Langkau ke kandungan utama

Catatan

Earth Hour Merlimau 2010

Jangan lupa malam ini, 8:30 malam. Padamkan sumber tenaga 1 jam. Bumi untuk Semua Makhluk Bumi Geng Kita
Pelan Kesihatan Obama yang bernilai USD 938 bilion telah diluluskan. Menggunakan gimp, sila unjurkan graf dibawah.... Lebih kurang setahun yang lalu, kita lihat bahawa banyak syarikat insurans Amerika nak mampus, pusing punya pusing, merekalah yang beruntung sekarang ini. Memang bijak kepala otak Yahudi, Tak hairan Najib ambil mereka sebagai penasihat.

Palestinkini.info Memerlukan SEO Tambahan

Pada pendapat saya, Palestinkini.info masih mempunyai SEO yang rendah. Laman web yang agak sentiasa mempunyai maklumat yang segar itu memerlukan anda, yang mana mempunyai laman web atau blog atau apa saja, untuk membuat pautan  ke http://www.palestinkini.info Untuk makluman pembaca, kandungan laman itu adalah Bagi penagih RSS , boleh gunakan alamat suapan RSS http://palestinkini.info/?feed=rss2 Buat masa ini Ranking Alexa adalah 1.5 juta , mungkin boleh dipertingkatkan sekiranya anda semua dapat membantu hanya membuat pautan keüada laman web palestinkini.info

Adakah Australia Berkuasa Terhadap Malaysia?

Kejadian terdahulu membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Australia berkuasa terhadap Malaysia? Najib bersungguh-sungguh melayan permintaan Australia supaya Malaysia tidak dijadikan transit pendatang Afghanistan ke Austalia. Ianya berlaku apabila ada ' kunjungan hormat ' oleh Penasihat Keselamatan Australia. Bukahkah sempadan Australia itu kerja Australia. Apabila Ahli Parlimen Australia memutuskan untuk mengundi sesuatu perkara yang melibatkan hal dalam negara Malaysia, Pemuda UMNO menyambutnya dengan Demo seolah-olah Australia mempunyai kuasa terhadap hal ehwal negara Malaysia. Sekiranya sesuatu negara itu tidak mempunyai kuasa terhadap negara lain, tindaktanduk itu tidak boleh dikira sebagai "campur tangan". Namun UMNO beria-ria mengatakan ianya "campur tangan". Adakah ini semua ada kaitan dengan kehadiran Tentera Australia menjayakan hasrat menyelamatkan kepentingan Inggeris di Sarawak ketika pembentukan Malaysia dahulu?

Juruterbang Lufthansa mogok, Kaitannya dengan emas

Hari ini Juruterbang Lufthansa mogok, kerana mahukan kenaikan gaji lebih kurang 6%. Sekiranya matawang berasaskan komoditi digunakan, (seperti emas), adakah perlu mereka mogok untuk naik gaji? Adakah perlu kenaikan gaji? Dalam sistem kewangan berasaskan komoditi, perkerja tidak perlu dinaikkan gaji setiap tahun, kerana tiada inflasi yang perlu dikejar. Melainkan kalau berlaku kenaikan pangkat barulah perlu dinaikkan gaji. Mari kita lihat mogok yang berlaku.

Melayan "Selar" ciptaan Malaysiakini...

Sudah jadi satu kerja pula nak dijelaskan. Apabila apa yang dikatakan oleh Tuan Guru  Hadi Awang, ditulis sebagai Selar oleh Malaysiakini. Dalam kandungan berita, tiada langsung perkataan "selar", akan tetapi hanya tajuknya sahaja yang selar. Ini bukan pertama kali Malaysiakini memanipulasikan Tajuk berita supaya lain daripada kandungan, sehingga perlunya penjelasan. Baca penjelasan . "Kedua, beliau bukan 'selar', tetapi tidak setuju terhadap campurtangan asing dalam sebuah negara berdaulat atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa." Moral: Malaysiakini perlu dibaca sama kaedahnya dengan membaca Utusan, dimana tajuk tak boleh dipakai.

Seigniorage, Cukai inflasi yang anda perlu fahami

Apa itu Seigniorage? Mungkin ramai yang tidak faham, atau belum faham. Walaupun Seigniorage bukan membawa maksud 'Cukai Inflasi' secara langsung, akan tetapi dalam konteks sistem kewangan masa kini, boleh diibaratkan sebagai satu bentuk cukai. Apabila Ali mendepositkan 100 gram emas di dalam bank, dan dia boleh menebus emasnya itu pada kuantiti emas yang sama, maka tidak berlaku seigniorage. Lupakan contoh di atas kerana di bank , anda hanya boleh mendepositkan kertas. Dalam sistem kewangan masa kini yang dikawal oleh bank negara, kita tidak boleh menebus setiap ringgit yang kita ada, dengan emas. Kenapa ya? Orang BNM lah yang boleh jawap. Kertas ringgit dalam kitaran dan kertas yang deposit bertambah dari masa ke semasa. Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion. Peningkatan 16 kali ganda. Mana datangnya duit itu? Nilai ke...

Ejen Public Gold & Denarist jangan Bergaduh dengan Ustaz Zaharuddin

Ejen Public Gold & Denarist usah Bergaduh dengan Ustaz Zaharuddin berkenaan artikelnya http://www.zaharuddin.net/content/view/908/72/ Dalam artikel itu, kelihatan seolah-olah melarang menjual beli emas, kerana ianya tidak sepatutnya dijadikan komoditi. Ianya agak meragukan, kerana pada zaman sebelum khalifah Malik bin Marwan, Dinar dan Dirham tidak diikat nilaiiannya. Juga wujud kisah dimana perak naik harga berbanding emas. Penetapan nilai emas dengan perak, juga menjadi punca berakhirnya bimetalism di Amerika Syarikat. Baca Crime of 73 Bayangkan, apabila perak dijumpai, kerajaan berasa rugi? pelik punya manusia. Adakah pengikatan nilai emas dan perak adalah sesuatu yang betul? Mungkin Ya, bagi tempoh tertentu sahaja. Ia memang boleh berubah-rubah tetapi tidak lari jauh. Ia akan balik asal juga. Cartanya adalah lebih kurang harga minyak dunia dalam emas. pi mai pi mai tang tu. Ianya tidak seperti carta harga emas dalam dollar. Perkara yang mushkil samada diben...