test

Jumaat, 11 April 2008

Cerita Babi Belum Habis lagi, Jangan "case closed"

Jangan tutup kes lagi .


Sudah berhari-hari negara kecoh akibat sifat binatang bernama babi yang tidak pandai menjaga kebersihan dirinya.

Berbanding kucing, kucing boleh menimbus najisnya, dan menjilat bulunya untuk membersihkan diri.

Tidak dinafikan Hak bukan islam untuk memakan babi.
Tidak dinafikan Hak umat Islam supaya boleh tinggal tanpa pencemaran.

Jadi adakah langkah kerajaan negeri Selangor lama dan baru untuk mempertimbangkan (Kerajaan lama kata belum lulus, Teresas Kok kata sudah lulus, Khalid kata wajar diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian) pembinaan Kandang Babi moden itu wajar?

Adalah lebih mudah kalau kesemua yang melibatkan babi tidak melibatkan orang Islam, maksudnya, tidak melibatkan kerajaan terdiri dari orang islam dan bukan islam.

Apa kata, kalau persatuan penternak babi, mencari pelabur tempatan, membina kandang babi moden di negara lain seperti Vietnam.

Dalam erti kata lain, Pelabur Babi Malaysia, akan mempunyai ladang babi moden di Vietnam.

Pengusaha ladang babi di Malaysia, tutup ladang, clear stock, kemudian beli saham syarikat itu.

Semua orang tak pening.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit