Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Bayar GST ke Pusat Zakat

Sebenarnya Mufti Wilayah cakap lain, nak elak cukai berganda. Tapi saya nampak lain. Apa kata kalau macam ini. Peniaga buat GST macam biasa, logmasuk TAP dan isi apa yang patut. Bila pembayaran, kasi opsyen untuk bayar ke pusat zakat. Bayar zakat extra. Muatnaik slip pembayaran di TAP.

Kena Tipu 22sen "GST Kami Bayar" oleh Mr. DIY

Kedai Mr. DIY mengadakan kempen " GST Kami Bayar ". Kononnya GST dia yang bayar. Ianya berbeza dengan kempen "Harga tak naik selepas GST", sebab Kempen harga tak naik selepas GST tidak membawa maksud "GST Kami Bayar" . Apabila diperkatakan GST Kami Bayar, maka jika sesuatu barang itu, harga tak termasuk GSTnya ialah RM 10 , GST 60sen itu Mr.DIY yang bayar. Namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Saya membeli 3 buah cawan berharga "RM 3.90". Tidak dinyatakan di Shelf Label, samada ianya termasuk GST atau tidak. Kebiasannya , harga di shelf label adalah termasuk GST. Jadi. saya beratur dan untuk membayar. Saya tanya pada juruwang, adakah RM 3.90 termasuk GST? dia jawap "Ya". Jadi, GSTnya ialah 22sen Maka harga tidak termasuk GSTnya ialah RM 3.68 Maka saya sediakan RM 3.65 untuk membayarnya. Yang anehnya, tidak meminta tambahan 3 sen atau 5 sen, sebaliknya meminta untuk lagi 25 sen. Maka dipanggilnya superv...

GST dan Runding Harga (Nego)

Terwujud satu kenyataan kononnya dia berjaya menghapuskan GST Agak pelik juga dia boleh menafsirkan , bahawa dia boleh menghapuskan GST. Lainlah kalau dia memang bayar RM 130, tanpa GST. Sememangnya dalam GST, memang dibolehkan untuk runding beli. Tidak semestinya, harga quote tanpa GST, atau harga quote berserta GST tak boleh diubah . Dalam mekanisme urusniaga biasa, harga adalah persetujuan 2 belah pihak. Kalau tidak setuju, jangan beli. Kalau tak setuju, jangan jual. Jangan marah-marah. Yang boleh dibuat marah adalah apabila harga dipaparkan, tak sama apabila harga ketika hendak bayar, itupun masih ada lagi pilihan untuk tidak bayar dan batalkan transaksi. Sememangnya ada banyak jenis perniagaan yang banyak guna runding harga. Jadi tak perlu beriman dengan komputer. Dahulu, kebiasaannya di Kampung Jawa, memang boleh runding harga, tak kiralah apa barangan sekalipun, memang boleh runding harga. Tetapi zaman GST ini pula. bila nak nego, dia tak beri atas alasan. ...

Penyelesaian buat Peniaga Topup Kecil-kecilan

Saya agak memahami masalah peniaga topup yang kos datang untuk topup RM 10, adalah lebih daripada RM 10. Ada yang RM 10.20, ada yang RM 10.30. Anda memang boleh jual harga RM 10.60. Tapi ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi supaya tak kena komplen, atau boleh tangkis 'lawatan KPDNKK'. Kebanyakan peniaga topup kecil-kecilan tidak mendaftar GST, tetapi dikenakan GST ketika membeli dari pembekal. Anda boleh jual harga markup berdasarkan harga datang yang sudah dikenakan GST. Namun AWAS. Perkara no 1 sekali adalah tidak sebut GST langsung . Saya ulangi, tidak sebut GST langsung . Maksudnya begini, memandangkan kedai topup anda tidak mendaftar GST, maka memang tak boleh beritahu pada pelanggan yang topup anda jual itu dikenakan GST. Walaupun anda dikenakan GST, tapi diperingkat anda dengan pelanggan, anda tak boleh sebut GST langsung. Cukup sekadar umumkan "Kami jual Topup RM 10, pada harga RM 10.60" Kalau pelanggan tanya, kenapa RM 10.60. Jang...

Contoh Aku Janji GST

OK awak Saya janji dengan awak ni , saya janji ni... Saya janji akan bayar GST sampai habis nyawa saya Melainkan awak tak daftar GST, saya tak boleh buat apa-apa OK awak, saya janji lagi satu , Saya akan bayar , sampai saya mati Lagi 1 Saya janji, saya akan jadi yang terbaik untuk bayar,melainkan saya sudah tiada Ha Ha lagi 1 Awak ingat tak hari ini hari apa? Hari ini hari sabtu Jawapannya adalah kita dah 4 hari yeah dah 4 hari dah kita BerGST saya harap kita dapat bersama-sama sampai selama-lama-lama-lamanya selama-lamanya selamanya bukan setahun bukan sehari bukan 2 hari bukan 4 hari bukannya apa-apa-apa Selama-lamanya Saya nak cakap lagi ni, saya sayang sangat...

Panic Buying - Pembelian Panik sebelum GST

Ramai orang melakukan pembelian panik sebelum GST. Termasuklah saya. Strategi mungkin berbeza diantara individu. Ada yang sanggup ambil cuti untuk trade in emas. Saya anggap itu satu langkah bijak, kerana kalau trade in emas selepas 1 april, keseluruhan harga emas baru akan dikenakan GST, bukan sekadar wang yang ditambah sahaja. Namun mungkin ada lubang-lubang yang belum GST boleh ditempusi. Ada yang memberi keperluan rumah penuh troli. Ada juga yang tersilap langkah, membuat pembelian panik pada barang yang tidak dikenakan GST, samada 'dikecualikan' atau 'kadar sifar'. Jadi kalau nak panik sekali pun, paniklah secara bijak. Ada sesetengah barang yang mungkin tidak dapat beli murah lagi selepas ini. Yang sepatutnya membuat pembelian panik adalah peniaga. Pelanggan membuat pembelian panik, dan peniaga pun kena panik untuk 'restock', supaya tidak terpaksa restock pada harga yang ditambah GST. Bayangkan kalau ada baki 20k pada 29 mac, hasil p...