test

Rabu, 20 Ogos 2014

Kenapa Masukkan Perisian Cetak Rompak dalam Komputer aku???




Siot betul.
Aku minta check hardware , dia installkan Office pirate pula? Perlukah aku report polis?
Sudah la CD office 2000 yg ori tu dah susah nak jumpa





Ceritanya macam ni
2001, aku nak guna StarOffice je, sebab aku tau memang cukup untuk buat kerja.

Tapi abang aku (boss aku) suruh guna juga MS Office, so aku cakap la aku tokleh guna pirate, so dia kata boleh beli.

So aku beli la MS Office 2000 standard edition, tak ada power point.
So aku dan staff aku masih guna yang sama sampai 3,4 hari lepas.
Lebih kurang 13 tahun juga.

Ditakdirkan HDD tak boleh boot, aku tak ada masa nak trouble shoot, so suruh hantar kedai je, so dia kata MB problem , so tukar MB sahaja.
Aku lak request untuk maksimumkan RAM jadi 3GB.

Tapi kesudahannya dia installkan Office 2007 pirate dengan Windows Pirate sekali.

Aku tak nampak apa keperluannya, nak boh Office pirate.
Kalau Windows pirate tu mungkin sebab nak matchkan driver dgn MB baru. Itupun aku rasa tak perlu, sebab dia tau la detect sendiri.

So alasan dia ialah "Tak ada orang pakai lagi Office 2000, dan tak boleh buka file baru"

Aku tak boleh terima alasan tu, sebab yang 13 tahun aku masih guna ni guna apa?

Kalau nak view dokumen baru, aku download je Viewer FOC, tak perlu merompak.

Last sekali, Motherboard yang baru tu pun tak stabil, Angkut AMD je kang.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit