test

Sabtu, 21 Mac 2009

Mainan Baru , Sistem Pengucapan Awam Behringer B212A

Saya telah menempah satu pembesar suara aktif (mempunyai amplifier) Jenama Behringer B212A.

Minggu depan mungkin dapat.

Saiznya agak kecil, walaupun ianya sekelas dengan pembesar suara Tong Konsert Metalicca, Tingginya 22 inci, tidak sampai 2 kaki. Beratnya hanya 14.9 Kg.

Perbandingan Saiz dengan abangnya B215A (yg 15inci wufer)




Membuatkan ianya begitu mudahalih.

Ianya amat ringkas, sambung bekalan kuasa, sambung mikrofon, voila.

Dengan saiz yang kecil itu, tidak perlu ada kenderaan besar untuk mengangkutnya.
Behringer B212A itu boleh ikut naik kereta Ustaz Kamarudin Sidek (yg diserang UMNO), kalau dia ada ceramah di 2 tempat dalam satu malam. Memang mudahalih.

Kuasanya?
Dalam katalog tulis 200W, tetapi dalam Web kebanyakkannya mengatakan 400W.
Kalau 200W , ianya cukup untuk 1 padang bola.

Kebiasaannya Jurutera Bunyi membeli sepasang B212A untuk tujuan muzik, akan tetapi saya hanya beli 1. Tidak lagi kedengaran mana-mana penceramah PAS berceramah dalam stereo.

7 comments:

  1. dulu saya ada sebijik yang saiz kecik 10 watt.. jenama ibanez.. masa muda2 suka petik2 gitar.. skg ni gitar dah tersadai jarang2 skali cari ilham petik jugak..

    BalasPadam
  2. subwoofer ni ok ke kalau pasang utk home theatre? berapa harga yg awak beli?

    BalasPadam
  3. Behringer adalah jenama popular dan tahan lasak cuma harganya mahal sikit berbanding jenama terkenal yang lain. Behringer terkenal dengan PA sistem, boleh dikatakan memmonopoli bidang PA sistem didunia. 200Watt RMS ni besar boleh pakai kat stadium. Kalau 200W PMPO tak besar manamacam 5W RMS sahaja.

    BalasPadam
  4. Paloi bin Mulau:

    Behringer B212A adalah bukan subwoofer dan ianya tak mampu keluarkan frekuensi rendah.
    Kerana itu ada versi 15"

    Ianya juga dibuat daripada mengandungi kon keras, tak sesuai untuk mendengar bunyi berkualiti. Tidak ada getah disekeliling wufer.

    Kalau nak sub woofer juga, cari di sini

    Saya sendiri tak mempunyai subwoofer, kerana tidak merasakan ianya perlu, disebabkan pembesar suara utama (B&W 602 atau Celestion 5), sudah boleh mengeluarkan frekuensi bunyi yang dikira cukup rendah.

    Bagi saya, yang penting frekuensi rendah itu boleh didengari, tidak semestinya frekuensi rendah itu perlu kuat.

    Dalam dunia nyata, sekiranya berlaku letupan atau perlanggaran kereta, mana ada bunyi frekuensi rendah itu dikuatkan.

    Saya pun tak faham kenapa raami orang nak sangat subwoofer. Adakah ianya 'trend' masakini?

    BalasPadam
  5. Sub woofer perlu bagi muzik dan movie, PA sistem ceramah tak perlu sebab frequency audio/suara manusia sekitar 85Hz hingga 2.5kHz yang boleh dikeluarkan oleh speaker biasa, sementara woofer mengeluarkan bunyi sekitar 3Hz hingga 300Hz. Pendekkan cerita kalau dalam ceramah tu ada muzik-muzik sikit, nasyid ke, kena ada woofer baru kow

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit