test

Isnin, 24 September 2007

Anak ku Umar Hasbullah

Saya memang jarang tulis pasal anak di blog melainkan aktiviti merepek yang dilakukan bersama.

Bagi saya Umar memang agak istimewa, kerana tahu guna komputer awal sangat, walaupun ibubapanya tidaklah menekankan sangat dia supaya belajar komputer. Ianya seoleh-olah kebetulan, ada saja perisian yang sesuai umurnya. Ada kalanya komputer bukanlah senang untuk diajar, ramai diantara pengguna komputer yang jarang heret (drag) tetikus, kebanyakkannya 'point and click'.

Kanak-kanak pada awalnya, tidak tahu menggunakan komputer, apa lagi kalau belum tahu membaca. Pada peringkat awal, kemahirannya dikesan apabila dia boleh menggerakkan tetikus dari satu tempat ke satu tempat. Saya sudah tak ingat waktu tahun bila, pada kemudian dia belajar klik tunggal (single click).

Antara perisian awal yang dia main kalau satu permainan flash zidane.swf . Ketika itu Zidane menanduk materazi sehingga dibuang padang pada akhir piala dunia 2006. Maka dia menggerakkan Zidane untuk menanduk Materazi sehingga mati, bila dah cukup bilangan materazi mati, maka Zidane keluar padang. Selepas itu kena ulangmuat (reload) flash itu untuk mainkan semula. Maka terpaksalah ajar dia butang ulangmuat.

Pada masa yang sama ketika itu dia suka main Gcompris dan Childplay . Namun ada banyak permainan dalam kedua-dua perisian itu yang gak susah untuk dimainkan terutama sekali yang melibatkan kekunci panah. Namun berkat kesungguhan dia, berbulan juga untuk dia boleh gerakkan pacman itu menggunakan kekunci panah. Pada masa yang sama juga, Aplikasi Web flash yang dia suka main adalah Bob The Builder dan Thomas. Kebetulan juga itulah cerita yang dia suka pada Astro. Dalam kedua-dua laman web itu, dia boleh navigasi sendiri dan mainkan permainan yang dia suka , agak susah juga untuk memainkan permainan yang melibatkan heretan tetikus. Selain Permainan, aplikasi yang dia guna ialah TuxPaint, diterjemah ke BM oleh Pakcik mnajem.

Ada satu malam, saya tak pasti dia minta saya ajarkan cara main satu permainan yang saya pun sudah lupa, untuk tembak, kena tekan CTRL, namun pada Mac, tembak guna Kekunci Windows (disebelah Ctrl). Kemudian dia cuba untuk mainkan permainan yang sama pada Notebook Toshiba, saya lihat dari jauh, kenapa kedudukan tangan dia agak pelik, bersilang-silang. Rupanya, dia nak tembak guna kekunci windows pada notebook itu.

Hehe
Walaupun salah, namun bagi dia tak salah kerana itu adalah logo yang sama bagi kedua-dua jenis papan kekunci.

Masa berlalu, maka dia pun banayk guna komputer, banyak permainnan flahs yang dia main, biasanya ia dikaitkan dengan kartun semasa, seperti Spiderman, Transformer, Rataouile, dan banyak lagi.

Akan tetapi kegilaannya sekarang ini ialah youtube. Bermula dari profil saya di youtube, dia akan pergi ke apa yang berkaitan dengan tag video yang telah dimuatnaikkan itu.

Adakalanya dia cuba mengklonkan video ini
dengan yang ini


Video ini diambil olehnya tanpa bantuan Abah atau Mak.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit