Penolakan terhadap kapitalisme bukan bermaksud anti perniagaan.
Islam berkembang melalui perniagaan.
Kebobrokan Kapitalisme hanya wujud bila wang kertas digunakan.
Ini dipanggil ketidakadilan ekonomi.
ulangsuara
ketidakadilan ekonomi.
Kapitalisme jahat menjadikan ladang di Tanah melayu sebelum merdeka milik British.
Sehingga selepas merdeka pun 70% ladang adalah milik syarikat kapitalis British.
Kalau keadilan ekonomi berlaku ketika sebelum merdeka, orang Melayu, Sultan Melayu pasti kaya-raya kerana menerima emas hasil dari penjualan tanah.
Akan tetapi perkara itu tidak berlaku.
Ketidakadilan ekonomi menyebabkan negara yang mempunyai kertas yang lebih mahal, membeli ekuiti di negara kertas murah.
Mahu cerita liberisasi ekonomi?
Komoditikan wang dahulu.
ada benarnya pendapat cik sebol..sistem wang fiat adalah penipuan mega dlm sejarah manusia..
BalasPadamApa langkah pertama kearah mengkomoditikan wang??minta pandangan cik sebol..!!
Liberelasi ekonomi memang banyak kelemahannya, pertama syarikat asing hanya mahu masuk ke dalam Malaysia atas faktor keuntungan.Jadi dalam tempoh jangka masa terdekat,mungkin ramai pelabur luar akan masuk berduyun-duyun mengaut keuntungan,dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.Namun apabila keuntungan mereka tergugat apabila iklim ekonomi Malaysia tidak baik,mereka akan keluar tanpa berfikir panjang,menyebabkan ekonomi boleh gawat serta mata.
BalasPadamKedua,berdasarkan pengalam saya sebagai treasury trader dalam sebuah Investment bank di Malaysia,saya boleh kira dengan jari berapa ramai graduan melayu yang berada dalam bidang ini.Dan tak banyak kompeni di luar sana yang ingin mengambil anak2 melayu belajar untuk menguasai bidang ini.Apatah lagi dengan liberelasi terbaru ini,saya yakin akhirnya yang akan untung adalah orang bukan melayu.Memang tak dinafikan,banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan,tetapi fakta dengan jelas menunjukkan,peluang pekerjaan yang banyak diwujudkan kepada anak2 melayu adalah seperti agent kewangan,consultant,perunding kewangan,Eksekutif kewangan,pengurus kewangan namakanlah saja,semuanya hanyalah bidang jualan macam direct selling untuk menarik pelanggan,tetapi bidang2 penting dalam bahagian yang menjadi tunjang kepada bank diberi kepada kaum bukan melayu.Mintak sangatlah kerajaan pikir masak2 pasal benda ni dulu sebab kalau sekarang inipun ekonomi orang melayu terkotak-katik,apatah lagi selepas liberelasi.
Pasal komoditi wang ni,bermaksud setiap negara mencetak duit dengan di backupkan oleh sesuatu seperti emas.Sekiranya bank negara nak cetak banyak duit,die kene ada emas yang sama nilai sebagai reserve.Tetapi idea ini bukan untuk sistem wang dalam negara sekarang pun ringgit hanya laku dipakai dalam Malaysia.Tujuan mengkomoditikan wang adalah supaya memudahkan penentuan nilai sebuah matawang milik sesebuah negara berbanding dengan negara lain dengan adil dan juga untuk memudahkan proses import dan eksport berlainan negara tanpa perlu bergantung dengan penggunaan USD.Jadi tak guna kalau Malaysia sorang yang membabi buta ingin mengkomoditikan wang tetapi negara lain taknak.Banyak pengkritik diluar sana bernaggapan balik kepada emas sudah tidak relevan,kerana kuantiti emas dalam dunia inipun dikhuatiri tidak dapat menampung permintaan untuk masa akan datang.