test

Khamis, 9 Julai 2009

Stok Penimbal Beras PAS

Setiap Pemuda PAS, Muslimat PAS, Ahli PAS dicadangkan supaya menyimpan beras, lebih sedikit daripada penggunaan biasa.

Kalau biasa hanya sekampit beras yang disimpan pada satu-satu masa, Maka tingkatkanlah ia menjadi 4 atau 5 kampit.

Mengapa?

Seandainya berlakunya krisis, samada krisis banjir atau gempa bumi, maka tidak perlulah membeli beras untuk memberi bantuan. Hanya bawa sekampit dari stok masing-masing.

Stok beras yang disimpan, adalah milik pemiliknya.

Sekiranya krisis ekonomi meruncing sehingga tahap ada yang tidak mempunyai makanan, maka beras-beras milik ahli juga boleh dihimpunkan di markas kawasan atau cawangan untuk tujuan diagihkan.

Seandainya krisis 'kekurangan' beras 15% hancur seperti yang pernah belaku sebelum ini, maka sesiapa yang mempunyai stok penimbal beras tidak merasainya. Krisis mungkin selesai sebelum beras pada stok itu habis.

Sekiranya cawangan atau kawasan atau dewan ingin melaksanakan aktiviti yang melibatkan jamuan, maka sumbangan beras adalah 'kurang terasa' berbanding wang tatkala hujung bulan.


Bagaimana pula kalau berlaku hiperinflasi sehingga harga beras yang dikawal itu tidak lagi mampu dikawal?

Ada banyak kebaikan untuk mengadakan stok penimbal beras di rumah masing-masing.

Kisah Nabi Yusuf menyimpan stok makanan perlu diteladani.
Mungkin kita semua beranggapan bahawa tidak wujudnya krisis, akan tetapi isyarat krisis itu telah ada.

Bukankah 'Pemanasan Global' satu tanda krisis kemarau?
Bukankah krisis beras tahun lepas adalah satu petunjuk?

5 comments:

  1. stok penimbal belacan pun perlu diwujudkan segera kerana el nino mungkin menyebabkan plankton tidak ditimbulkan ke permukaan lautan sebagai makanan hidupan lautan, dan udang untuk buat belacan akan berkurangan..

    Risau rakyat m'sia keterliuran tak dapat belacan

    BalasPadam
  2. seeloknya lagi... ada tanah tu.. belajar-belajar la bertani berkebun barang sejenis dua ubi... :P

    yang ni panjang kot....

    BalasPadam
  3. Setuju sangat dengan saranan ini!

    BalasPadam
  4. Musim H1N1 ni patutnya membuatkan idea ni jadi bertambah laku.

    BalasPadam
  5. Satu analogi yang menarik! Sesuai dengan tema beras pemilik blog :)

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit