test

Jumaat, 29 Ogos 2014

Tolong! Aku belum Merdeka dari 'Remote Control Amp'

Selamat bersedia untuk 'Merdeka', hidup kita semakin hari semakin kurang merdeka.
Ada sahaja candu yang membuatkan kita bergantung pada itu dan ini.

Merdeka sering ditafsirkan dengan 'sudah senang', walhal merdeka adalah bebas daripada pergantungan, walaupun terpaksa hidup susah.

Ini alat kawalan jauh saya untuk amp.



Biasanya amp mempunyai knob (apa istilah BM nya? )
Knob mengawal kekuatan bunyi.

Kebiasaannya, pelanggan astro mengawal bunyi dengan alat kawalan jauh astro.
Namun, disebabkan saya memilih untuk menggunakan isyarat audio yang keluar adalah digital maka sudah tidak boleh mengawal kekuatan bunyi menggunakan pendekod Astro.

Pelik juga, kenapa dia tak buat isyarat digital yang boleh di naikturun.

Peranti lain pun ada juga yang boleh keluarkan isyarat digital, tapi boleh pula turun naik volum.

Dijadikan cerita, knob amp memang susah lama rosak.

Jadi satu-satunya cara untuk menaikturunkan kekuatan bunyi adalah menggunakan alat kawalan jauh ini.

Kalau ianya tersorok maka 'menjajau' mencarinya.

Yang rizab pula tiada.

Biasanya, alat kawalan jauh ini yang manjadi sandaran kepada yang lain, sebab dia boleh menghantar isyarat menyerupai isyarat lain.

Tapi yang lain untuk tiru dia belum ada.

Jadi apa saya perlu buat untuk merdeka?

Cari remote yamaha di pasar malam sebagai rizab?
Cari alatkawalanjauh boleh diprogram?
Guna USB IRDA untuk kawal daripada komputer? (kerja banyak kalau guna cara ini)
Atau cara lain?












0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit