah kerana membeli emas pada premium yang tinggi. Dalam premium itu terkandung kos penempaan, pembuatan, margin pembekal, margin peruncit. Maka pembeli emas disarankan untuk membuat kiraan hisab, harga emas sebelum membelinya. Secara kebiasaanya, emas skala kecil mempunyai peratus premium tinggi berbanding dengan yang besar. Premium boleh dikira dalam RM atau peratus. Jadi mitos kononnya "PAMP Suisse susut nilai 20%" itu hanya benar apabila pembeli membeli emas pada premium lebih kurang 20% juga. Namun, tidak akan berlak...