Langkau ke kandungan utama

Catatan

GST vs Cukai Simpanan + Cukai Saham

GST memang memeningkat kepala. Maklumkan setiap peringkat kena sikit sikit. Bab nak mengira jadi 1 kerja. Nak rekod, Ada pula yang tidak tunai. Invois hari lain, bayaran hari lain. Ada pula yang keluar invois, tapi tak bayar-bayar. Kompleks pengiraannya. Sedangkan yang tunai pun ramai yang tak faham. Macam-macam alasan nak kena kan GST. Alasan hutang banyak lah Alasan nak bayar gaji penjawat awam lah. Hakikatnya, Negara boleh wujud dalam 2 mod. Mod tiada duit. Mod banyak duit. Boleh berlaku serentak. Jadi apa alternatif kepada GST? Kalau diikutkan saya, mudah sahaja. Cukai Simpanan dan Cukai Saham. Siapa ada Simpanan Tetap, kena 2.5% setahun. Siapa ada saham, kena 2.5% setahun. Saiz pasaran modal BSKL berapa? 1 trillion. kalau 2.5% dapat berapa setahun? Sudah 25 billion . Simpanan tetap pula berapa? Menurut laporan Bank Negara , Simpanan tetap pada Januari 2015 adalah RM 726,135.9 juta. Bersamaan RM 726 billion. Maka kita kira lah guna bc. 7...

Seni Berpolitik - Gaji Minima - Hudud

Dalam politik, ada agenda masing masing. Masing masing ada agenda. Ada agenda baik, ada agenda jahat. Ada yang rasa agendanya baik, sebab itu dia ikut fahaman tertentu. Maka bersepak terajanglah dalam politik, dan berkawanlah salah politik. Matlamat tetap sama, capaikan agenda masing-masing. Dalam berkawan dalam politik, adakalanya pihak lawan atau kawan, akan terikut-ikut agenda kita. Adakala kita pula terikut agenda pihak lawan dan kawan. Maka pentingnya prinsip dan tahu hala tuju. Para sosialis, berjaya mencucuk jarum idea gaji minima dalam pakatan rakyat. Maka, BN pula terikut-ikut , dan dengan mempunyai kuasa, maka mereka melaksanakan dahulu. Walaupun bukanlah 1 perkara baik gaji minima itu, sebab membebankan peniaga kecil, namun agenda itu berjaya diangkat. Begitu juga agenda environmentalis yang mahu hari tanpa plastik. Niat suci untuk mengurangkan penggunakan plastik, namun kapitalis pula ambil kesempatan untung 20sen. Rakyat masih lagi tak faham kenapa pe...

Kenapa GST tidak bermula dengan 2% Sahaja?

Sana sini bercerita tentang GST. Ramai yang tolak, tetapi entah bagaimana dalam sistem demokrasi, golongan minima pula yang menang untuk laksanakan GST. Penentangan daripada Pakatan Rakyat tidak bermaya. Namun , apabila GST terus bermula pada kadar 6%, akan wujud situasi tidak stabil di kalangan peniaga. Rata-rata peniaga belum bersedia, yang bersedia pula sedikit. Mahukah peniaga yang bersedia itu, terus mengenakan GST pada kadar 6%, pada masa yang sama, terpaksa bersaing dengan peniaga yang jual stok lama tanpa GST. Peniaga yang bersedia dengan POS mesra GST, terpaksa pula jual stok lama berserta GST, dan semestinya akan jadi lebih mahal. Kalau begitu, lebih baik peniaga yang bersedia itu, buat-buat belum sedia. Nak bersaing harga dengan yang "belum caj GST", menyebabkan harga berbeza 6%. Bukan sedikit. Namun, kalau GST bermula dengan 2% , tidaklah wujud perbezaan harga diantara yang belum caj GST dengan sudah kenakan GST. Agak hairan, kenapa 6% , tidak 5...

Fesyen nenek pada tahun 2035

Dialog antara cucu dengan nenek pada tahun 2035 ... Cucu: Nenek .. Kenapa baju baju nenek semuanya fesyen 20 tahun lepas? Nenek: Dulu, masa tahun 2015, kerajaan nak buat GST. sebelum GST itu, nenek beli baju banyak banyak, sampai 1 kontena, sudah 20 tahun nenek hanya pakai baju yang nenek beli itu sahaja. Cucu: oooo, berapa harga sehelai baju itu nenek? Nenek: antara RM 30 - RM 100. Cucu: eh, murahnya... Sekarang ni, nak cari baju bawah RM 10,000 pun susah. Nak tanya lagi boleh tak? Nenek: boleh cu..... Cucu: Masa tahun 2015 dulu, "Jebon" itu apa?

Harga bukan hak mutlak penjual

Saya terjumpa komen sebegini Ambil contoh senario: Harga bukan hak mutlak penjual Harga sebenar berlaku apabila wujudnya persetujuan jual beli. Penjual nak jual harga RM 100. Pembeli nak harga RM 80. Penjual tak boleh bagi harga RM 80, tetapi penjual boleh bagi harga RM 95. Pembeli upkan lagi, boleh beli harga RM 90. Penjual tetap tak boleh beri harga RM 95. Akhirnya pembeli setuju, untuk terima harga RM 95. Adakah pembeli kena ucap terima kasih, dan dicop "tak beradab" ? Bukankah penjual perlu berterima kasih pada pembeli sebab terima harga RM 95? Adakah pembeli pula cop penjual tidak beradab jika tak ucap terima kasih apabile pembeli setuju harga yang penjual pinta? Dalam urusniaga jual beli, 2 pihak adalah setara. Agak menghairankan juga apabila ramai orang menyalahkan peniaga apabila menaikkan harga barang. Walhal, urusniaga antara dua belah pihak. Kedua-dua memainkan peranan menentukan harga. Adakalanya 2 belah pihak itu tidak boleh ber...

Demokrasi Melayu, Demokrasi Asia , Tidak boleh Lawan Ketua

Demokrasi Melayu? Wujudkah Demokrasi Melayu? Dunia Melayu baharu sahaja terjebak dengan demokrasi, Entah bagaimana boleh memilih untuk demokrasi. Walaupun secara sejarahnya, tidak pernah demokrasi sejak kurun ke 15. Demokrasi bukanlah sistem yang bagus sangat, akan tetapi sistem sebegitu dipilih ornag orang Melayu , orang Asia untuk digunakan pada zaman ini. Saya sudah perhatikan sejak bertahun yang lalu, Demokrasi tak sesuai dengan asia. Dengan Melayu lagilah tak sesuai. Mungkin hanya Jepun yang sesuai dengan demokrasi, yang lain ada sahaja yang tak kena. Di Malaysia, terutama sekali dalam dunia Melayu, wujud demokrasi dalam parti politik, dalam NGO, dalam persatuan itu ini, pemilihan ketua kelas pun nak didemokrasikan. Namun, Rakyat dunia ke 3 ini masih lagi dunia ke 3. Kalau ketua atau presiden atau YDP berundur, baru boleh sesuai buat pemilihan. Tapi kalau ketua atau presiden dilawan untuk digantikan dengan yang lain. Maka ianya seolah-olah salah besar. Dosa bes...

Perutusan Tahun Baru Cina 2015

Selamat Tahun Baru Cina... Tahun Kambing. Apa yang saya nak sampaikan adalah, Tidak semestinya anak bulan kelihatan pada malam tahun baru cina. Dan Juga tak semestinya anak bulan kelihatan jika dicerap pada hari pertama Tahun Baru Cina. Mengapa? 1 Hari bulan, Tahun Baru Kalendar Cina, berlaku pada hari pertama  "bulan baru"  (new moon) . Mungkin pagi, mungkin petang, mungkin malam. Anak bulan boleh kelihatan kalau usia bulan lebih daripada 8 jam, ada pendapat mengatakan 12 jam. Jadi kalau new moon, berlaku 8 pagi, maka tidak nampak kalau dicerap pukul 6 petang.  Jadi, biasanya 2 hb Tahun Baru Cina, masih lagi belum 1 hb Hijrah. Tahun Baru Cina, digandingkan dengan 1 bulan kalendar Hijrah. Sebagai contoh, Tahun Baru Cina 2015 + 2 hari , adalah juga 1 Rabiul Akhir 1436. Inilah, sebabnya kenapa kalau kongsi raya, beza perayaan 2 hari. Memang susah nak memahamkan pengkalendaran Cina dan Hijrah pada manusia modern yang trbiasa dengan masehi. Ini s...

Menteri Luar Ireland tiba di Gaza

Menteri Luar Ireland tiba di Gaza GAZA, (PIC)-- Menteri Luar Ireland  Charles Flanagan tiba pada isnin  di Semenanjung Gaza dalam satu lawatan singkat. Sumber RasmiPalestinian official sources said Flanagan, bersama delegasi 14 pegawai , tiba di  Gaza melalui Lintasan  Erez di antara Israel dan Semenanjung Gaza  untuk mengadakan perbincangan dan melihat projek-projek yang diselia Ireland. Lawatan diplomat atasan Ireland berlaku sehari selepas Kuartet Timur Tengah utusan Tony Blair melawat Semenanjung Gaza.. Sejak beberapa bulan lalu, duta-duta asing, diplomat dan pegawai telah melawat Semenanjung Gaza yang terkepung Terjemahan dari: http://english.palinfo.com/ site/pages/details.aspx? itemid=70192

Di Mana Nak Beli Stroller Online

Saya terjumpa kawan lama saya, dia hensem. Tetapi saya lebih hensem. Usah berdebat, siapa lebih hensem. Entah macam mana dia ada tunjuk yang dia ada jual stroller online. Menarik juga, laman blog dia itu, sudah macam shopping cart biasa, Jadi, kalau nak beli Stroller online murah, boleh dapatkan di SeeBaby Stroller . Biar Benar Stroller RM 90 , murah betul.

Harga Minyak Apungan Terurus atau masih dikawal manusia?

Cantiknya nombor, semua ada hujung 0, 0, 0 Ini masihlagi Apungan Terurus atau dikawal manusia? Kalau Apungan Terurus, boleh sepakat pula harga semua hujung ada 0. Apungan Terurus atau harga yang diputuskan oleh Mesyuarat? Ahli Mesyuarat jenis kaki bundar? Perbezaan harga 95 vs 97 , secara tiba-tiba berubah drpd 20sen kepada 30 sen. Sememang aku tak percaya ianya sistem apungan terurus yang dikatakan bermula 1 disember 2014 yang lalu. Manusia tidak serik-serik nak cuba kawal harga. Mahu tersontot lagi dengan masalah-masalah subsidi dan penyeludupan?