Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Sistem Petty Cash Dirham

Bagaimana sesuatu kedai runcit atau pasar mini atau pasaraya menerima dirham? Kalau kedai runcit milik perseorangan, memang mudah. Boleh dikatakan semua duit di situ "bapak dia punya" Namun apabila melibatkan kedai yang mempunyai banyak 'POS' , bagaimana mahu terima dirham. Adakalanya sesuatu syarikat mengamalkan "semua kutipan jualan hendaklah didepositkan kedalam bank". Tetapi dirham sudah bercampur dengan dirham dan menyebabkan tidak semua kutipan jualan boleh didepositkan didalam bank. Jadi apa penyelesaiannya? Wujudkan satu "Petty Cash Dirham", dimana pengiraannya masih dalam ringgit, walaupun kandungannya bercampur dengan dirham. (contoh tong "Petty Cash Dirham") Andakata Pasaraya Sejati mempunyai 3 POS. Maka wujudkan 1 "petty Cash Dirham", contoh, dalamnya ada Wang kertas RM 260. Penjualan di POS adalah seperti biasa,menerima wang kertas ringgit. Andakata ada pembeli yang membayar guna dirham. Pada...

Awang Adek Jilat Ludahnya.... Ana Awang A.. A..

Daripada kenyataan Awang Adek baru baru ini. .. BACHOK:  Mereka yang membeli dan menyimpan Dinar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan mesti bersedia untuk menghadapi risiko kerana nilainya sentiasa turun naik di pasaran tempatan dan antarabangsa, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Ini kerana Dinar, mata wang emas, hanya dilaksanakan oleh kerajaan negeri secara sendirian dan tidak boleh diterima oleh undang-undang kewangan negara, ujar beliau. "Ia sekadar boleh disimpan sama seperti membeli barang-barang kemas di kedai emas," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian wang zakat kepada 25 fakir miskin di Mukim Pak Pura, Beris Kubur Besar di sini semalam. Beliau sebaliknya menasihatkan rakyat Kelantan yang mempunyai lebihan wang menyimpannya di bank-bank yang nilainya lebih terjamin dan tidak pernah diturunkan malah akan mendapat banyak faedah. Awang Adek mengulas pelancaran pada Rabu lepas mata ...