Daya saing, gaji tinggi, inovatif dan kreatif
SAYA tertarik dengan hasrat untuk meningkatkan tahap gaji pekerja kita kepada tahap yang lebih tinggi. Maknanya gaji pekerja kita lebih tinggi daripada sekarang. Ini sesuatu yag sudah lama patut dilakukan.
Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka.
Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus.
Kalau tengok Singapura, menteri mereka gaji paling lumayan. Perdana Menteri mereka gaji berpuluh ganda gaji Presiden Amerika Syarikat. Sebab apa? Sebab orang putih kata, "kita bagi kacang, kita dapat monyet."
Yang naik berpuluh kali ganda di negara kita bukan gaji pekerja tapi harga rumah, harga hartanah naik gila-gila. Sebab apa? Bukan orang yang beli rumah nak duduk di rumah itu tetapi nak jadi bahan spekulasi.
Masyarakat yang suka spekulasi ini, tahu-tahulah... Pasaran saham pun orang Melayu mana tahu nak lakukan spekulasi? Naiklah melambung macam Repco dulu sampai RM150 sesaham. Bila tengok tiada isi, tapi orang kejar juga macam nak gila.
Bila kita tegur jangan beli, dia balas balik menyembur kita mengatakan apa kita peduli, bukan duit kita. Inilah yang menyebabkan segala-galanya jadi bahan spekulasi.
Tengoklah ayam pun jadi bahan spekulasi. Kerajaan suruh turunkan harga pasal kita tahu orang takut makan babi, dia tak mahu. Bukankah biadab? Kita mesti ajar sikit mereka ini.
Macam juga yang jual rumah harga gila-gila. Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.
Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.
Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.
Cuba bayangkan dalam tahun 1978 harga rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, suatu kawasan perdana ialah RM60,080. Pada 1989, harganya RM200,000.
Sekarang, cuba teka harga rumah yang sama, dinding sama, kawasan kecil sikit lagi batu-bata sama. Kalau tak ada RM600,000, jangan cakap.
Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.
Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangnya kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti.
Sikap begini memang menjadi lumrah syarikat swasta. Sampai bila pun orang kita tak ke mana.
Kemudian kita berhasrat nak tingkatkan daya saing negara. Satu hajat yang murni.
Sekarang bandingkan negara kita dengan 134 negara lain, kita duduk nombor 21. Dua tahun lepas kita nombor 19.
Empat tahun dulu kita nombor 16. Maknanya, kita dah jatuh. Laporan Daya Saing Dunia dari Switzerland (World Competitiveness Report) menyatakan orang yang buat bisnes dengan kita beri beberapa faktor yang menjadi penghalang utama.
Bukan saya yang kata, tapi boleh laporan ini sendiri. Nombor satu penghalang: Perkhidmatan awam yang kurang cekap. Kedua, rasuah. Ketiga, jenayah dan kecurian (dua orang mengandung mati kena ragut, mat rempit menjadi-jadi, tengah tukar tayar, kena tembak di siang hari).
Keempat, ketidakstabilan dasar (hari ini naik tol, esok tak jadi). Kelima, tenaga kerja yang kurang terlatih, bukan tak terlatih tapi kurang terlatih. Mana tidaknya, ramai orang Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan sebut saja rakyat mana - kita ada. Malahan ada kawasan yang dia kontrol.
Jadi kita tengok jiran kita nombor lima. Rakyat dia satu per sepuluh daripada penduduk kita. Ini menunjukkan yang membuatkan sesebuah negara itu berdaya saing ialah bakat rakyatnya.
Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing. Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.
Saya setuju produktiviti perlu ditingkatkan. Macam saya tulis dulu, kalau setiap orang pekerja tambah kerja 10 minit sehari, kalau tiga juta pekerja dah ada 20 juta minit bertambah.
Ini tidak - terlekat dengan kesesakan lalu lintas saja berjam-jam. Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.
Di mana datangnya inovatif dan kreatif pekerja kalau tidak diberikan latihan? latihan untuk jadi inovatif dan kreatif tak sama macam pergi kelas biasa.
Inovatif dan kreatif guna otak sebelah kanan, logik, matematik dan hujah guna otak sebelah kiri. Jadi macam mana nak digerakkan otak sebelah kanan.
Memadaikah kalau dengan menyuruh jadi inovatif dan kreatif. Kalau dia segan nak baca buku, (rakyat Malaysia baca purata dua halaman setahun), yang ada pengetahuan mana nak dapat ilmu?
Pelatih yang bakal melatih inovasi dan kreativiti sendiri mesti dilatih dahulu. Macam tongkat ali dah bertahun-tahun di hutan kita, orang luar datang buat macam-macam dengannya. Kita yang tidak kreatif.
Amang bijih pun boleh jadi bahan perkilangan tapi bank kita akan tolak sebarang permohonan berkaitan perkara-perkara sebegitu. Jadi, satu golongan saja nak jadi kreatif dan inovatif, tak jadi juga.
Bila orang bank kita tak biasa dengan sesuatu yang pelik sikit, bukan dia nak cari pakar dalam bidang pelik tersebut, dia akan senang sahaja tolak permohonan.
Dunia sekarang, dunia pengetahuan. Ekonomi sekarang, ekonomi pengetahuan K-ekonomi. Kita sudah siapkah nak pindah kepada K-ekonomi? Inovatif dan kreatif bukan lagi K-ekonomi tetapi era konsep atau dunia konsep. Di mana kita dengan nanoteknologi misalnya?
DATO' SALLEH MAJID ialah Felo Utama
Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
Bincangkan.
Daya Saing!?..
BalasPadam_____________________
Jemput datang ke blog saya - http://sempurnahealth.wordpress.com
Your source of beauty|healthy|wealthy blog's
mana sumber asal artikel ni bung sebol ?
BalasPadamMu taip dari hardcopy ka?
Pakdi
http://pakdi.my
Sumber Utusan
BalasPadamDaya saing, gaji tinggi, inovatif dan kreatif
aku dulu tahun 90an cukup kagum ngan mamat ni, tetiap malam kalau ada segmen usahawan kat tv3 sure aku dok depan tv. nampaknya dia ni lantang juga mengkritik....dok UKM ke la ni dia tu? bagus ler...elok dikritik benda yang tak betul, kerajaan ni dah tak betul dah pun. taraf hidup orang ditekan macam haram, kos hidup naik, tangga gaji dok turun...inflasi naik...ko ada 1juta dalam bank 20 tahun dulu...hari ini mungkin dah 500ribu saja.
BalasPadam-garden
Saya bersetuju dengan artikel yang panjang lebar ini. Apa yang penting sekarang adalah tindakan daripada pihak yang berwajib. Qualiti pekerja jabatan kerajaan telah lama diwarwarkan tapi masih tak ada perkembangan yang positif. Ini mungkin kerana kos taraf hidup masa kini yang semakin naik tapi gaji pendapatan tak mampu untuk menampungnya, maka terpaksalah ibu dan bapa bertungkus lumus bekerja siang malam untuk menambahkan pendapatan. Pekerja asing juga semakin berlambak sekarang ini apa tindakan yang diambil. Di pasar borong selayang umpamanya telah lama ditontonkan di TV tapi tak ada tindakan langsung.
BalasPadamHarap kerajaan kita prihatin dalam meningkatkan kemahiran pekerja disektor awam ini......
MrVEC
betul kata Salleh Majid tu..
BalasPadamKerajaan banyak dasar yang flip-flop , hari ni cakap lain esok ubah jadi lain..
Semua negara yang setaraf dengan kita tahun 70-an dulu bermula dari p-ekonomi dan mula beralih kepada k-ekonomi..
kita tahun 2000 baru nak mula..dah lambat 30 tahun..
Dasar pendidikan hanya melahirkan penghafal …pemikir,pereka cipta ,sekelumit sahaja,
Mungkin dunia tak perlukan orang yang banyak dapat A dalam SPM , Dunia perlu pemikir dan pereka cipta dan yang menggunakan otak memakmurkan dunia.
Tugas berat bagi menteri pelajaran baru , Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Wajibkan pendidikan percuma sehingga tingkatan 5 bagi semua warga malaysia.
Reformasi silibus sekolah,penilaian berasaskan peperiksaan tolak tepi,tak perlu A sampai berpuluh-puluh,
Kalau kerajaan boleh bagi berbillion-billion untuk infrastruktur apa salah bagi RM1 billion untuk Institut Terjemahan Negara menterjemah karya-karya hebat sains atau apa-apa karya agung kedalam Bahasa Malaysia.Buku terjemahan tu boleh jual murah-murah atau bagi percuma kepada Warga Malaysia.(pengaruh isu PPSMI la nie)
Ibu bapa patut galak sebarang minat anak(yang tak menyalahi undang-undang negara & agama),jika berkemampuan hantar belajar di pusat-pusat pelajaran lain selain sekolah biasa umpamanya kelas muzik atau apa-apa yang berkaitan.Sekolah biasa tak cukup.
Diharapkan warga malaysia boleh segera berubah , nak gaji banyak perlu bekerja dalam bidang yang menggunakan ilmu dan kemahiran(k-ekonomi).Kalau masih bergantung kepada p-ekonomi,samalah kita macam warga asing yang datang ke malaysia untuk sektor perladangan,perumahan,kawalan keselamatan,orang gaji ,gaji diorang banyak mana aje(bukan menghina tapi contoh untuk kesedaran).
sekian.
Perkara ini pernah jadi tajuk bualan Dato Salleh Majid tahun lepas di dalam Radio 24. Apabila gaji naik cuma 1 % setahun tetapi barang-barang keperluan seperti harga rumah dan harga barang2 naik sehingga 100%, maka ini pun dah cukup menjadi penanda letak ekonomi negara kita. Semakin ramai orang tidak mampu memiliki rumah yang baik hatta seorang doktor di kerajaan sekalipun. Akhirnya ramai yang berhijrah ke swasta ataupun berhijrah ke luar negara.
BalasPadamkat sekolah walaupun diajar sains,
BalasPadamtapi tak ramai budak yang suka buat kajian.
atau buat R&D sendiri
kalau ada pun, pasti ibu bapa akan menentang
mungkin kerana kita tertumpu kepada banyak matapelajaran yang dapat A
aku ada ramai rakan yang dapat A tapi masa bekerja tak menyerlah sangat
yang tak dapat A pulak yang menyerlah pulak, termasuk aku hehehe :D
namun jika ada peluang ...
gaji web developer tahun 1999 $2000 tahun 2009 makin rendah adalah.
BalasPadamSo baik business sendiri cari peluang