Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

BNM Mahu apa?

pelik tengok bank/BNM Bila kita nak guna dinar dirham, mereka sibuk risau takut org tak guna duit dia. Tapi bila ramai org transaksi jual beli emas tinggi sehingga money incirculation meningkat, mereka sibuk nak kurangkan money in circulation. Apa cerita ini?

Tak Perlu Emel 1Malaysia

Tak perlu emel 1Malaysia. Yang perlu adalah National Authentication. Ala-ala Microsoft Passport, Google authetication, Boleh diintegrasikan dengan mana-mana emel. Authentikasi itu boleh digunakan di banyak aplikasi web. Reset Katalaluan, di pejabat pos.

Kos Penempaan Dinar ditanggung Kerajaan, No buyback, No spread boleh jadi realiti

Terlalu banyak dinar sudah dikeluarkan di Malaysia. Ada macam macam harga. Ada yang mahal ada yang murah Ada yang murah lagi. Jadi atas nilai apakah dinar itu? Katakanlah semua itu sama spesifikasinya 4,25g dan 916/917. Nilaian emas terletak pada emas didalamnya. Bukan harga yang ditetapkan oleh Abang L, Abang U, Makcik A atau Bro F. Dinar Abang L satu ketika dulu, agak popular kerana ianya satu-satunya dinar yang mudah dibeli. Bro F juga menjual dinar pun pada harga yang lebih kurang dengan Abang L. Harga adalah lebih kurang 20% di atas spot. Kemudian Bro F mengambil langkah berani, menjual dinar pada harga 15% di atas spot. Menampakkan Dinar Bro F jauh lebih murah daripada Dinar Abang L, dan Abang U. Seterusnya ramai mengambil untung dengan membuat dinar dan menjual dinar pada kadar yang Abang L dan Abang U jual. Dinar darul ini, darul itu. Menyokong gerakan dinar dan dirham, membelinya disebabkan sokongan untuk "Wang Syariah" dan membenteras riba...

Mitos "Susut Nilai" Emas

Dah lama tidak menulis. Jadi saya tulis. Ramai peniaga emas jenama P, sering memberikan maklumat yang salah berkaitan dengan "Susut nilai". Secara suka-suka hati bercakap kononnya PAMP suisse susut nilainya 20% atau 25 % Ramai juga rakyat biasa yang tidak beli emas kerana takutkan susut nilai emas. Hakikat sebenarnya nilai emas tidak susut, hanya kerana menjualnya. Yang menampakkan ianya kelihatan susut apabila menjualnya, adalah kerana membeli emas pada premium yang tinggi. Dalam premium itu terkandung kos penempaan, pembuatan, margin pembekal, margin peruncit. Maka pembeli emas disarankan untuk membuat kiraan hisab, harga emas sebelum membelinya. Secara kebiasaanya, emas skala kecil mempunyai peratus premium tinggi berbanding dengan yang besar. Premium boleh dikira dalam RM atau peratus. Jadi mitos kononnya "PAMP Suisse susut nilai 20%" itu hanya benar apabila pembeli membeli emas pada premium lebih kurang 20% juga. Namun, tidak akan berlak...