Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Cerita Rambutan yang Perlu dikongsi

Beberapa hari lepas saya buat posting di facebook sebegini Buah mangga masak sampai tak sempat nak kutip.Kintan Man sungguh2 nak agihkan mangga.Buah Rambutan masak sampai tak... Posted by Hasbullah Bin Pit on  Tuesday, July 21, 2015 Buah mangga masak sampai tak sempat nak kutip. Kintan Man sungguh2 nak agihkan mangga. Buah Rambutan masak sampai tak sempat nak ambil. Banyak lagi buah yang masak tak sempat nak nak ambil. Tapi orang merungut "ekonomi jatuh" Sedangkan yang melimpah ruah itu, gagal dimanfaatkan untuk jual, atau beri orang atau bintang. Memang niat saya untuk panjat dan habiskan Rambutan di permatang serai untuk agihkan pada orang. Namun entah bagaimana keadaan tak mengizinkan. Jadi suatu petang saya mengayuh basikal, dan lalu ke Sempang, kebetulan, sedang berlaku aktiviti mengnurunkan buah rambutan. Saya disaran untuk bawa balik 1 plastik besar rambutan itu. Jenuh juga kayuh basikal dari sempang kembali ke Merlimau sambil pega...

Kepelikan PAS dalam Menangani Isu Tulisan Jawi Teresa Kok.

Saya masih ingat lagi suatu ketika dulu Teresa Kok mempersoalkan Tulisan Jawi pada papan tanda nama jalan. We want muhibbah road signs (14 Feb)  (mesti klik baru faham cerita) Ianya diterbitkan pada 14 februari 2008. Isu belum selesai. Namun, setelah parti pembangkang (PAS, PKR DAP) memperoleh kemenangan pada pilihanraya 2008. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada april TANPA menyelesaikan isu tulisan Jawi Teresa Kok. Saya menulis kembali perkara ini pada Semtember 2008. Isu Fobia Jawi : Saya Bukan Nak Berperang dengan Teresa Kok  (mesti klik baru faham cerita) Namun, tidak mendapat sebarang respond. Yang selalu memainkan isu ini adalah dikalangan penyokong UMNO, tetapi tidak berlaku padapimpinan UMNO. Dan ianya tenggelam. Selama ini, perkara ini disengajakan tutup oleh PAS atau Pakatan Rakyat atau apa sebenarnya? Maklumlah, ketika inginkan kemenangan, perkara elok DAP sahaja dicanangkan. Namun setelah bercerai. Maka isu ini kembali timbul di Media Facebo...

Saya Kekal dengan PAS

Berlakunya gelombang Gerakan Harapan Baru, akibat daripada krisis dalaman PAS, yang berpunca daripada spin media-media jahat. Atau faktor faktor lain. Namun, saya putuskan untuk kekal dalam PAS. Saya kekal sokong PAS. Namun saya bukanlah penyokong kumpulan-kumpulan tertentu dalam PAS. Saya menyokong PAS sebagai wadah perjuangan secara umum.   Walaupun saya akui PAS tidaklah seterbuka dahulu. Namun saya yakin, 4,5 tahun lagi, Akan ada suara-suara yang mahukan PAS lebih terbuka, maka PAS akan terbuka jua. Sememangnya PAS tidaklah 100% selari dengan apa yang saya mahukan. Saya berfahaman Pasaran Bebas, Anti kawalan Harga, Tetapi PAS tidak sebegitu. Walaubagaimana pun Harapan Baru, pun tidak ada bunga-bunga kearah penolakan kawalan harga. Jadi buat apa saya pindah ke wadah yang juga tidak memenuhi keperluan saya. Saya juga, tidak percaya 100% pada demokrasi. PAS duduk di bawah demokrasi, strukturnya ikut sempadan politik pilahanraya. Manakala 'Harapan Baru', terla...

Tips untuk tabayyun berita.

Tips untuk tabayyun berita. Sekiranya anda ternampak orang share artikel Malaysiakini, atau tmi. Maka janganlah percaya tajuk itu bulat-bulat. Ianya mungkin sensasi, atau menyentuh perasaan anda, untuk cepat-cepat percaya tajuk. Mungkin adakalanya, tajuk itu sudah cukup untuk membuatkan anda percaya tajuk, sebab tajuk itu membolehkan anda menghentam pihak lawan. Ada berita yang diambil daripada kenyataan verbal, ada yang diambil daripada kenyataan media. Untuk verbal, memang susah nak dapatkan ayat-ayat sebenar. melainkan ada video. Namun untuk yang bersumberkan kenyataan media, anda boleh cari di http://mediaterus.blogspot.com . confirm tak ada spin. Maka anda boleh baca, tanpa terpengaruh tajuk yang diubah suai. Cara lain, ialah, anda perlu cari dimana punca sebenar kenyataan itu, sebagai contoh, kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, boleh dicari di Fanpage dia. sekian.