Langkau ke kandungan utama

Catatan

Harga Minyak Apungan Terurus atau masih dikawal manusia?

Cantiknya nombor, semua ada hujung 0, 0, 0 Ini masihlagi Apungan Terurus atau dikawal manusia? Kalau Apungan Terurus, boleh sepakat pula harga semua hujung ada 0. Apungan Terurus atau harga yang diputuskan oleh Mesyuarat? Ahli Mesyuarat jenis kaki bundar? Perbezaan harga 95 vs 97 , secara tiba-tiba berubah drpd 20sen kepada 30 sen. Sememang aku tak percaya ianya sistem apungan terurus yang dikatakan bermula 1 disember 2014 yang lalu. Manusia tidak serik-serik nak cuba kawal harga. Mahu tersontot lagi dengan masalah-masalah subsidi dan penyeludupan?

Di Mana nak beli Jubah Nursing mesra penyusuan Ibu?

Di Mana nak beli Jubah Nursing mesra penyusuan Ibu? Susah nak cari? Jubah memang ada banyak jenis. Ini bukan cerita jubah lelaki teapi cerita jubah perempuan, jubah muslimah. Yang bukan Islam pun boleh pakai jubah juga, tiada larangan. Ada jubah yang sarung terus, memang tiada ruang untuk buka dan menyusukan budak/bayi. Ada jubah yang memang ada ruang bukaan tetapi tak besar untuk menyusukan baby. Memang pening kalau pergi kedai jual jubah, tetapi kita kena selak satu satu nak cari. yang mana boleh buka yang mana tak boleh buka. Ini gambar contoh bukaan yang boleh nursing. Jadi saya nak bantu anda untuk boeh terus pilih Jubah Muslimah Nursing yang mesra penyusuan ibu . Zaman dulu, memang susah nak cari, sebab dulu orang tua-tua sahaja pakai jubah, orang tua sudah tak beranak lagi. Jadi dengan adanya jubah nursing, terus boleh tutup aurat, sambil boleh menyusukan anak. Tak perlu selak baju sampai nampak perut. Kalau Tak suka jubah menyusu muslimah murah ...

Mentafsir ayat 'Sila Google sekian' daripada 2 sudut pandang

Sila google "bla bla". Memang selalu kedengaran ayat sebegitu, diungkapkan oleh ramai orang. Boleh ditafsir beberapa kaedah. Dalam sesetengah situasi, apabila  seseorang bertanya sesuati, maka mungkin akan ada jawapan supaya suruh 'google'. Ada beberapa kemungkinan, pertama, mungkin dia tak tahu jawap, dan suruh orang "RTFM" dengan mudahnya menyuruh orang Google. Kemungkinan kedua ialah, seseorang itu adalah peminat Google. Dia pernah 'google' perkataan itu, dan pernah menjumpai banyak maklumat yang releven dengan penyelesaian masalah itu.  Jadi jawapan terbaik untuk membantu seseorang menyelesaikan maslaah atau menjawap persoalan ialah "Sila google perkataan sekian sekian". Jawapan "Sila Google", adalah tidak friendly bagi bukan peminat Google. Mungkin dia orang Facebook. Bagi orang yang bergelumang dengan Google, hari-hari monitor katakunci, maka Hasil carian pun sudah melekat dalam kepala otak. Minggu lepas baw...

Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan ?

Saya terjumpa sesuatu di posting Azlina Android Al-Hijawi , bukan dia cakap. Tiada apa yang signifikan yang boleh dicapai jika matawang ditukar ke dinar kerana 1. Sistem monetari sangat kompleks 2. Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan dan digantikan dengan fiat monye kerana sistem kewangan emas tidak dapat tangani sistem kewangan guna wang kertas ...tidak tampung nilai us dollar kepada gold... 3. Nilai dinar emas sendiri akan bersandarkan kepada emas komoditi yang jadi aset class yang nilai sentiasa berubah dipasaran...  Jadi saya jawap satu persatu... 1.Sistem monetari sangat kompleks  Wang Fiat itu yang kompleks,  Dengan Fractional reserve Banking,  Hutang boleh dijual, hutang jadi deposit, looping sana sini. Emas perak tak kompleks pun. 2. Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan dan digantikan dengan fiat monye kerana sistem kewangan emas tidak dapat tangani sistem kewangan guna wang k...

Hari Ini Saya Baru Sedar Umur sudah 40 tahun

Hari Ini Saya Baru Sedar Umur sudah 40 tahun. Saya memang selalu lupa umur, jadi setiap kali itu saya mengira tahun. 2014 - 1975 = 39 Maka 39 tahun. "Sekarang ini 2015 lah". Eh, rupanya kaedah kira umur menggunakan kiraan pun salah. Tahun tak berganjak lagi. Mana tidaknya, baru beberapa hari lepas masih lagi 45 Disember 2014 .

Berita Emas Tersontot: Anak Bulan Masih Belum Kelihatan

MELAKA, 45 Disember - Ramai orang masih lagi menunggu ketibaan bulan Januari. Namun ada pihak yang masih lagi inginkan Bulan disember, kerana modal dijanjikan untuk dikembalikan pada Disember. Manakala pihak penyontot pula lebih gemar bulan Disember 2014 dilanjutkan sehingga 314 hari. Kejadian perlanjutan bulan disember itu dikatakan berkalu kerana anak bulan Januari masih belum timbul. "Ku tunggu, punya tunggu, bulan tak timbul timbul" , kata seorang penunggu anak bulan. Tidak ada perhimpunan berlaku, kerana bulan disember masih belum berakhir. Namun begitu, keadaan agak pelik, apabila penjawat awam sudah mula berhimpun, di mesin-mesin  ATM.  Bonus Kerajaan beserta gaji, yang dijanjikan untuk dibayar pada 1 Januari, telah ada dalam  akaun penjawat awam.

Cara Melabur emas di arrahnu

Artikel ini ditulis bukan untuk menggalakkan orang memajak emas sesuka hati. Saya bukan suka orang memajak emas tanpa sebab, kononnya boleh untung kalau guna skil skil tertentu. Memang kena ada skil, tetapi skil itu bukannya dilakukan tanpa sebab. Perlu dingatkan Ar Rahnu, kos upahnya adalah lebih kurang 14% setahun. Kalau ada kaedah pinjaman lain, baik guna kaedah lain. Cuma kelebihan Ar Rahnu, ialah anda tidak perlu meminjam lama. Kalau ada orang ajar cara, tiap-tiap bulan suruh pajak, atau  kaedah berbentuk bulanan, semuanya tak boleh dipakai. Jadi bila boleh Ar Rahnu? Perlu diingatkan ArRahnu adalah pinjaman berkos tinggi, 14% itu sudah macam kad kredit, tetapi rendah sedikit. Namun kalau jangka pendek maka ianya boleh dikurangkan. Kadar sama, tetapi bila pinjam sekejap maka bayar sedikit. Jadi bila boleh Ar Rahnu? Ar Rahnu boleh digunakan apabila anda berpeluang untuk membeli emas pada di bawah nilai. Atau , ketika harga emas betul-betul rendah. Ini bol...

Akad dah Ke Laut ...Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?

Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik? Jawapannya Ya dan Tidak. Selama ini pun ada banyak stesen yang tutup. Diganti dengan orang lain. cuma tak nampak sangat sebab penggantian itu cepat. Minyak tak turun naik pun, ramai sudah tersungkur dek kos operasi terutama TNB yang meningkat. Maka timbullah teori mengatakan, kalau harga rendah, harga kos pun rendah. bila naik, stok jadi mahal, maka untung. Teori itu memang boleh dipakai, JIKA stok adalah sama setiap kali perubahan harga. Akan tetapi perkara sebeitu mustahil berlaku. Kebiasaanya, bila harga nak naik ramai berduyun-duyun penuhkan tangki. Jadi stok masa nak naik sedikit. Masa nak turun pula, biasanya stok banyak. OK, nak salahkan pengusaha kenapa simpan stok banyak? Tidak boleh, sebab ini sistem Akad sudah kelaut Dalam sistem Akad sudah ke laut , pengusaha (pelanggan) tidak lagi boleh memesan berapa banyak kuantiti yang hendak dibeli. Semuanya ditentukan oleh syarikat minyak (penjual...

Nyahkan Golongan Pro Pembalakan daripada PAS

Isu balak bukan hanya isu PAS. Bila banjir, memang ada nampak melalui Google Map akaun sendiri, berdekatan Kuala Krai, dam berdekatan Temerloh, memang banyak hutang digondolkan. Kelantan... Sempadan Kelantan Pahang... Pahang, tidak jauh dari Temerloh: Belum zum habis menggunakan Google Earth, sudah nampak penggondolan berlaku. Agak pelik juga ada orang PAS yang defensif lebih-lebih, nak menafikan pembalakan bukan punca banjir. Yang Banjir berlumpur di Cameron Highland dulu itu bukan kerana penggondolan kah? Yang kita tolak adalah PEMBALAKAN berlebihan. bukan pembalakan hanya di Kelantan sahaja. Pahang , Sarawak dan lain-lain pun sama. Maksudnya, siapa makan cili, terasalah pedasnya. Hasil kajian Universiti Maryland dengan kerjasama Google, amat mendukacitakan. Dimana Malaysia mempunyai kadar kemusnahan hutan tertinggi diduna. Bukan bermaksud hutan Malaysia paling banyak ditebang, tetapi, berbanding dengan keluasan tanah yang ada, dan tempoh masa,...

Gen Y tidak kisah privasi?

Selalu saya perhatikan, sudah menjadi kebiasaan zaman ini, apabila seseorang itu ingin menjual sesuatu, atau nak beri sesuatu, mereka minta no telefon atau emel ditulis diruangan komen. Yang menghairankan ialah mereka terus kasi. Walaupun ianya berada didalam sesuatu group yang bersifat awam 'public'. Semua boleh nampak. Alamat emel saya, pun saya asingkan daripada diketahui umum. Jadi yang kenal sahaja atau yang berurusan sahaja yang tahu. Syarikat Facebook pun tak tahu. Oleh sebab dulu nak daftar facebook , memerlukan emel, maka saya buatkan satu emel khas untuk dilacurkan kepada facebook, iaitu dilacurkan@yahoo.com. Untuk urusan web lain, saya ada emel lain. Guna untuk daftar2 aplikasi-aplikasi web. Google memang tahu alamat emel saya yang sebenar sebab dia yang keluarkan. Apa yang menariknya tentang emel google saya ialah, sepanjang beberapa tahun saya menggunakannya, Langsung tiada spam. Memang Google tak spam. Sampai 1 ketika, media sosial baru wujud...