test

Khamis, 15 Oktober 2009

PAS Perlu Terima Hakikat Pengundi Melayu Suka Meminjam

PAS perlu menerima hakikat bahawa pengundi zaman sekarang cukup suka meminjam dan sayangkan peminjam.

Kreditor seperti TEKUN umpama rahmat turun dari langit.
Pinjaman TEKUN umpama kurniaan Ilahi.

Kini Pemuda UMNO mahukan Bank Belia.
Banyak sangatkah duit mereka sehingga tidak cukup bank untuk menyimpan duit?

Eh, Mereka bukan mahu mendeposit duit, tetapi sebenarnya mahu meminjam.

Teruskan meminjam.
Pinjaman adalah rahmat dari langit.

Antara punca kekalahan PAS di Bagan pinang, ialah kegagalan Ustaz Khairul meminjamkan tali leher kepada pengundi. Akibatnya pengundi tidak dapat mengundi dengan bergaya.

Menyedari hakikat pengundi yang suka meminjam, maka setiap Markas PAS perlu menyediakan tangga 12 kaki, supaya bakal pengundi boleh meminjam tangga itu apabila ingin menukar mentol lampu.

Ingat!
Pinjaman adalah rahmat yang turun dari langit bagi pengundi Melayu.

2 comments:

  1. Salam perjuangan,

    Waah baru ku tahu ghoper nyer tu sebab kita kalah di bagan pinag yoep yer...tak per lah ..lepaih ni teman suruh jer ust khairul tu bwk seguni tali leher...termasuk tali nak jerut leher mat rempit UMNO tu..

    gasak komer ler yoep...

    BalasPadam
  2. jadi apa langkah untuk atasi masalah pengundi yang suka meminjam???

    banyak modal kena keluar sedangkan tak patut didik pengundi dengan duit kan kan kan???

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit