test

Isnin, 24 Mei 2010

'Bijak"nya BN memerintah Malaysia.

Hutang negara dalam negeri lebih 300 bilion.

Berbangga pula dengan subsidi 74 bilion yang diberikan.

Sekali pandang nampak macam pemurah sangat kerajaan BN ini.

Kerajaan BN, atas nasihat siapa entah, cukup suka dengan polisi nilai matawnag rendah.

Kononnya boleh menggalakkan eksport, meningkatkan daya saing negara kerana ianya lebih murah.
Kononnya gaji rendah dapat menarik pelabur.


Tapi apa yang kita dapat.

Dengan polisi cintakan nilai matawang rendah, harga komoditi telah menjadi tinggi.
Ia berlaku automatik, harga barang dalam RM akan tinggi walaupun harga komoditi tak berubah.

Maka bersukarialah, BN dengan mendabik dada, 74 bilion subsidi.


Sebenarnya 74 bilion itu adalah tidak perlu. kalau tiada polisi nilai matawang rendah.

Mana yang rakyat lebih suka?
Harga gula RM 1.65 setelah subsidi, atau harga gula RM 1.20 tanpa subsidi?


Mana yang rakyat lebih suka, harga minyak petrol RM 1.80 setelah subsidi atau harga petrol RM 1.50 tanpa subsidi?

Akibat taksub dengan "penasihat" yang promosikan polisi nilai matawang rendah, maka nilai matawang ringgit tidak cuba untuk ditinggikan.

Maka rakyat disalahkan kerana menggunakan gula yang banyak, walhal subsidi diberikan kepada Robert Kuok.

Subsidi juga diberikan kepada tauke IPP. Penjana Tenaga Bebas.

Itu yang mereka bangga sangat dengan 74 bilion?

Memang polisi nilai matawang rendah ini tidak kemana.

Pengsubsidian untuk mengurangkan harga runcit, pasti tidak akan dapat ditampung.

Umpama, sebuah rumah yang bocor paipnya, bapa memarahi anaknya, "kenapa guna air banyak".

Kaedah pengsubsidian adalah kaedah penyembunyian inflasi, harga barang sebenar ditutup, denga kaedah subsidi. Satu hari nanti akan membuak juga.

Pembuakan kian hampir, sendiri suka polisi nilai matawang rendah, kemudian mereka sendiri dabik dada kononnya perihatin kasi subsidi, kemudian sendiri pening.

bijak! bijak!

Klaua polisi nilai matawang rendah dihapuskan daripada awal 2000, kita tidak perlu pening kepada dengan masalah harga minyalk tinggi, kehabisan minyak masak, kehabisan gula, kekurangan beras ST 15, dan banyak lagi.

Nelayan pun tak perlu subsidi minyak, kerana harga minyak murah disebabkan matawang yang tinggi.

Jadi, Ayuh sertai revolusi Menentang Polisi Nilai Matawang Rendah

Apabila membuaknya harga barang akibat daripada subsidi tidak dapat ditampung, maka automatik harga barang akan naik.


Dan saya bukan pertama kali baru nak suruh simpan emas.
Simpan emas,simpan emas, simpan emas!

5 comments:

  1. Sebenarnya perkataan keramat 'subsidi' inilah yang dapat mengekalkan sokongan dari kaum melayu totok terhadap UMNO sampai ke hari kiamat.

    BalasPadam
  2. bukan ke skrg RM dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain dah naik nilainya?

    BalasPadam
  3. kalau pembangkang perintah jd pe plak ek...
    nk gak tgok hebat sgt ke...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama on 2010 Julai 17 16:10:

    Daripada 13 perkataan, hanya 3 perkataan yang berjaya dieja dengan betul.

    BalasPadam
  5. member aku budak BNM bagitahu aku : Inflasi sebenar malaysia sehingga May 2011 adalah 9.92% !!!!

    kalu gaji naik 5% setahn..alamat cukup lima tahun gaji otomatik tinggal separuh jer ..

    apalagi - pergi simpan emas - beli dengan hasbullah pitt - ; peniaga emas yang diyakini terendah di malaysia !!

    saya dah beli satu ..

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit