test

Isnin, 23 Mac 2009

Krisis Ekonomi Bagi Rakyat

Krisis Ekonomi bagi rakyat sebenarnya mudah.

Apabila semua orang ada pendapatan, mampu beli keperluan.
Itu sahaja.

Walaupun kompleksnya krisis ekonomi di Amerika untuk difahami, akan tetapi kesannya kepada Malaysia adalah mudah difahami.

Dunia kurang berbelanja, permintaan kilang tutup.
Banyak perhenhentian kerja.
Syarikat rugi , kilang tutup.
Banyak perberhentian kerja.

Harga barang tidak stabil, ada yang tak cukup berbelanja.
Adakalanya terlalu rendah, adakalanya terlalu tinggi.

Anda boleh untuk faham keseluruhan proses krisis ekonomi di Amerika, tetapi yang penting ialah faham kesannya pada Malaysia, terutama sekali kepada rakyat biasa.

Belanjawan mini 60 bilion banyak kali dikritik kerana ia tidak terlalu rakyat.

Berdasarkan perkara asas
1. Rakyat perlu ada pendapatan
2. Rakyat perlu mampu berbelanja

Tidak nampak usaha ke arah 2 perkara itu untuk diselesaikan daripada belanjawan mini 60 bilion itu.

Tidak nampak pula usaha untuk mendaftarkan para pekerja kilang yang diberhentikan itu.

Kalau benar sekalipun export industri merosot lebih 20%, sebenarnya itu tidak mengapa kalau kita semua ada pendapatan, mampu berbelanja.

Kalau benar sekalipun KDNK merosot, sumber pendapatan negara merosot, ianya tidak mengapa kalau semua rakyat cukup makan pakai.

Malaysia mempunyai ramai pekerja asing dan juga ramai pekerja tempatan yang menganggur.
Satu usaha perlu dilakukan untuk menggantikan pekerja asing itu dengan pekerja tempatan.

Masalah yang sering timbul ialah pekerja tempatan terlalu mahukan pekerjaan yang popular.
Cuci-cuci tak mahu.

3.2 bilion untuk memperbaiki apa yang belum tau apa rosaknya, untuk apa?

Kenapa pemberian projek sahaja selalu dijadikan kaedah untuk memangkin ekonomi?
Maka ia akan mewujudkan 'bubble' kontraktor yang sepatutnya tak jadi kontraktor.

4 comments:

  1. Aku setuju.. Kadang2 byk2 term pun bukan semua orang paham...
    Budak2 universiti pun ramai tak paham tentang inflasi, KDNK dan sebagainya.. apatah lagi Tok Sidang Kampung aku yang sekolah sampai darjah 6..

    BalasPadam
  2. Salam tuan,

    Sekadar bertanya kepada yang arif.
    Darimana datangnya 60billion itu atau darimana puncanya ?
    Berapakah hutang negara ?
    Reserve negara dalam bentuk apa ?
    Apakah peranan Khazanah nasional ?

    Sudi kiranya tuan buat catatan Ringkas.

    Apabila pekerja diberhentikan sudah tentu pendapatan untuk berbelanja tidak ada.

    Musykil saya.


    Yamaha Y80

    BalasPadam
  3. Salam,
    Lari tajuk sikit. "Pemberhentian" sebenarnya bukannya "perberhentian". Mungkin kesan dari PPSMI:)

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit