test

Rabu, 8 Jun 2011

Emas ditempa berbanding Rantai

Keadaan panik berlaku, apabila Agro Bank tidak lagi menerima jongkong sebagai pajakan.

Namun, bagi pemilik emas jongkong, yang menyimpannya, tidak apa yang perlu dipanikkan.

Ramai pemilik jopngkong menukar emas kepada rantai.

Ya, barang kemas juga emas yang menyimpan nilai juga. Tetapi ia boleh jadi dalam 2 keadaan.
Terpakai
Belum dipakai.

Namun, peniaga biasanya membeli balik rantai pad harga terpakai. Selalunya bawah spot, dan bawah lagi sedikit.

Berbanding jongkong atau syiling.
masih ada yang beli balik pada bawah spot sedikit, atau paras spot, atau atas spot.

Sebab keadaannya sama. Tidak wujud "terpakai" atau "tidak terpakai".
Yang ada hanya terkitar (circulated) atau baru (uncirculated).
Ramai pembeli tak kisahpun samada ianya terkitar atau tidak.

Apabila berlakunya situasi panik akibat daripada ketidak terimaan jongkong oleh Agro, ramai yang menjual jongkong mereka.

Ini menyebabkan peniaga juga turut menurunkan peremium mereka, akibat daripad lambakan belian balik.

Jadi, sekarang adalah masa terbaik beli jongkong, daripada pasaran kedua (secondary market).

Jangan risau tentang pajak, jika anda bukan seorang yang tamak.

Jika anda terlalu risau samada boleh pajak atau tidak, maka baik anda beli rantai.

Jongkong atau syiling  24K, adalah berkategori emas ditempa.
Ianya automatik boleh digunakan untuk urusan jual beli, sekiranya penjual barangan sudi menerimanya.

Tidak semestinya hanya dinar sahaja boleh digunakan untuk berurusniaga.

Sekiranya penjual barang, meletakkan harga sesuatu barang itu sebagai 10g fine gold.
Maka syiling atau bar boleh digunakan.

5 comments:

  1. oleh itu kerajaan mesti gunakan dinar atau emas supaya tiada penyelewengan seperti mengawal jumlah cetak duit atau cetak duit secara berlebihan

    BalasPadam

  2. Layari
    HIBURAN, INFORMASI & BERITA disini : Blog BOM321
    GOSIP, GAMBAR & KISAH ARTIS disini : Blog Gosip321

    BalasPadam
  3. sekarang ni boleh pajak kat agro x lg?

    BalasPadam
  4. Minat juga aku nak tahu pasal emas ni...

    tuan blog boleh pm saya x...

    -->>Welcome To My Forum

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit