Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pengumuman beras padu

Beras Padu ada masalah. Tapi saya tak dapat perbetulkan kerana saya 'berjauhan' sampai jumaat. Sila masuk ke penarikbeca.blogspot.com untuk mendapatkan kandungan yang lebih kurang sama.

Rindunya aku pada dia

Perkara yang Tertinggal Ketika "Pemuafakatan Melayu"

Kekanda Bakaq cukup main hentam lagi Konvensyen MMMM itu , akan tetapi melihat akan ulasan Redhuan Onn , rasanya tidak perlulah dihentamkan sangat konvensyen itu. I think you are too harsh towards your own Malays (well, what is new then with u anyway? haha!) You should understand that Malays easily feel threatened due to their socio-economic status compared to non-malays. You yourself cannot solve that status issue for the Malays. So why don't you let the MMMMM be and you focus on other positive activities? Biarlah orang melayu berfikir cara untuk mempertingkatkan orang melayu, Bangsa lain pun boleh berkonvensyen juga, agama lain pun boleh berkonvensyen juga. Peniaga pun boleh berkonvensyen juga. Nelayan juga patut berkonvensyen. Asalkan Konvensyen itu tidak menjadi medan membasuh minda supaya menyokong UMNO cukup lah. Kalau mereka tidak berkonvensyen, tidak keluar kenyataan Presiden PAS bahawa kekuatan Melayu itu pada Islam . Saya pula ada isi tambahan tentang Bahasa Melayu . 1 ...

Boikot Louis Vuitton?

Risau juga, kalau saya cerita tentang jenama beg tangan, bulu kakiku akan gugur. Entah bagaimana saya terjumpa catatan blog mengenai boikot Louis Vuitton . Sabtu lepas saya menonton Majalah 3 yang ada menceritakan tentang barangan Louis Vuitton yang tiruan. Sebelum ini saya tidak tahu pun sejauh manakah jenama itu popular. Tidak sangka pula ia begitu popular sehingga ada pihak yang mengklonkan beg tangan itu sehingga hampir sama dengan yang asli. Tak sangka pula beg sebegitu mencecah ribuan ringgit. Dan tak sangka pula yang klon pun ratusan ringgit. Biasanya orang sanggup berbelanja besar untuk sesuatu jenama kerana sukakan jenama tertentu. Akan tetapi jika sukakan jenama tertentu, kenapa beli yang klon? Kalau beli yang klon, maksudnya tidak berapa suka pada jenama tersebut. Kalau Ali suka jam Tag Heur, dia akan kumpul duit sehingga dia mampu beli. selagi dia tak mampu dia tak perlu beli yang klon. Kerana itu menunjukkan dia tak berapa suka Tag Heuer. Jadi belilah jam casio yang origin...

Mitos "Ekonomi" UMNO

Apabila UMNO bercakap tentang Melayu, asyik-asyik ekonomi . bla bla bla Ekonomi, bla bla bla Ekonomi bla bla bla Ekonomi. bla bla bla DEB bla bla bal Ekonomi Bla bla bla Ketuanan Melayu Bla bla bla DEB Bla bla bla Ekonomi Sejak Bila maruah bangsa diangkat apabila menjadi kaya? Kalau maruah diangkat apabila jadi kaya, sudah lama Umat Islam Arab diangkat maruahnya. Kalau kaya jadi pengukur, sudah lama dunia arab Islam dihormati. Akan tetapi perkara berlaku sebaliknya. Transkrip Ceramah Saudara Adly Zahari di Bukit Tembakau suatu ketika dahulu. Ya kita boleh tengok dia kaya raya Kaya raya ini bukan penilaian manusia Semata mata untuk hidup ini kita kena ingat, Ali Rustam ini kalau dia sebut dalam apa ucapan. Samada berucap depan pegawai kerajaan, depan rakyat termasuk dalam majlis tilawah peringkat kebangsaan. dia kata " Orang Melayu ini, musuh utama dia ialah kemiskinan sebab itu yang paling penting bagi orang melayu ini keluarkan dia dari kemiskinan supaya supaya dia ada maruah ...

