Langkau ke kandungan utama

Catatan

Emas tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan

Ni nak jawap soalan tertangguh... Boleh saya belajar tentang perniagaan dinar dan dirham dengan Tuan Hasbullah? Abg M kata kalau nak belajar lebih tentang pelaburan emas nie bagus belajar dengan Tuan Hasbullah. Bagaimana ye nak belajar tue?  Ada 2 soalan dalam 1 perenggan. Dinar dan dirham tidak sesuai diniagakan. Ianya hanya sesuai dijual untuk tujuan pengagihan (distribution). Perniagaan menjual dinar dan dirham adalah tidak menguntungkan. jual dinar, untung hanya diantara RM 7 hingga RM 20 sekeping Cuma untung lebih sikit kalau dinar diperolehi apabila pemilik dinar menjual semula dinar itu kepada anda, itupun jika anda berjaya jual pada harga runcit. Jika diterbalikkan dunia ini, adalah lebih untung jual barang seperti buku, kasut, beg tangan, atau perkhidmatan (kelas, gunting rambut, potong rumput) terima dinar. Kerana, anda menerima dinar itu pada paras spot. ambil contoh: Jika spot sekarang RM 173. Maka nilai spot bagi dinar 22K 4.25g adalah 173*0....

Kesan ISA terhadap halatuju negara

Sudah lama tak menulis. Semalam, saya diberi peluang untuk berucap tentang ISA, tetapi "blank". Sudah sedia maklum ISA itu zalim, menahan orang tanpa bicara, penuh dengan seksaan. Namun seksaan itu, kelihantan hanya memberi kesan pada individu yang ditangkap dan orang yang berdekatan dengannya. Itu yang ramai orang fikir. Kesan terhadap individu individu sahaja. Jadi, bila tidak kena batang hidung, maka ramai tak endah. Tapi, ISA bukan hanya memberi kesan pada individu sahaja. Kerana, apabila ia memberi kesan pada individu, mungkin individu itu boleh merubah negara, dan negara akan bantut pembangunannya. Bayangkan kalau Steve Jobs dikenakan ISA, mungkin sehingga sekarang masih belum lagi ada iPad. atau saingannya seperti galaxy tab pun mungkin tidak ada. Suatu ketika dulu, Engineer Kemerdekaan Tanah Melayu dikenakan ISA. Dr Burhanuddin Al Helmy. Atas tuduhan yang tidak masuk akal, akhirnya dia meninggal dunia akibat seksaan di dalam Tahanan, Memang...

Tak perlu tengok anak bulan untuk Tahun Baru China, sebab....

Tak perlu tengok anak bulan untuk Tahun Baru China, sebab.... Dalam Kalendar cina, Hari pertama sesuatu bulan adalah ketika hari berlakunya "new moon" Atau dalam istilah astronomi islam, dipanggil "ijtimak". Berbanding dengan Kalendar hijrah, hari pertama bulan hijrah adalah hari selepas anak bulan (hilal) kelihatan. Sekiranya "new moon" berlaku pada jam 3 petang 24 jan. Maka tahun baru cina adalah 24 januari. new moon boleh dikira dengan hisab. Samada nampak atau tidak nampak anak bulan pada lewat petang, 24 januari, tidak memberi kesan kepada Tahun baru Cina, kerana kaedah penentuan hari pertamanya adalah apabila berlaku new moon. Kalendar hijrah pula, walaupun menggunakan bulan yang sama. Kedah penentuannya adalah bergantung kepada ketakpakan anak bulan. Jika "new moon" berlaku pada 3 petang 24 jan, mustahil untuk anak bulan kelihatan, sebab usia bulan belum 8 jam. Sebab itulah, seringkali Hari Raya berdekatan dengan Tahun Baru Ci...

Tips Beli Dinar Iraq

Ramai yang bertanya tentang dinar iraq, Ianya kertas. Jika anda ingin membelinya, berikut adalah tipsnya. Sebelum membeli dinar iraq, anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan. 1. Mengetahui bahawa dinar iraq sekarang, adalah matawang yang memang berbeza dengan matawang dinar iraq sebelum kejatuhan Saddam, dan juga berbeza dengan dinar emas Zaman Uthmaniah. Walaupun nama sama, tetapi ia berbeza. contoh terdekat adalah "1 ringgit", dimana 1 ringgit zaman sekarang adalah berbeza dengan 1 ringgit zaman sebelum merdeka. Sebelum Merdeka, 1 ringgit adalah 20 gram perak berketulenan 900. contoh lain, "sekupang". sekupang di negeri utara hari ini adalah 10 sen, ianya berbeza dengan "sekupang emas" yang beratnya lebih kurang 2 gram. 2. Mengetahui Dinar Iraq sifatnya hanyalah fiat. Ianya dikeluarkan oleh bank negara yang dikawal oleh penjajah. Mereka boleh mencetak sesuka hati. 3. Mengetahui prestasi Bank Negara Iraq. Bank negara Iraq laman...

Emas ditempa berbanding Rantai

Keadaan panik berlaku, apabila Agro Bank tidak lagi menerima jongkong sebagai pajakan. Namun, bagi pemilik emas jongkong, yang menyimpannya, tidak apa yang perlu dipanikkan. Ramai pemilik jopngkong menukar emas kepada rantai. Ya, barang kemas juga emas yang menyimpan nilai juga. Tetapi ia boleh jadi dalam 2 keadaan. Terpakai Belum dipakai. Namun, peniaga biasanya membeli balik rantai pad harga terpakai. Selalunya bawah spot, dan bawah lagi sedikit. Berbanding jongkong atau syiling. masih ada yang beli balik pada bawah spot sedikit, atau paras spot, atau atas spot. Sebab keadaannya sama. Tidak wujud "terpakai" atau "tidak terpakai". Yang ada hanya terkitar (circulated) atau baru (uncirculated). Ramai pembeli tak kisahpun samada ianya terkitar atau tidak. Apabila berlakunya situasi panik akibat daripada ketidak terimaan jongkong oleh Agro, ramai yang menjual jongkong mereka. Ini menyebabkan peniaga juga turut menurunkan peremium mereka, akibat dar...

Memang Malaysia bekas Jajahan Inggeris, taat sampai tujuh keturunan

Memang Malaysia bekas jajahan Inggeris yang taat. William kahwin tengok ramai-ramai. Seolah-olah raja sendiri kahwin. Sibuk dengan kelab Liga Inggeris, Macamlah Manchester tu kampung sendiri. Buat filem Merong Mahawangsa, Rom cakap dengan China guna Bahasa Inggeris. Tamaddun Inggeris pun belum dibentuk, Inggeris masih lagi belum jumpa jalan laut ke Asia. Namun demi ketaatan kepada bekas penjajah, Rom boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris dalam filem Melayu. Akhir-akhir ini, saya terdengar golongan muda, menggunakan akronim "MC" untuk sesuatu tempat. Rupanya ia merujuk kepada "Melaka Sentral". Mengapa tidak MS? Sentral bukankah bermaksut "pusat" juga? Mengapa tidak "MS" ? Oh ya, kerana taatnya rakyat Malaysia, negara yang dibentuk daripada tanah jajahan Inggeris kepada Permaisuri Victoria, maka perlunya ditukar " S entral" kepada " C entral".

BNM Mahu apa?

pelik tengok bank/BNM Bila kita nak guna dinar dirham, mereka sibuk risau takut org tak guna duit dia. Tapi bila ramai org transaksi jual beli emas tinggi sehingga money incirculation meningkat, mereka sibuk nak kurangkan money in circulation. Apa cerita ini?

Tak Perlu Emel 1Malaysia

Tak perlu emel 1Malaysia. Yang perlu adalah National Authentication. Ala-ala Microsoft Passport, Google authetication, Boleh diintegrasikan dengan mana-mana emel. Authentikasi itu boleh digunakan di banyak aplikasi web. Reset Katalaluan, di pejabat pos.