Langkau ke kandungan utama

Catatan

Peningkatan Gaji Minima, memindahkan titik peluh rakyat lebih ke KWSP

Merujuk pada laman web KWSP, terdapat 6.72 juta orang pada jun 2015. Ada yang makan gaji pada syarikat luar, ada yang makan gaji pada majikan tempatan. Katakan 4 juta pencarum itu, makan gaji daripada majikan tempatan, iaitu rakyat Malaysia juga. Ambil contoh, gaji minimum adalah RM 900 . maka 4 juta pekerja & majikan itu mencarum 4000000*900*0.24 864000000.00 = RM 864 juta sebulan , bersamaan RM 10.368 billion setahun. Gaji minima meningkat, menjadi RM 1000. 4000000*1000*0.24 960000000.00 = RM 960 juta sebulan bersamaan RM 11.52 billion setahun. Dengan contoh pengiraan ini, RM 1.152 billion tambahan dipindahkan daripada rakyat (Majikan dan Pekerja)  kepada KWSP. Pengiraan di atas adalah sekadar anggaran, sebab bilangan sebenar majikan tempatan rakyat Malaysia adalah tidak diketahui. Namun, anda boleh lihat, betapa besar wang rakyat, yang sepatutnya boleh berlegar dikalangan rakyat untuk merancakkan ekonomi, tetapi di...

Cerita Rambutan yang Perlu dikongsi

Beberapa hari lepas saya buat posting di facebook sebegini Buah mangga masak sampai tak sempat nak kutip.Kintan Man sungguh2 nak agihkan mangga.Buah Rambutan masak sampai tak... Posted by Hasbullah Bin Pit on  Tuesday, July 21, 2015 Buah mangga masak sampai tak sempat nak kutip. Kintan Man sungguh2 nak agihkan mangga. Buah Rambutan masak sampai tak sempat nak ambil. Banyak lagi buah yang masak tak sempat nak nak ambil. Tapi orang merungut "ekonomi jatuh" Sedangkan yang melimpah ruah itu, gagal dimanfaatkan untuk jual, atau beri orang atau bintang. Memang niat saya untuk panjat dan habiskan Rambutan di permatang serai untuk agihkan pada orang. Namun entah bagaimana keadaan tak mengizinkan. Jadi suatu petang saya mengayuh basikal, dan lalu ke Sempang, kebetulan, sedang berlaku aktiviti mengnurunkan buah rambutan. Saya disaran untuk bawa balik 1 plastik besar rambutan itu. Jenuh juga kayuh basikal dari sempang kembali ke Merlimau sambil pega...

Kepelikan PAS dalam Menangani Isu Tulisan Jawi Teresa Kok.

Saya masih ingat lagi suatu ketika dulu Teresa Kok mempersoalkan Tulisan Jawi pada papan tanda nama jalan. We want muhibbah road signs (14 Feb)  (mesti klik baru faham cerita) Ianya diterbitkan pada 14 februari 2008. Isu belum selesai. Namun, setelah parti pembangkang (PAS, PKR DAP) memperoleh kemenangan pada pilihanraya 2008. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada april TANPA menyelesaikan isu tulisan Jawi Teresa Kok. Saya menulis kembali perkara ini pada Semtember 2008. Isu Fobia Jawi : Saya Bukan Nak Berperang dengan Teresa Kok  (mesti klik baru faham cerita) Namun, tidak mendapat sebarang respond. Yang selalu memainkan isu ini adalah dikalangan penyokong UMNO, tetapi tidak berlaku padapimpinan UMNO. Dan ianya tenggelam. Selama ini, perkara ini disengajakan tutup oleh PAS atau Pakatan Rakyat atau apa sebenarnya? Maklumlah, ketika inginkan kemenangan, perkara elok DAP sahaja dicanangkan. Namun setelah bercerai. Maka isu ini kembali timbul di Media Facebo...

Saya Kekal dengan PAS

Berlakunya gelombang Gerakan Harapan Baru, akibat daripada krisis dalaman PAS, yang berpunca daripada spin media-media jahat. Atau faktor faktor lain. Namun, saya putuskan untuk kekal dalam PAS. Saya kekal sokong PAS. Namun saya bukanlah penyokong kumpulan-kumpulan tertentu dalam PAS. Saya menyokong PAS sebagai wadah perjuangan secara umum.   Walaupun saya akui PAS tidaklah seterbuka dahulu. Namun saya yakin, 4,5 tahun lagi, Akan ada suara-suara yang mahukan PAS lebih terbuka, maka PAS akan terbuka jua. Sememangnya PAS tidaklah 100% selari dengan apa yang saya mahukan. Saya berfahaman Pasaran Bebas, Anti kawalan Harga, Tetapi PAS tidak sebegitu. Walaubagaimana pun Harapan Baru, pun tidak ada bunga-bunga kearah penolakan kawalan harga. Jadi buat apa saya pindah ke wadah yang juga tidak memenuhi keperluan saya. Saya juga, tidak percaya 100% pada demokrasi. PAS duduk di bawah demokrasi, strukturnya ikut sempadan politik pilahanraya. Manakala 'Harapan Baru', terla...

Tips untuk tabayyun berita.

Tips untuk tabayyun berita. Sekiranya anda ternampak orang share artikel Malaysiakini, atau tmi. Maka janganlah percaya tajuk itu bulat-bulat. Ianya mungkin sensasi, atau menyentuh perasaan anda, untuk cepat-cepat percaya tajuk. Mungkin adakalanya, tajuk itu sudah cukup untuk membuatkan anda percaya tajuk, sebab tajuk itu membolehkan anda menghentam pihak lawan. Ada berita yang diambil daripada kenyataan verbal, ada yang diambil daripada kenyataan media. Untuk verbal, memang susah nak dapatkan ayat-ayat sebenar. melainkan ada video. Namun untuk yang bersumberkan kenyataan media, anda boleh cari di http://mediaterus.blogspot.com . confirm tak ada spin. Maka anda boleh baca, tanpa terpengaruh tajuk yang diubah suai. Cara lain, ialah, anda perlu cari dimana punca sebenar kenyataan itu, sebagai contoh, kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, boleh dicari di Fanpage dia. sekian.

Cicak Ini Setia Menjadi Penunggu Modem sehingga....

Pada 12 june 2015 lalu, Ketika berlaku masalah Talian Internet TM ke Antarabangsa, saya baru perasan ada seekor cicak duduk di atas modem. Kusangkakan Cicak itu mati rupanya masih hidup. Selepas 12 jun, berhari-hari cicak itu masih hidup di situ. Pada 14 jun, dia boleh keluar seketika, dan kembali ke modem. 15 jun, masih ada, 16 jun masih ada... Walaupun ada kalanya anak saya rapat ke arah situ, namun cicak itu tidak lari. Bukankah biasanya cicak akan lari bila manusia menghampirinya? Pada 18 jun, dia masih setia.. Dan berubah posisi sedikit.. Namun masih setia. Aku tertanya-tanya sampai bila dia masih di situ, Namun pada 18 jun, petang... Dia dijumpai mati di sebelah "power bank", 1.5 meter daripada modem rumah kesayangannya itu, Spekulasi pnca kematian ialah... "Dia tak dapat makan bandwidth" "powerbank tak mengeluarkan haba yang diperlukan" "lupa sahur"

Tak semudah itu untuk simpulkan kononnya "Pengundi Rompin sokong GST".

Tak semudah itu untuk simpulkan kononnya "Pengundi Rompin sokong GST". Itu sudah macam ikut gaya Ali Rustam "salahkan pengundi" Ada banyak faktor lain yang mempengaruhi pengundi. Kesimpulan yang lebih tepat adalah "PAS masih belum boleh yakinkan pengundi Rompin".. Atau nak tambah lagi "PAS masih belum boleh yakinkan pengundi Rompin walaupun pengundi tak suka GST".. atau... "PAS masih belum boleh yakinkan pengundi Rompin kerana 1. 2. 3. 4. 5. 6. (kena cari sendiri, dan berhenti salahkan faktor luaran) "..

Beli Pakaian Tshirt Muslimah Kanak Kanak Budak Perempuan

Dulu susah juga nak cari dan beli pakaian untuk budak perempuan. Bila jalan-jalan di shoppping complex, nak cari yang lengan panjang pun susah. dalam 100 baju, mungkin jumpa 1,2 helai sahaja baju budak perempuan yang lengan panjang. Itu baru sahaja lengan, belum pilih labuh lagi... Sekarang ini, kalau nak cari baju budak perempuan, Tak payahlah buang masa cari di shopping complex. Zaman sekarang boleh beli online, Sebab ada penjual pakaian muslimah online, juga menjual pakaian muslimah kanak-kanak budak perempuan . Dimana nak beli Tshirt Muslimah Kanak-Kanak Perempuan sebegini? Anda hanya perlu klik pada gambar di atas untuk beli. Harganya pun, boleh tahan murah. Alang-alang membeli untuk anak, emaknya pun boleh beli Tshirt Muslimah juga, biar warna sepadan. Nanti dulu, Kalau anda hendak beli baju sedondon , emak dengan anak perempuan, anda boleh beli di Sedondon Emak dengan Anak .

Bayar GST ke Pusat Zakat

Sebenarnya Mufti Wilayah cakap lain, nak elak cukai berganda. Tapi saya nampak lain. Apa kata kalau macam ini. Peniaga buat GST macam biasa, logmasuk TAP dan isi apa yang patut. Bila pembayaran, kasi opsyen untuk bayar ke pusat zakat. Bayar zakat extra. Muatnaik slip pembayaran di TAP.