Melihat Konvensyen Melayu Dari Sudut Islam dan Bahasa Melayu

Setelah kecundangnya UMNO di beberapa negeri, wujud kerisauan di kalangan orang melayu tentang masa depan melayu. Kalau tidak salah saya, cukup banyak perhimpunan yang membincangkan soal melayu. Seperti biasa bila bercakap tentang Melayu, ia biasanya dikaitkan dengan "Perpaduan Melayu" dan kemudiannya menjadi agenda UMNO. Saya tidak pasti sangat apa yang berlaku di Konvensyen "Melayu" di Johor Bahru. Akan tetapi sudah nampak bibit-bibit perubahan pemikiran bahawa Melayu sudah tidak boleh lagi bergantung kepada UMNO. Pemikiran begitu juga sudah meresap di kalangan orang UMNO sendiri. Kasihan pula UMNO, mungkin mereka yang menganjurkan konvensyen sedemikian, akan tetapi ianya menikam balik mereka. Bagi orang PAS, kebiasaannya, mereka akan lebih suka menyebut "ketuanan Islam" berbanding "ketuanan melayu". Bagi orang PAS, mereka lebih suka berbincang tentang Islam dengan UMNO berbanding isu "Melayu". Apa yang hendak dikonvensyenkan sangat, ...

Ulasan Menarik di youtube keluaran Hanief

Hanief yang popular dengan video keluarannya , selalunya ada bunyi "Ha... Correct corect correct." - Lingam "Polis kata jangan" - Pak Lah Kini ulasannya popular menjadi rebutan petak pertama. Pengunjung Beras Padu berpeluang untuk merebut petak pertama kerana ia akan tersiar di Beras Padu setiap kali ada video baru. Selain dari itu, anda juga boleh melanggan suapan RSSnya di alamat: http://www.youtube.com/rss/user/malaysianews/videos.rss Pengguna tegar Youtube, boleh melanggan malaysianews melalui youtube. Mari kita lihat, siapa yang menang pada video seterusnya. "Polis kata jangan..."

Pakatan Rakyat negeri Melaka Terpinggir dari Pakatan Rakyat Pusat?

Ini Cerita DAP Melaka, PAS Melaka, PKR Melaka Saudara Damien Yeo, telah menceritakan bagaimana 3 Y.B. DAP Melaka ditangkap ketika usaha mereka untuk mencegah budak sekolah dari ancaman besi . Lihat Gambar: YB林敬賢被扣上手銬帶返警局 Kalau dari gambar, memang nampak benda itu bahaya. Tahulah ianya milik kerajaan Negeri, kalau ya pun nak buat projek, mana dia pengadang supaya kanak-kanak tidak boleh masuk. Ini, apabila ada pihak cuba menyelesaikan, mereka pula yang ditangkap. Bagi saya, potong besi adalah bukan langkah terbaik, akan tetapi kalau guna papan untuk kepung besi itu, mungkin langkah yang lebih baik. Dunia Media Alternatif begitu sibuk dengan cerita Raja Petra ditangkap, begitu sedikit cerita YB Melaka ini disiarkan di media perdana alternatif. Cerita di Melaka dipinggirkan. Paling menyedihkan lagi, tiada apa-apa ulasan Uncle Lim di blognya tentang isu ini. Sudahlah Berita PAS Melaka terlalu sedikit di Harakah, Berita DAP Melaka pun tidak diketengahkan. Eh Berita PKR Melaka pun amat kura...

Kenyataan Dewan Pemuda PAS Perlis Perlu Difaks.

Saya menyambut baik langkah Pemuda PAS Perlis mengeluarkan kenyataan tentang jomheboh . Langkah ini perlu dicontohi Dewan Pemuda Negeri lain dan mungkin peringkat kawasan. Akan tetapi adalah dicadangkan supaya Kenyataan itu difakskan ke media-media lain juga. Oleh itu, dicadangkan setiap Dewan Pemuda mempunyai seseorang di Lajnah Penerangan yang tugasnya mengefakskan semua kenyataan Rasmi Dewan Pemuda ke semua nombor faks media yang ada. Terutama sekali BERNAMA dan Malaysiakini. Amatlah sedih melihatkan Berita di Malaysiakini edisi Bahasa Melayu hari ini , (3 mei) tiada satupun yang menceritakan tentang PAS.