Termasuklah saya.
Strategi mungkin berbeza diantara individu.
Ada yang sanggup ambil cuti untuk trade in emas.
Saya anggap itu satu langkah bijak, kerana kalau trade in emas selepas 1 april,
keseluruhan harga emas baru akan dikenakan GST, bukan sekadar wang yang ditambah sahaja.
Namun mungkin ada lubang-lubang yang belum GST boleh ditempusi.
Ada yang memberi keperluan rumah penuh troli.
Ada juga yang tersilap langkah, membuat pembelian panik pada barang yang tidak dikenakan GST, samada 'dikecualikan' atau 'kadar sifar'.
Jadi kalau nak panik sekali pun, paniklah secara bijak.
Ada sesetengah barang yang mungkin tidak dapat beli murah lagi selepas ini.
Yang sepatutnya membuat pembelian panik adalah peniaga.
Pelanggan membuat pembelian panik, dan peniaga pun kena panik untuk 'restock', supaya tidak terpaksa restock pada harga yang ditambah GST.
Bayangkan kalau ada baki 20k pada 29 mac, hasil pembelian panik oleh pelanggan, maka peniaga perlu panik sedikit untuk gunakan 20k itu untuk retock barang dengan segera sebelum 1 april. Jika gagal, maka peniaga itu terpaksa menambah modal perniagaan sebanyak 6% bersamaan RM 1,200.
Tetapi jika peniaga itu menggunakan 20k itu untuk retock barang tanpa GST, rasa macam tak perlulah panik. Buat penat sahaja.
Ada orang yang membeli banyak-banyak poslaju prabayar sebelum GST, dikhabarkan yang saiz kecil itu sudah habis. Kepanikan itu agak berbaloi kalau seorang peniaga online itu memang guna banyak.
Tetapi rasanya, tak ada yang beli sampai 20k.
Jadi adakah perlu panik untuk membeli barangan keperluan rumah?
Bagi saya tidak perlu, sebab selepas 1 april, masih banyak lagi kedai kedai kecil yang masih lagi jual harga lama. Sebab harganya bergantung pada kos lama pembelian itu. Ada banyak masa lagi sementara menunggu stok kedai-kedai kecil habis.
1 April bukan lah 1 tarikh ajaib, semua peniaga terus taat untuk laksanakan GST sebab masih ada stok lama. Jadi carilah ruang stok-stok lama tanpa GST yang masih ada.
0 comments:
Catat Ulasan