Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bila print duit, harga barang naik.

  Bila print duit, harga barang naik. Taknak kasi barang naik, subsidikan supaya barang murah. Bila tak cukup duit nak bayar subsidi, print duit lagi. Bila print duit, harga barang naik. Taknak kasi barang naik, subsidikan supaya barang murah. Bila tak cukup duit nak bayar subsidi, print duit lagi. Bila print duit, harga barang naik. Taknak kasi barang naik, subsidikan supaya barang murah. Bila tak cukup duit nak bayar subsidi, print duit lagi. Bila print duit, harga barang naik. Taknak kasi barang naik, subsidikan supaya barang murah. Bila tak cukup duit nak bayar subsidi, print duit lagi. Bila print duit, harga barang naik. Taknak kasi barang naik, subsidikan supaya barang murah. Bila tak cukup duit nak bayar subsidi, print duit lagi. Bila print duit, harga barang naik. Taknak kasi barang naik, subsidikan supaya barang murah. Bila tak cukup duit nak bayar subsidi, print duit lagi. Bila print duit, harga barang naik. Taknak kasi barang naik, subsidikan supaya barang murah. Bila ta...

Download Terjemahan Al - Quran Bahasa Cina dalam PDF

Anda mungkin mempunyai rakan cina yang belum Islam. Anda sayang mereka, anda ingin mereka juga ke Syurga. Mereka memang baik, suka menolong orang susah. Allah sudah sebut, dosa terbesar adalah syirik, Jadi, tugas kita untuk membantu mereka tidak syirik kepada Allah. Berikan mereka Al-Quran, berserta terjemahan Bahasa Cina. Dimana nak dapatkan al-quran terjemahan Bahasa Cina? Ada Daei dari Kuwait sudah jadikan ianya PDF, Anda boleh muatturunnya ke telefon pintar anda, dan hantar kepada mereka. Mudah mudahan terbuka hati mereka. Jadi, silakan, muatturun dan simpan dulu dalam telefon/desktop   http://bit.ly/2Ak8aPa  klik pautan di atas. Anda boleh menghantar melalui whatsap, telegram, emel dan sebagainya.

Nasib Sekolah Bahasa Hawai - Prof Abdullah Hassan

Nasib Sekolah Bahasa Hawai Pemimpin kita sering membuat kenyataan bahawa bahasa Melayu sudah mantap. Oleh itu ia tidak perlu digunakan dalam pendidikan, dan ia tidak diketepikan. Kita tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku kepada bahasa Melayu akibat tindakan ini. Mari kita lihat sebuah kes. Lihat bagaimana bahasa Hawaii pupus, dan sekaligus bagaimana bangsa Hawaii luput dan kehilangan maruah. Pada tahun 1820 Ratu Kamehameha I menerima guru Inggeris masuk ke pulaunya. Dia didesak oleh peniaga-peniaga asing berbahasa Inggeris supaya mendirikan sekolah Inggeris untuk anak-anak mereka. Dia mengalah. Ratu Kamehameha II meneruskan dasar itu. Pada tahun 1848, Ratu Kamehameha III memutuskan supaya bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar pendidikan. Golongan bawahan rakyat yang menjadi majoriti mahu mempertahankan bahasa Hawaii. Tetapi mereka kalah kepada golongan elit yang terdiri daripada orang Hawaii berbahasa Inggeris dan kaum haole (kacukan). Mereka ini tidak ramai. Ala...

Demokrasi macam itu lah

Demokrasi macam itu lah. Seseorang yang ingin mengundi seorang calon kerana "pakatan partinya" akan undi calon itu. Seseorang yang ingin menggundi seorang calon kerana "parti nya", akan mengundi calon itu. seseorang yang calon itu, (tanpa kira platform) akan undi calon itu juga. Calon yang sama, tetapi sebab berbeza. Sebab mana yang betul? Kita tak tahu, sebab di kertas undi itu tiada ruangan "sebab". Ketika seseorang memilih seseorang calon itu kerana partinya. Tetapi calon itu terkeluar daripada partinya, maka siapakah yang harus dipersalahkan? Parti kah? kerana tak menyediakan calon yang sesuai atau calon itu sendiri? Begitu juga, apabila berlakunya perpecahan pakatan. Kita tak tahu , sebab pengundi mengundi tanpa menyatakan sebab. Apabila berlakunya perpecahan pakatan, sebagai contoh Pakatan Rakyat. wakil rakyat kena berusaha sungguh-sungguh untuk mengetahui apa sebab dia diundi. Maka wujudlah berbezaan versi pendapat Ada yang menyangka ...

Peningkatan Gaji Minima, memindahkan titik peluh rakyat lebih ke KWSP

Merujuk pada laman web KWSP, terdapat 6.72 juta orang pada jun 2015. Ada yang makan gaji pada syarikat luar, ada yang makan gaji pada majikan tempatan. Katakan 4 juta pencarum itu, makan gaji daripada majikan tempatan, iaitu rakyat Malaysia juga. Ambil contoh, gaji minimum adalah RM 900 . maka 4 juta pekerja & majikan itu mencarum 4000000*900*0.24 864000000.00 = RM 864 juta sebulan , bersamaan RM 10.368 billion setahun. Gaji minima meningkat, menjadi RM 1000. 4000000*1000*0.24 960000000.00 = RM 960 juta sebulan bersamaan RM 11.52 billion setahun. Dengan contoh pengiraan ini, RM 1.152 billion tambahan dipindahkan daripada rakyat (Majikan dan Pekerja)  kepada KWSP. Pengiraan di atas adalah sekadar anggaran, sebab bilangan sebenar majikan tempatan rakyat Malaysia adalah tidak diketahui. Namun, anda boleh lihat, betapa besar wang rakyat, yang sepatutnya boleh berlegar dikalangan rakyat untuk merancakkan ekonomi, tetapi di...

Cerita Rambutan yang Perlu dikongsi

Beberapa hari lepas saya buat posting di facebook sebegini Buah mangga masak sampai tak sempat nak kutip.Kintan Man sungguh2 nak agihkan mangga.Buah Rambutan masak sampai tak... Posted by Hasbullah Bin Pit on  Tuesday, July 21, 2015 Buah mangga masak sampai tak sempat nak kutip. Kintan Man sungguh2 nak agihkan mangga. Buah Rambutan masak sampai tak sempat nak ambil. Banyak lagi buah yang masak tak sempat nak nak ambil. Tapi orang merungut "ekonomi jatuh" Sedangkan yang melimpah ruah itu, gagal dimanfaatkan untuk jual, atau beri orang atau bintang. Memang niat saya untuk panjat dan habiskan Rambutan di permatang serai untuk agihkan pada orang. Namun entah bagaimana keadaan tak mengizinkan. Jadi suatu petang saya mengayuh basikal, dan lalu ke Sempang, kebetulan, sedang berlaku aktiviti mengnurunkan buah rambutan. Saya disaran untuk bawa balik 1 plastik besar rambutan itu. Jenuh juga kayuh basikal dari sempang kembali ke Merlimau sambil pega...

Kepelikan PAS dalam Menangani Isu Tulisan Jawi Teresa Kok.

Saya masih ingat lagi suatu ketika dulu Teresa Kok mempersoalkan Tulisan Jawi pada papan tanda nama jalan. We want muhibbah road signs (14 Feb)  (mesti klik baru faham cerita) Ianya diterbitkan pada 14 februari 2008. Isu belum selesai. Namun, setelah parti pembangkang (PAS, PKR DAP) memperoleh kemenangan pada pilihanraya 2008. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada april TANPA menyelesaikan isu tulisan Jawi Teresa Kok. Saya menulis kembali perkara ini pada Semtember 2008. Isu Fobia Jawi : Saya Bukan Nak Berperang dengan Teresa Kok  (mesti klik baru faham cerita) Namun, tidak mendapat sebarang respond. Yang selalu memainkan isu ini adalah dikalangan penyokong UMNO, tetapi tidak berlaku padapimpinan UMNO. Dan ianya tenggelam. Selama ini, perkara ini disengajakan tutup oleh PAS atau Pakatan Rakyat atau apa sebenarnya? Maklumlah, ketika inginkan kemenangan, perkara elok DAP sahaja dicanangkan. Namun setelah bercerai. Maka isu ini kembali timbul di Media Facebo...

Saya Kekal dengan PAS

Berlakunya gelombang Gerakan Harapan Baru, akibat daripada krisis dalaman PAS, yang berpunca daripada spin media-media jahat. Atau faktor faktor lain. Namun, saya putuskan untuk kekal dalam PAS. Saya kekal sokong PAS. Namun saya bukanlah penyokong kumpulan-kumpulan tertentu dalam PAS. Saya menyokong PAS sebagai wadah perjuangan secara umum.   Walaupun saya akui PAS tidaklah seterbuka dahulu. Namun saya yakin, 4,5 tahun lagi, Akan ada suara-suara yang mahukan PAS lebih terbuka, maka PAS akan terbuka jua. Sememangnya PAS tidaklah 100% selari dengan apa yang saya mahukan. Saya berfahaman Pasaran Bebas, Anti kawalan Harga, Tetapi PAS tidak sebegitu. Walaubagaimana pun Harapan Baru, pun tidak ada bunga-bunga kearah penolakan kawalan harga. Jadi buat apa saya pindah ke wadah yang juga tidak memenuhi keperluan saya. Saya juga, tidak percaya 100% pada demokrasi. PAS duduk di bawah demokrasi, strukturnya ikut sempadan politik pilahanraya. Manakala 'Harapan Baru', terla...

Tips untuk tabayyun berita.

Tips untuk tabayyun berita. Sekiranya anda ternampak orang share artikel Malaysiakini, atau tmi. Maka janganlah percaya tajuk itu bulat-bulat. Ianya mungkin sensasi, atau menyentuh perasaan anda, untuk cepat-cepat percaya tajuk. Mungkin adakalanya, tajuk itu sudah cukup untuk membuatkan anda percaya tajuk, sebab tajuk itu membolehkan anda menghentam pihak lawan. Ada berita yang diambil daripada kenyataan verbal, ada yang diambil daripada kenyataan media. Untuk verbal, memang susah nak dapatkan ayat-ayat sebenar. melainkan ada video. Namun untuk yang bersumberkan kenyataan media, anda boleh cari di http://mediaterus.blogspot.com . confirm tak ada spin. Maka anda boleh baca, tanpa terpengaruh tajuk yang diubah suai. Cara lain, ialah, anda perlu cari dimana punca sebenar kenyataan itu, sebagai contoh, kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, boleh dicari di Fanpage dia. sekian.