test

Khamis, 7 Januari 2010

Bila masa pula PAS menyokong keputusan mahkamah membenarkan kalimah Allah dalam Herald?

Sudah baca Kenyataan Media PAS berkenaan Kalimah Allah?
Ada tulis "sokong" keputusan Mahkamah?

Suka suka sahaja media menambah cerita.

Baca balik kenyataan itu.
PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud:



Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.


Janganlah media pandai pandai menambah perkataan "sokong" seperti mana yang pernah dilakukan oleh TV Selangor , MSTAR dan juga beberapa media lain. Menambah perisa pada cerita pula.

PAS mengatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan islam sebagaimana yang dikatakan dalam Al Quran, namun penggunaannya mestilah BETUL.

Tak boleh kata "Kalimah Allah hanya untuk umat Islam" kerana ia tidak betul.

Anda mahu sertai puak yang masa satu, suka hati kamulah.


  • A. Puak kalimah Allah mesti digunakan dengan betul oleh semua orang, & Jangan keruhkan suasana
atau
  • B. Puak kalimah Allah milik umat Islam, demo sana demo sini.
atau
  • C. Puak menerangan implikasi buruk akibat penggunaan "Allah" oleh Herald.
atau
  • D. Puak kufur, menyokong Herald menggunakan kalimah Allah walaupun salah maksud.




Ramai orang menyempitkan pemikirannya seolah-olah di Malaysia terbahagi kepada 2 kelompok sahaja.

Yang menyokong keputusan mahkamah yang menentang keputusan mahkamah.

Berdasarkan 4 pecahan puak di atas, anda dalam kumpulan mana?

Perkara yang penting ialah penggunaan dengan maksud yang betul tak kira oleh orang islam ataupun bukan islam.

Maka, apa yang Datuk Haron Din kata itu tidaklah bercanggah dengan Nik Aziz, Ustaz Zaharuddin, MAZA, Nasrudin Hassan dan lain-lain.

Kebanyakkan Ulama dan ustaz-ustaz, menceritakan tentang penggunaan kalimah Allah yang betul sebagai sesuatu yang penting, akan tetapi tidak pula dijadikan tajuk berita.

Yang media tahu ialah sokong atau tak sokong keputusan mahkamah. Siapa yang kata bukan islam boleh menggunakan kalimah Allah, dianggap sokong oleh media itu.

Maka CELAKA lah media yang mengatakan Nik Aziz, PAS menyokong keputusan Mahkamah.

Dan CELAKA lah media yang melaga-lagakan para ustaz yang ada, kononnya ada yang sokong, ada yang tak sokong.

7 comments:

  1. apalah sebol ni, benda yang dah jelas pun tak faham.

    perkra pokok ialah pendirian pas itu boleh menimbulkan "implikasi".

    jadi persoalan kita apakah implikasi dari "PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi."

    tentulah di dalam cakap pindah, ia boleh ditafsirkan dan melahirkan persepsi samada menyokong atau tidak kepada keputusan mahkamah kerana pada masa itu masyarakat tertanya-tanya apakah pendirian pas terhadap keputusan mahkamah itu.

    persoalan "supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat." adalah persoalan teknikal terhadap perlaksanaan (execution) prinsip asasi berkenaan. jika ia boleh menimbulkan hal yang negatif, maka tanggungjawab pihak berkuasa untuk pastikan ada peraturan penggunaannya.

    kenapa pulak sampai nak kufur dan nak celakakan orang? tidakkah takut ianya berbalik kpd anda semula?






    persoalan

    BalasPadam
  2. Statment yang dikeluarkan oleh PAS tak cukup kuat untuk mengatakan ia menolak penggunaan nama ALLAH. Sepatutnya PAS di akhir perenggan menambah bahawa PAS dengan ini mengatakan permohonanan yang dilakukan oleh pihak kristian di malaysian di TOLAK. baru orang tak boleh menafsirkan berbagai , jangan salahkan orang lain salahkan diri sendiri kerana mengeluarkan kenyataan lemah.

    BalasPadam
  3. pas x cakap sokong atau x bantah..mean PAS pun confius n nk play safe sebab nak jaga survival politik..toksah la nk cakap pasal umno..kalau pas betul islam pas seharusnya mendahului umno dalam isu ni..(sb kn tok guru ckp umno tu islam plastik)

    BalasPadam
  4. aku still rasa kt M'sia ni Allah ni utk orang islam. Pas ni pun selalu bagi stamement yang boleh dimanipulasi oleh pihak media

    kt indonesia Allah berleluasa pakai oleh agama kristian.

    BalasPadam
  5. BERITA LAGI BAIK UNTUK SEMUA:


    Setiausaha agung PKR letak jawatan

    Setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim telah meletak jawatan hari ini selepas berbulan-bulan tersebar spekulasi mengenainya.

    Dah nak semakin hanyut parti PKR ni...mintak simpang tak berjangkit ke PAS.

    Jawatan S/U AGUNG...besar ni jawatan tu

    BERITA LAGI SENSASI:

    Ketua UMUM PKR DS Anwar Ibrahim dah mengaku dalam Facebook yang dia adalah THE FUTURE PRIME MINISTER OF MALAYSIA (dalam Penerbitan Herald disebut BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA)...

    Hebat sungguh PKR, mengalahkan PAS.

    BalasPadam
  6. Puak yang mana kita agaknya ya? Sebagai Islam kita kena percaya bahawa Allah itu tuhan SEKALIAN ALAM dan SEKALIAN MAKHLUK! Tapi dalam konteks ini, sekiranya mereka merujuk Nabi Isa (Jesus) sebagai Allah, aku rasa itu tidak betul! Tapi sekiranya paderi Kristian ini merujuk Allah sebagai tuhan yang satu (Bukan Tuhan Trinity), tuhan kepada semua 'tuhan-tuhan' mereka, aku rasa itu boleh, sebab Kristian itu agamanya samawi.

    AS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi sebagaimana dalam firmanNYA yang dituju kepada semua AHLI KITAB (Nasrani/Yahudi).

    Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Allah.
    Surah al-Imran ayat 64

    Jika dibaca kepada kenyataan PAS di atas, aku rasa, PAS mengakui bahawa perkataan ALLAH boleh dituturkan oleh agama Kristian/Yahudi oleh ahli-ahli kitabnya berdasarkan ajaran Islam; Tapi dalam masa yang sama, dalam konteks herold ini, mungkin KALIMAH ALLAH telah disalahgunakan. Tapi bagi aku, jika betul disalahguna, perlu ada bukti ia disalahguna pula. Mana boleh kita terus hentam keromo, kerana menganggap Islam dan kalimah ALLAH itu hanya milik kita!

    Adakah kita masih menganggap Islam adalah milik Melayu? atau Melayu itu Islam? Bagi aku, kat Malaysia ni, Melayu mungkin adalah Islam, tapi Islam itu adalah 100% bukan milik Melayu sahaja. Jadi jatuh dalam puak mana agaknya aku ni ya, En. Sebol? :)

    BalasPadam
  7. jangan salahkan orang lain.. kuar statement bau undi.. memang gini la jadinya...

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit