test

Sabtu, 2 April 2011

Mitos "Susut Nilai" Emas

Dah lama tidak menulis.

Jadi saya tulis.


Ramai peniaga emas jenama P, sering memberikan maklumat yang salah berkaitan dengan "Susut nilai".
Secara suka-suka hati bercakap kononnya PAMP suisse susut nilainya 20% atau 25 %

Ramai juga rakyat biasa yang tidak beli emas kerana takutkan susut nilai emas.

Hakikat sebenarnya nilai emas tidak susut, hanya kerana menjualnya.

Yang menampakkan ianya kelihatan susut apabila menjualnya, adalah kerana membeli emas pada premium yang tinggi.

Dalam premium itu terkandung kos penempaan, pembuatan, margin pembekal, margin peruncit.

Maka pembeli emas disarankan untuk membuat kiraan hisab, harga emas sebelum membelinya.


Secara kebiasaanya, emas skala kecil mempunyai peratus premium tinggi berbanding dengan yang besar.
Premium boleh dikira dalam RM atau peratus.

Jadi mitos kononnya "PAMP Suisse susut nilai 20%" itu hanya benar apabila pembeli membeli emas pada premium lebih kurang 20% juga.

Namun, tidak akan berlaku "PAMP Suisse susut nilai 20%" jika emas itu dibeli pada paras 6% di atas harga spot."



Apabila  sesuatu emas itu dibeli oleh pelanggan pada paras 6% di atas paras spot. Mustahil akan susut nilai 20%.


Nilai emas itu tidak susut.  Pelanggan hanya beli emas pada harga emas yang ditambah premium.


Ambil contoh, jika harga spot semasa ialah 139.80.
20g emas adalah RM 2740.
Tapi anda tidak akan jumpa peniaga yang jual pada paras RM 2740.

Ada yang jual RM 3000, ada yang lebih mahal sehingga RM 3190, ada yang lebih mahal sehingga RM 3320.
Ada juga yang jual pada paras 2960.

Jadi jika anda beli emas pada paras 2960, anda sebenarnya telah membayar RM 220 untuk premiumnya.
Jika 3190 , anda membayar tambahan premium sebanyak RM 450.

Namun ini tidak bermaksud penjual itu kaut semua premium yang dibayar.
Sebahagiannya adalah kos pembuatan, penghantaran, margin pembekal.

Jika pelanggan hanya membayar RM 220 untuk 20g emas, yang tak sampai 8% drpd harga runcit. Maka mustahil ianya "susut nilai 20%"

1 comments:

  1. kesimpulan: buat sesuatu hendaklah dengan ilmu. tanpa ilmu, anda mudah ditipu.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit