Langkau ke kandungan utama

Catatan

Adakah Siti Nurhaliza mengundi menggunakan KP Tentera?

Saudari Erisar begitu cekap berkempen untuk Parti Tengkoraknya , dengan menunjukkan visual Kad Pengenalan Siti Nurhaliza tidak di daftar dengan SPR (mesti klik) . Namun begitu, Saudari Erisar mungkin terlupa akan kemungkinan Siti Nurhaliza akan mengundi menggunakan Kad Pengenalan Tentera, berdasarkan penglibatan Siti Nurhaliza dengan Tentera Rom .

Ruanglingkup pemikiran pengundi Kampung

Memang orang kampung zaman sekarang lebih moden dari zaman dahulu, akan tetapi, peningkatannya adalah begitu sedikit. Suatu ketika dahulu saya cuba mengDVDkan orang kampung, cuba berkempen pilihanraya dengan medium DVD. Sambutannya begitu negatif, ramai orang tak boleh buka DVD. Berbanding kaum Cina terus sahaja membuat Video Chua Soi Lek dalam format DVD, tanpa perlu merisaukan samada format itu boleh dibuka atau tidak. Itu persoalan Format, mana saya terpaksalah melupakan hasrat untuk berkempen pilihanraya dalam format DVD, tetapi terpaksa menggunakan VCD, nak guna SVCD pun rasa tak yakin. Format VCD adalah format yang paling mudah dibaca oleh banyak pemain. Bila kita lihat sejarah, VCD dan DVD dicipta dalam selang beberapa tahun sahaja, akan tetapi di Masyarakat kampung, ianya seolah-olah langit dan bumi. Maka sayapun turun padang berbekalkan VCD, akan tetapi itupun tak semua rumah boleh mainkan VCD. Maksudnya, dirumah itu, tiada pemain VCD ataupun komputer. Mana terbuktilah sasaran...

Harimau pula dilanggar Temasek

Kalau dahulu, kita Temasik dilanggar todak, maka datanglah Hang Nadim memberi idea untuk menggunakan batang pisang untuk mamatahkan serangan Todak. Kini, Harimau Malaya yang garang pula dilanggar temasik. Hang Khairy dan Hang Hishamudin yang sering bermain keris, tidak terfikir untuk menggunakan batang pisang untuk menahan serangan temasek. Bagi penyokong UMNO, kalau kita beritahu pemimpin mengamalkan rasuah, maka bagi mereka itu perkara biasa. Namun apabila rasuah untuk melibatkan penggadaian negara dan bangsa, mungkin baru tersentak. Kita telah lihat di Negara Thailand, Negara yang menjajah Fotani DarusSalam, menjatuhkan Taksin, kerana penglibatan Thaksin dalam "menjual negara" ke Singapura dengan menjual Saham yang melibatkan kepentingan negara kepada Temasek Holding. Kita telah lihat Thaksin telah dijatuhkan oleh rakyat sendiri akibat bersetongkol dengan Temasek Holding. Temasek Holding adalah alat pelaburan kerajaan Singapura. Umpama Khazanah Nasional bagi kerajaan Malay...

KDNK Negara RM 504 bilion (macam kempen BN)

Saya pasti ramai yang tidak faham KDNK, ramai yang melihat KDNK sebagai "pertumbuhan KDNK" yang 5%, 6% 9%. (tonton di sini http://www.youtube.com/watch?v=lreYak-jlpA ) Sebenarnya secara ringkas KDNK adalah wang yang kerajaan perolehi setiap tahun, kalau tahun lepas dapat 100 bilion, meningkat 6%, maka tahun ini dapat 106 bilion. Suatu ketika dulu, saya terbaca KDNK Malaysia adalah sekitar 380 bilion. selepas meningkat beberapa peratusan kecil, maka dia jadi banyak. Tahun lepas, bila baca belanjawan (bukan bajet), KDNK Malaysia adalah RM 4++ bilion, tak ingat pula berapa nilai yang dinyatakan. Akan tetapi Buletin Utama menyiarkan "kejayaan Malaysia" mempunyai KDNK 2008 sebanyak 504 bilion. Mengikut ruang lingkup pemikiran penyokong UMNO/BN , mereka akan mendabik dada mengatakan merekalah yang bijak mentadbir ekonomi. PAS boleh dapatkan RM 504 bilion? sebagai parti politik untuk mempunyai 504 bilion memanglah tak masuk akal. Akan tetapi kalau PAS memerintah, ianya ...

Jenaka Hari Isnin

``Sepanjang pengalaman saya, proses penamaan pagi ini amat baik dan paling lancar . '' kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Abd. Rahman Pada masa yang sama, Pencalonan seorang calon gantian PKR tidak diterima tiada duti setem , akan tetapi 5 calon BN di Marang diterima tanpa duti setem .

Ruang lingkup pemikiran rakyat mestilah setakat x

Seringkali wujudnya beberapa isu, yang agak memberi kesan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional, maka kebiasaannya akan ada "penjelasan" tentang sesuatu isu. Adakalanya penjelasan itu agak teknikal hingga sukar difahami rakyat. Saya ambil contoh "Isu Kenaikan Harga Barang" dan "Islam Hadhari" . "Islam Hadhari" Ketika Isl*m Hadhari mula diperkenalkan sebelum pilihanraya 2004, ramai orang yang mengatakan ianya seolah-olah agama baru. Maka pihak BN cuba mengadakan "Penjelasan" supaya rakyat faham apa itu Isl*m Hadhari, Saya masih ingat lagi suatu ketika, ramai ahli politik UM/BN yang mengatakan "Masih ramai lagi yang tidak memahami Islam Hadhari ", seolah-olah hukum untuk memahami Isl*m Hadhari adalah wajib. Maka mereka kata "Islam Hadhari" bukan agama baru walaupun mengikut hukum DM, ianya seolah-olah agama baru. Mereka kata ianya "pendekatan" dan bukan agama baru, maka kita iyakan dahulu sementara waktu....

Senarai Calon BN Melaka

Senarai Calon BN Melaka MELAKA, 20 Feb (Bernama) -- Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Melaka pada Pilihan Raya Umum 8 Mac ini: PARLIMEN P134 : Masjid Tanah: Datuk Wira Abu Seman Yusop P135 : Alor Gajah: Datuk Seri Fong Chan Onn P136 : Tangga Batu : Datuk Idris Haron P137 : Bukit Katil: Datuk Mat Sirat Abu (muka baru) P138 : Kota Melaka : Wong Nai Chee P139 : Jasin : Datuk Wira Ahmad Hamzah KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI: N1 Kuala Linggi : Ismail Othman (muka baru) N2 Tanjung Bidara : Datuk Ab Karim Sulaiman N3 Ayer Limau : Amiruddin Yusop (muka baru) N4 Lendu : Datuk Idderis Kassim N5 Taboh Naning : Latifah Omar (muka baru-wanita) N6 Rembia : Norpipah Abdul (muka baru-wanita) N7 Gadek : Datuk Ghafar Atan N8 Machap : Lai Meng Chong N9 Durian Tunggal : Datuk Ab Wahab Ab Latip N10 Asahan : R.Perumal (muka baru) N11 Sungai Udang : Datuk Yaakob Md Amin N12 Pantai Kundur : Datuk Rahaman Ab Karim N13 Paya Rum...

Operasi Bay of Pig berjaya?

Akhirnya Fidel Castro meletak jawatan, segala usaha Amerika sejak 1959 untuk menjatuhkan Castro akhirnya berjaya. Dia sendiri meletak jawatan. Pembunuhan Presiden Kennedy, juga dikaitkan dengan keengganannya untuk menyerang Cuba. Jika JFK bersikap seperti Bush 2 beranak, maka mungkin JFK tidak ditembak. Bush, Presiden Amerika dan Britain, secepat kilat ingin mengiklankan Ideologi Demokrasi untuk dieksport ke Cuba. Mungkin sebagai bahan tukaran kepada curut. Pengganti Presiden Bush, pasti akan pening kepala melihat, apabila Fidel Castro meletak jawatan, rupanya masih ada lagi 1 Castro. Dijangkakan pada 2028, Amerika akan mengistiharkan kemenangan menentang "Keganasan" apabila Osama bin Laden meletak jawatan AQaeda. Di Malaysia, Abdullah Hj Ahmad mungkin terlupa untuk mengeksport Isl*m Hadhari ke Cuba kerana sibuk melihat cermin sambil melihat gambar orang utan.