Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Mat Sah GMI sudah mempunyai Blog

Dulu saya bersahaja meninggalkan ulasan di blog kak Laila , supaya Kekanda Mat Sah mempunyai blog sendiri. Hasilnya, http://matsahgmi.blogspot.com/   Sehingga hari ini saya masih belum tahu, sampai bila Mat Sah tak boleh keluar dari Ampang.

Sikorsky S61

Di Denmark, Tentera udara boleh menggunakan Sikorsky S61 untuk pertunjukan Udara Di Sepanyol, S61 melengkapkan armada laut . Begitu juga di Scottland Di Amerika, ianya boleh digunakan untuk memadam kebakaran, boleh sedut air dari sungai untuk padamkan air di hutan. Di Ireland, ia menjadi pengawal pantai yang dibanggakan . Adakalanya ia dijadikan sebagai pengangkutan bagi Santa ketika hari Natal. Di Malaysia, hampir semua orang berkata Nuri harus ditukar. Menurut pendedahan Kapten Zahar, Sikorsky menawarkan pakej baikpulih Nuri ketika membuat sebutan harga. Namun apabila "Penggantikan Nuri dengan Eurocopter" dibatalkan, baikpulih pun dibatalkan?

Drama Swasta IMF

IMF nak jual 1/8 daripada simpanan emasnya . Lebih kurang 403.3 tan. China cepat-cepat kata nak beli. Tetapi rupanya nak beli jika ada diskaun. IMF pula kata tak mahu jadikan dollar matawang utama dunia . Dollar Jatuh? Harga emas? Bank Negara Malaysia tak tambah stok emas tatkala IMF nak jual? Macam drama swasta pula cerita IMF dengan emas.

Tutorial Blogger: Menyediakan Album bagi Gambar yang Pernah Tersiar di Blog Anda

Orang Negara maju mencari penyelesaian menggunakan teknologi yang ada atau mencipta teknologi baru. Orang negara belum maju, guna teknologi, kemudian baru fikir apa teknogi itu boleh buat. Saya melihat ramai orang suka menggunakan Laman Web Sosial yang mana salah satu ciri-ciri yang disukai ialah ianya menyediakan album gambar, Maka gambar mudah disimpan, dan dicari ketika perlu. Contoh di facebook: contoh di Multiply. Penulis blog juga ada meletakkan "gambar" di blognya, namun butang khas disediakan supaya dengan satu klik sahaja boleh dapat melihat gambar yang ada. Jadi apa penyelesaiannya? Saya sediakan ruangan khas untuk album gambar di blog. Daripada mana datangnya gambar itu? Sebenarnya google menyimpan gambar untuk sesuatu blog di Picassa Web , Apa yang anda perlu lakukan supaya ada album gambar khas yang mengandungi gambar yang pernah tersiar di blog ialah mendaftar Picassa Web menggunakan akaun yang sama dengan blog anda. Sekiranya anda ada 4 ...

F1 Adalah Gelanggang Silat Bagi Pemasaran Bukannya Nasionalisme

Hari ini sibuk dikatakan wujud Pasukan F1 "1Malaysia" yang kononnya akan menyertai F1 pada musim akan datang. F1 itu unik, dimana wujudnya perlumbaan sejak berpuluh tahun yang lalu, atas sifat persaingan antara pengeluar enjin, pelumba, pasukan, jurutera dan penaja. Penaja juga turut berlumba dalam F1 diatas kehendak penaja. Apabila pengeluar sesuatu produk, yang bersaing dengan produk atau jenama lain, Akan merasa terpaksa apabila pesaingnya beriklan di dalam F1. PETRONAS bersaing dengan Esso Mobil dan Shell. Syarikat komputer juga ada bersaing dalam pengiklanan di dalam F1. Compaq menaja BMW Williams, HP menaja Jaguar. Apabila HP membeli Compaq, HP memberhentikan kontrak dengan Jaguar dan fokus kepada BMW Williams. Apabila bercerainya William dengan BMW, dan BMW berkahwin dengan Sauber, PETRONAS dapat menaja diruang yang selama ini dikuasi Castrol. Castrol pernah mengeluarkan castrol Formula RS, tatkala zaman Montoya dan Ralf Schumacher meletup. "RS"...

