Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Sebelum Subsidi "Pembohongan Harga" dihapuskan....

Minyak "diselaraskan" 5 sen. Gula "diselaraskan" 25 sen. Ramai pihak yang berkata memang tak patut kerajaan tanggung begitu banyak subsidi. Memang benar! Kita tak perlu subsidi untuk dibohongi. Rakyat bukan mahu sangat barangan disubsidi supaya dibohongi harga sebenarnya. Rakyat hanya mahukan barangan murah, samada murah disubsidi atau tidak. Itu tidak penting. Namun, kerajaan mengsubsidi harga supaya harga sebenar dibohongi, setelah nilai kertas ringgit semakin lama, semakin jatuh berbanding nilai komoditi. Kerajaan tidak perlu mendabik dada, kerana memberikan subsidi untuk membohongi harga sebenar sesuatu barangan yang dikawal. Rakyat hanya mahu barangan murah berdasarkan pendapatan rakyat. Mana yang rakyat mahukan? Harga runcit petrol RM 1.40 tanpa subsidi, atau harga runcit petrol, RM 1.85, tetapi berbilion subsidi masih ditanggung kerajaan? Keperluan untuk pengsubsidian berlaku akibat taksubnya "pakar" ekonomi, den...

RON 95 naik lebih tinggi daripada RON 97

Minyak RON 95 naik daripada RM 1.80 , kepada RM 1.85. Kenaikan 2.77777 % Minyak RON 97, naik daripada RM 2.05 kepada RM 2.10 Kenaikan 2.4390 % Di sini kita dapat lihat bahawa RON 95 dinaikkan lebih tinggi daripada RON 97, walhal RON 97 adalah barangan mewah. Tak adil bagi golongan pendapatan rendah. Adalah lebih baik RON 97 dinaikkan lebih tinggi, supaya RON 95 pengguna biasa, tidak perlu dinaikkan.

Sepanyol Lawan Belanda ,

Sepanyol lawan belanda dulu-dulu. Sesuai dibaca musim sebegini. Perebutan berkisar tentang, siapa yang boleh berdagang dengan Cina dan jepun. Iktibar daripada perlawanan Sepanyol Belanda ialah, mereka bermati-matian ingin menguasai komoditi daripada negara Asia. Memiliki komoditi untuk dibawa keeropah, adalah kelebihan ekonomi yang ketara. Banyak kapal karam akibat perlawanan Sepanyol belanda ini. Dalam kapal itu penuh dengan pinggan mangkuk. Menguasai "cup" daripada China, adalah umpama memenangi "World Cup". Negara China ketika sebelum itu, menguasai sendiri lautan sehingga ke Selat Melaka. Itupun kerana ingin menguasai perdagangan. Isreal bersungguh-sungguh menyekat barangan daripada masuk ke Gaza. Tetapi kita disini, menentang Israel dengan tidak membeli barangan, tetapi getah kita tetap sampai ke tangan Israel.

Biro Belia dan Sukan UMNO Jasin anjur Judi

Terdapat beberapa "sampah" di longkang di tepi padang. Maka kertas itu dikutip untuk dilihat apa isinya. Beberapa kertas nombor "cabutan bertuah", yang dijual pada harga RM 1. Dalam erti kata lain, JUDI. Beli nombor untuk menang hadiah, kalau nak peluang lebih, boleh beli nombor tambahan. Anjuran siapa?, Sila klik untuk zum Acara judi ini dilakukan dengan nama yang agak indah. "MEMBELI, MENDERMA DAN MENANG",   "Pengadil" pun sama turut menyertainya Ada juga yorang yang sama membeli lebih daripada satu nombor, Kalau nombor 355, 357, & 360 dibeli olehnya, Agaknya siapa yang beli nombor 356? Menurut seorang pemuda UMNO yang saya rahsiakan namanya, "cabutan nombor bertuah sebegini, sudah banyak tempat dilakukan". Sebelum ini pun sudah ada judi "Cabutan Bertuah" bernilai RM 3.00 setiap nombor. Maksudnya, barah judi sudah membarah, sehingga dianggap biasa. Ramai golongan muda, yang t...