test

Rabu, 12 September 2007

Rizab Emas Bank Negara

Pernah suatu ketika dahulu, saya terbaca bahawa rizab emas Bank Negara berkurang secara drastik ketika menyelamatkan ekonomi negara pada krisis 1998 dahulu. Apa bila saya cuba mencari kembali URL itu, saya tidak jumpa berbezaan jumlah Rizab Emas Bank Negara sekarang berbanding sebelum krisis.

Maklumat laporan Bank Negara hanya menunjukkan jumlah gabungan rizab emas dan Matawang asing. Ia bertambah dari tahun ke tahun. Tahniah Bank Negara.

Jadi, jika berlakunya krisis ekonomi dunia yang seterusnya, Adakah kita cukup rizab emas?

Maka saya cari kembali, berapa rizab Emas Bank Negara Malaysia, maka saya jumpa di gold.org.


Rizab Emas Bank negara kekal pada 36.4 tan dari tahun 2000 hingga kini.
Namun Nilainya bertambah dari, USD 332 billion kepada USD 734 billion (2006), akibat dari kenaikan emas dan penurunan USD.

Jadi kita dapat USD 412 bilion percuma.

OK kita banding dengan negara jiran Thailand.
Tahun 2000, mereka adaRizab emas 72.7 tan bernilai USD 634 tapi Disember 2006 mereka ada 84 tan, (kenaikan hampir 12 tan) dan bernilai USD 1786 Bilion.

Jadi, kenaikan rizab emas dari segi nilai adalah USD 1152 bilion. mereka hanya menambah 12 tan rizab emas dalam 6 tahun.



Jadi saya cadangkan, setiap tahun Bank Negara menyimpan setahun 1 atau 2 tan dari KDNK negara untuk menangani Krisis Ekonomi akan datang. Mungkin ia terlewat kerana harga emas telah mahal dan krisis makin hampir?

Kurangkan kebergantungan pada rizab dalam bentuk USD, kerana kita 'dicukai' oleh mereka dalam bentuk Inflasi USD, senang-senang mereka meng'inflate'kan matawang mereka dan kesannya dirasai oleh pemegang rizab matawang mereka.

Nota: Maklumat rizab Emas negara-negara saya perolehi dari http://www.gold.org/value/reserve_asset/gold_as/index.html

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit