Apa itu Seigniorage? Mungkin ramai yang tidak faham, atau belum faham. Walaupun Seigniorage bukan membawa maksud 'Cukai Inflasi' secara langsung, akan tetapi dalam konteks sistem kewangan masa kini, boleh diibaratkan sebagai satu bentuk cukai. Apabila Ali mendepositkan 100 gram emas di dalam bank, dan dia boleh menebus emasnya itu pada kuantiti emas yang sama, maka tidak berlaku seigniorage. Lupakan contoh di atas kerana di bank , anda hanya boleh mendepositkan kertas. Dalam sistem kewangan masa kini yang dikawal oleh bank negara, kita tidak boleh menebus setiap ringgit yang kita ada, dengan emas. Kenapa ya? Orang BNM lah yang boleh jawap. Kertas ringgit dalam kitaran dan kertas yang deposit bertambah dari masa ke semasa. Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion. Peningkatan 16 kali ganda. Mana datangnya duit itu? Nilai ke...