Mod Kebajikan Bersama 2 Hamzah

Tadi berlakunya kerja yang tidak popular iaitu membungkus bekalan untuk diagihkan kepada fakir miskin. Projek ini adalah diantara saya sebagai wakil PAS Cawangan Sempang bersama MTD Merlimau. Sempang sebenarnya bukan di dalam DUN Merlimau, tapi sudah jodoh untuk bertemu. Bagi saya program ini agak istimewa kerana ia mengagihkan ke bilangan rumah yang agak banyak. Merlimau 75, Sempang 15, menjadikan keseluruhan 90. Kerja pembukusan dijalankan bersama saudara Hamzah dan Mubin . Ditemani oleh Hamzah lagi satu. Jadi ada 2 Hamzah. Hamzah kecil jadi tukang hulur, Hamzah besar buat kerja akhir pembungkusan. Hasilnya, Dalam setiap plastik ada beras 10kg, kopi, gula dan lain-lain. Berpeluh. Kopiah Hamzah (kecil) adalah sama dengan yang dimiliki Umar. Dibeli ketika keluar sebentar untuk 'beli ubat nyamuk' .

Gambar Kak Laila GMI Senyum Sampai Telinga

Setelah Suaminya dibebaskan ,  Kak Laila GMI Senyum Sampai Telinga

Klonkan Diri Anda , Beraya Gaya Mamee

Seronok betul melihat diri sendiri diklonkan untuk dijadikan Kad Raya. Tak sangka zaman ini kad raya boleh bergerak gerak. Apa yang anda perlu lakukan ialah melayari  http://www.rayagayamamee.com.my/ Anda akan nampak gambar seorang wanita, dan 2 orang lelaki yang ingin memakan Mikrofon kerana tak dapat makan mamee Sllrrrip. Apabila anda sudah mendaftar di laman itu, anda boleh logmasuk ke laman itu untuk menghantar kad raya dalamtalian versi gerak-gerak. Hanya penerima yang mempunyai alamat emel dan talian internet sahaja. Saya telah menilih " Animasi "  dan boleh muat naik gambar. Maka saya pun muatnaik gambar kepala tergantung saya supaya saya boleh diklonkan dan dimasukkan kedalam Fillmore. (Diruangan Ahli 1) Hasilnya, penerima akan menerima kad raya sebegini: Jika anda adalah pengguna Nuffnang, anda juga boleh menang RM 300 . Sekiranya anda kempunan Bubur Lambuk, Rebus beras, kemudian anda boleh gunakan perendah Mamee Sllrrrp untuk dicampurkan ke d...

siapa lebih awal buka langkah pendamaian Indonesia Malaysia

Mari kita tengok, siapa lebih awal buka langkah pendamaian Indonesia Malaysia. Golongan Mahasiswa atau parti politik? Jawapan: Mahasiswa . Dua pertubuhan pelajar Malaysia dan Indonesia hari ini menandatangani lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama sebagai panduan dan inisiatif "untuk mencari titik noktah kepada pertikaian dan persengketaan yang telah berlarutan antara kedua negara. Dua pertubuhan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mewakili pelajar Malaysia dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) yang mewakili pelajar Indonesia. Lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama itu dipersetujui dan ditandatangani hari ini oleh Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Ketua UMUM PII, Nashrullah Al-Ghifary.

Halatuju Politik Minyak di Malaysia

Politik minyak di Malaysia agak pelik, terlalu fokus kepada harga runcit. Pantang ada perubahan harga, ia akan menjadi isu. Macamlah Malaysia sudah guna wang berasaskan komoditi. Berbanding negara luar, politik minyak adalah berkisar kepada penguasaan minyak. Amerika mendapatkan minyak daripada Iraq dengan menyerang atas alasan mencari senjata pemusnah. Australia pula membantu 'membebaskan'  Timor Leste daripada Indonesia atas alasan alasan, tetapi yang sebenarnya mereka mahu minyak. Malaysia dan Indonesia berebut Ambalat walhal masing-masing mempunyai syarikat minyak nasional dan boleh bentuk kerjasama. Yang peliknya Malaysia boleh bekerja sama dengan Thai untuk merompak hasil bumi Patani dan Kelantan. RON 95 dan RON 97 apa pula? Ada pihak yang mencemuh RON 95, tak berkuasalah, dan macam macam. Ada pihak yang terlalu marah atas kenaikan barang mewah RON97. Bagi saya, penggunaa RON 95 sebagai petrol utama adalah satu langkah yang agak baik, untuk menangani ke...

Che Guevera itu Belum Kahwin kah?

"Che Guevera itu Belum Kahwin kah?" Saya pernah bertanya persoalan itu sebagai lawak bodoh dengan isteri saya,tetapi dia tak faham dan tak ketawa. Che Guevera bersama Fidel Castro: Che Guevera adalah perjuang anti penjajah di beberapa negara, berfahaman sosialis.

Inflasi Empayar Rom & Tindakan Umar

Terdapat satu catatan menarik oleh seorang Professor Joseph R Peden berkenaan Inflasi ketika empayar Rom . Kenapa saya cerita Rom? Matawang Emas dan Perak empayar Rom adalah rujukan sebelum wujudnya dinar. Nama Dinar berasal daripada Denarius, matawang perak. Tetapi spesifikasinya ialah Solidus. Pening juga kalau hendak difikirkan, matawang sudah menggunakan komoditi tetapi berlaku inflasi. Apa puncanya? Puncanya ialah berlakunya pengubahsuaian kandungan logam komoditi pada matawang. In Diocletian's time, in the year 301, he fixed the price at 50,000 denarii for one pound of gold. Ten years later it had risen to 120,000. In 324, 23 years after it was 50,000, it was now 300,000. In 337, the year of Constantine's death, a pound of gold brought 20,000,000 denarii. Khalifah Umar pula, setelah melihat saiz wang perak semakin mengecil, mengarahkan supaya 10 dirham mesti sama berat dengan 7 dinar. Penyelesaian bagi masalah empayar Rom.

Kerja Gila Main dengan Rizab Emas

Saya baru terjumpa satu berita lama (2005) di GATA.org . Menceritakan bagaimana Najib nak beli Kapal Perang menggunakan Rizab Emas. Ada lagi cerita mengatakn Rizab emas kita "dipinjamkan" . Setakat yang saya tahu, Rizab emas kita ialah 36 tan. Tetapi benarkah ianya memang 36 tan? Bank Negara tidak keluarkan maklumat emas fizikal dalam kuaititi berat. Yang ada hanya lah dalam USD . 0.4 bilion USD, berapa banyak emas? 400000000/32/1000=12500 Kiraan kasar saya menunjukkan 12 tan sahaja. Serupa macam dakwaan TV Antara

Teh Kong

Teh Kong adalah teh yang dibungkus dalam pot susu. Kebiasaannya ditapau pekerja dengan persekitaran kerja yang tiada cawan. Hari ini saya berbuka dengan Teh Kong

SEMINAR Pemikiran Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy

Di bawah ini terdapat artikel oleh Saudara Ikhwan Hafiz (atau Ilhami Hisham) * yang telah menghadiri  'SEMINAR Pemikiran Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy' pada 2 Ogos yang lalu: SEMINAR Pemikiran Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy (ada yang baca; Al-Hulaimy) pada 2 Ogos lalu di Muzium Shah Alam anjuran Ummah Centre didedahkan betapa fakta sejarah negara ini, banyak sudah dipertikaikan kesahihannya. Tokoh yang menyebutnya bukan sembarangan. Beliau adalah pakar sejarah negara, Prof Emiritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim. Menurutnya, dengan sebab itu, tindakan segera perlu dilakukan demi membenarkan semula fakta sejarah untuk generasi baharu. Itulah antara lain yang dapat saya qoutekan. Salam seminar itu diperkukuhkan dengan fakta yang dipersetujui semua pihak bahawa Prof Dr Burhanuddin Al-Hulaimy adalah tokoh pejuang negara yang mewaqafkan dirinya untuk kemerdekaan negara dalam TIGA zaman, sebelum, semasa dan selepas. Berikut adalah sebahagian artikel yang aku tulis untuk sebua...

Janji RON 95 RM 1.75

RON 95 yang dikeluarkan hari ini telah dikatakan sebagai berharga RM 1.75 seliter oleh Kementerian Penerangan. Rakyat tidak berapa kisah kalau "harga minyak utama" kekal. Sekiranya RON95 telah dicadangkan dari seawal mei dulu adalah RM 1.80, maka tidak timbul soal pembohongan. Namun apa yang telah berlaku adalah ianya dijanjikan pada harga RM 1.75 pada mei lalu. (Klik untuk besarkan.) sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3739:kenaikan-harga-petrol-ron97-dan-pengenalan-ron95&catid=99:isu-negeri Rakyat tidak pinta RON 95 mestilah berharga RM 1.75. Kalau ianya RM 1.80 sama seperti RON 97 sebelum ini, ia mungkin tidak dipersoalkan. Tetapi apa yang terjadi adalah rakyat telah dijanjikan bahawa 1 September 2009 RON 95 berharga 1.75, tetapi pada 1 september 2009, ianya RM 1.80.