test

Jumaat, 17 Julai 2009

Pembuakan Tambang Teksi dan Bas

Tambang Teksi Naik?
Tambang Bas naik?

Rakyat susah?
Pemandu teksi gembira?
atau sebaliknya?

Itulah hakikat apabila menggunakan wang kertas yang nilainya susut setiap hari tanpa disedari.

Ada pemandu teksi mahukan ianya dinaikkan secara sedikit-demi sedikit supaya kesannya tidak dirasai. Namun ianya masih lagi meningkat.

Adalah tidak adil kalau tambang teksi tidak dinaikkan. Pendapatan pemandu teksi akan merosot akibat daripada penurunan nilai wang kertas.

Namun sikap 'tak mahu naik' oleh sesetengah orang membuatkan tambang tidak naik sejajar dengan menurunan nilai wang kertas, akan tetapi membuak beberapa tahun sekali.

Penumpang teksi garu kepala.

Hakikatnya, penurunan nilai wang kertas adalah tidak berlaku pada kadar yang sama setiap tahun.
Kadar penciptaan wang kertas baru juga tidak sama setiap tahun.

Banyak pihak gemar untuk mengekalkan harga semua benda walhal nilai wang kertas itu pula merosot,

Akan berlaku pembuakan harga, apabila sesuatu harga terlalu dikawal supaya 'kekal'.

Sekiranya sektor pengangkutan tidak mahu menggunakan wang komoditi sebagai tambang, tidak mustahil kalau penilaian wang komoditi digunakan sebagai penanda bagi tambang.

Maka tambang teksi dan bas boleh dikekalkan pada satu penanda aras wang komoditi.

2 comments:

  1. Barang atau perkhidmatan harganya makin meningkat disebabkan wang kertas yang banyak dan semakin banyak dalam pasaran..

    Apakah disebabkan Statutory Reserve Requirement yang ditetapkan oleh Bank Negara yang terlalu rendah??

    BalasPadam
  2. melalui ruangan ini saya ingin mengambil kesempatan menceritakan pengalaman saya di sebuah perpustakaan awam di Pulau Odense, Denmark. Di mana saya bejumpa seorang pensyarah universiti di Denmark pada tahun 1996 ketika itu hangat dengan putrajaya dan siberjaya. Rasa terkedu dari pandangan kaca mata orang luar. Apa yang di beritahu amatlah luar dugaan dan memang benar pada pendapat saya. saya berbual rancak dan begitu bangga dengan apa yang kerajaan buat pada masa itu dapat liputan meluas. tetapi bila mendengar pandangan beliau,perasaan saya mulai bertukar dan ada sesuatu yang tidak kena. menurut beliau Malaysialah negara yang terkaya di dunia lebih kaya dari U.S, Arad Saudia, berunai dan mana-mana dunia. dan beliau memnta membawa satu contoh negara yang sama seperti malaysia. tiada!! kalau hampir pun Indonesia. anda percaya? tentu tidak. tapi itulah kenyataan. Negara mana lagi yang mempunyai segala hasil masyul yang begitu banyak seperti malaysia . timah, emas, minyak, gas,boksiat, besi malah arang batu pun ada. kayu-kayan dan hasil hutan, tanah subur hingga menghasilan komoditi seperti getah, kelapa sawit, padi buah-buahan, malah boleh tanam strawberry, dikelilingi laut kaya dengan ikan malah terletak ditengah-tengah benua laluan kapal dagang bekalan air yang mengcukupi untuk apa saja pengairan, elektrik. dengan apa yang ada sebenarnya kita patut sudah lama menjadi negara maju dan negara pengeluar kerana bahan mentah telah tersedia ada.
    tetapi malangnya apa yang berlaku kerajaan kita tidak mentadbirkan dengan baik dan jujur. beliau membandingkan dengan apa Denmark ada hanyalah air dan batu. tanah yang kurang subur lokasi terletak jauh ke utara tetapi mereka menghakmilikan hasil kepada rakyat dan jujur mentadbiran mereka menjadikan air dan batu kepada sebuah negara maju dan mampu untuk menangani kemiskinan malah menjadi negara kebajikan. Kemajuan malaysia tidak balance dan tidak terancang. bukan untuk semua tapi untuk mereka yang terpilih. sepatutnya Malaysia tidak lagi ada rakyat yang tidak menikmat kemajuan seperti di sabah, kelantan, terengganu, kedah kesemuanya penduduk pribumi yang terus dipinggirkan. apakah alasannya... Malaysia mampu bina mega projek berbillion tapi kebajikan rakyat yang tak seberapa itu tidak dapat dilakukan. maka fikirkanlah

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit