Semua orang tahu ekonomi mengalami krisis, akan tetapi ia ditakrifkan secara berbeza oleh orang yang berlainan.
Ada yang lihat pada GDP, ada yang lihat pada jumlah jualan, ada yang lihat pada pengangguran.
Ada yang melihat pada penguncupan pendapatan.
Suka hati andalah.
Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam mengatasi masalah ekonomi, adalah lebih menjurus kepada merancakkan ekonomi. Pengaruh ekonomi keynessian begitu kuat, kalau boleh mahu dibelanjakan apa sahaja, termasuk duit yang belum wujud. Asalkan ekonomi dirancakkan.
Kaki lima di letakkan jubin,
Hentian bas ditukar bumbung, di tambah batu supaya ianya cantik.
Tukar pokok yang masih elok.
Mana-mana bahagian bagunan yang bersimen, ditukar kepada jubin.
Tandas awam yang pecah mangkuknya pun ditukar jubin, (tetapi mangkuk jamban yang pecah tidak ditukar).
Rancakkan.
Rancakkan.
Kalau kaki lima diletakkan bumbung, ada juga faedahnya, tidaklah panas ketika berjalan di kaki lima.
Banyak perkara pelik berlaku demi untuk merancakkan ekonomi.
Ekonomi Malaysia bergantung kepada eksport. Pengimport utama kita sedang nazak. Sebelum ini mereka membeli barangan kita secara tidak adil.
Akan tetapi, jika anda terlalu risau , mengapa Amerika tidak membeli barangan kita dengan banyak, anda juga sebenarnya pelik.
Mereka memperolehi barangan dari kita dengan hanya kertas mereka lebih mahal dan mereka suka cetak kertas mahal itu.
Usah ditangisi kejatuhan Amerika itu, mereka memang layak menerimanya.
Jika anda mahu Amerika 'sihat' semula, supaya mereka terus membeli, anda memang tidak faham bagaimana mereka menguasai dunia.
Untuk menghancurkan Amerika, senjata 'USD' perlu ditolak.
Mahu tidak mahu, mereka akan kurang membeli daripada kita. Usah ditangisi perkara itu. Itu adalah harga yang perlu kita bayar untuk menjatuhkan mereka.
Malaysia bumi bertuah, cukup rezeki untuk semua orang.
Saya pun tidak faham, mengapa Amerika menjadi rakan dagangan utama Malaysia, walhal mereka jauh beribu batu. Kebergantungan kepada eksport ke Amerika sepatutnya sudah dikurangkan sedikit demi sedikit sejak beberapa tahun yang lalu, barulah impak kemusnahan mereka kurang menyakiti kita.
FIkiran para pakar ekonomi kita pula sudah diracun supaya nilai ringgit rendah untuk menggalakkan eksport.
Bagus lah sebegitu, makin rendah duit mereka, makin rendah duit kita dibuatnya.
Akhirnya, rakyat Malaysia mengelupur apabila harga barang 'naik'.
Duit yang kononnya untung daripada 'eksport' itu mana perginya?
Eh lupa pula, sudah dijadikan jubin dan tiang roman.
Liberisasi ekonomi?
Ianya satu kaedah untuk menarik pelabur supaya mereka memiliki segalanya agar ekonomi dapat dirancakkan.
Rancakkan ekonomi adalah apa yang anda mahu?
Malaya adalah negara terkaya di Asia apabila British memiliki hampir semua ladang getah.
Itu yang anda mahu?
Selasa, 14 Julai 2009
Home »
» Merancakkan Ekonomi atau Pertahankan Ekonomi?
Tuan saya dah bank in duit RM120, cuba email tapi kena tendang.
BalasPadamHttp://denaihati.blogspot.com
Terima Kasih banyak-banyak.
BalasPadam